MENJELANG Asar kami mula memasuki ke negeri Kedah Darul Aman. Suasana di Kedah agak berbeza dengan di Perak.
Pemandangan di Gerik tidak menyeronokkan! Perang poster tidak begitu hebat. Orang Gerik masih belum memulakannya lagi.Mungkin orang Gerik menjadi tawar hati apabila Menteri Besar Perak, Tajol Rosli menangis berjam-jam bukan kerana hendak mempertahankan kerusi Melayu, (Parlimen Gerik) tetapi kerana hendak menyerahkan kerusi itu kepada Cina.
Memasuki beberapa kampung
Kerunai hingga ke sempadan kawasan pilihan raya Baling iklimnya berlainan.
Di sini - di kiri kanan jalan dipenuhi bendera. Perang poster sudah bermula.
Paling nyata dan menonjol ialah poster bulan yang sesekali disulami dengan bendera PKR.
Ada angin perubahan sedang melanda di kawasan ini.
Pas juga sudah membuka pos-pos pilihan raya mereka.
Gambaran ini juga nampak jelas apabila sesekali bendera Pas berkibar atas lori atau van.Gelombang anti BNKeberanian lori dan van memasang bendera pembangkang ini bermakna gelombang anti BN jelas.
Suasana yang dering beginilah berlaku sewaktu pilihan raya 1999 dulu.
Pemandangan seperti ini berterus ke kawasan Sik.
Melihat kepada gambaran awal ini Pas ada harapan untuk merampas semula kedua kerusi parlimen ini seperti mana tahun 1999 dulu.
Umno meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman Desa di Parlimen Sik.
Manakala Ketua Putra Umno, Abd Azeez Abdul Rahim di Baling.
Pertukaran (si manis) Mashitah Ibrahim dengan Abd Azeez menjadi sebutan umum.
Orang merasakan walaupun Mashitan tidak menunjukkan pretasi baik selama menjadi ahli Parlimen, namun latar belakangnya sebagai akademik Islam lebih menarik dan sesuai untuk Baling.
Kehadiran Abd Azeez di situ seolah-olah mahukan sangat Ketua Putra Umno itu menjadi ahli Parlimen bukannnya untuk memberi khidmat kepada rakyat Baling.
Alasan mereka kalau benar Umno mahukan wakil rakyat yang boleh memberi khidmat kepada rakyat mereka seharusnya meletakkan anak tempatan.Pertemuan Abd Azeez dengan bekas Imam Besar Masjid Negara Taib Azmuddin begitu kontras sekali.
Begitu juga pengimportan Othamn Desa dari Kepala Batas ke Sik hanya untuk memberi peluang kepada Othman menjadi ahli Parlimen demi mengukuhkan kedudukan politiknya.
"Kalau dia mahu membela rakyat Sik kenapa sekarang baru datang," soal seorang penduduk di sebuah kedai mee rebus di Sik.
Cemas dan lemasApa yang berlaku di Sik dan Baling itu rupanya memberi gambaran ke seluruh suasana dan suhu di Kedah kali ini.
Di Alor Star orang Umno sendiri mengakui yang kedudukan Kedah hari ini cemas dan mungkin Umno akan lemas seperti tahun 1999.
Katanya daripada 15 kerusi Parlimen enam kerusi dikatakan berada dalam keadaan telor di hujung tanduk.
Kerusi itu ialah; Jerlun, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Sik, dan Baling.
Kerusi-kerusi ini Umno menyifatkan ianya dalam keadaan merah atau kelabu.
Di Jerlun Umno meletakkan anak Dr Mahathir Mohamad, Mukh
riz Mahathir yang akan berentap dengan Setiausaha Dewan Ulama Pas, Ustaz Idris Ahmad.
Ada cerita menarik mengenai Mukhriz di Jerlun ini. (Akan dicerita kemudian).
Dalam pilihan raya lepas kerusi ini dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 319 hingga 7,300 undi.
Beberapa pemerhati politik baik yang cenderong kepada BN maupun Pas mengakui, kejayaan BN lepas menguasai kerusi-kerusi berkenaan ialah ekoran persempadanan semula pilihan raya.
Mereka yakin majoriti yang besar itu tidak akan berulang.
Bahkan kalau angin perubahan berlaku ia akan terlepas ke tangan Pas.
Satu perkara yang perlu diawasi oleh pihak pembangkang, jentera BN masih belum digerakan lagi.
Peruntukan katanya belum diturunkan ke bahagian dan segala prasarana pilihan raya yang ada kini adalah atas belanja persendirian.Adalah dijangka menjelang lima atau tiga hari mengundi, BN akan lambakkan wang dan dikala inilah suasana akan berubaah.
Sekiranya suasan yang ada hari ini kekal, sudah pasti pembangkang mampu menguasai enam kerusi Perlimen berkenaan. Kalau itu berlaku bermakna pembangkang sekali lagi akan dapat menafikan majoritit 2/3 BN di DUN Kedah Darulaman. BERSAMBUNG








