Detikdaily

Isnin, 31 Mac 2008

Rakyat bebas tegur, nasihati pemimpin - MB Kedah

Oleh Bashir Ishak

Rakyat bebas untuk menegur atau menasihati pemimpin kerajaan negeri, kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Menurutnya, pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran negeri ini berada dalam keadaan yang baik.

"Masalahnya sekarang hanya pemimpin yang menasihati rakyat sedangkan rakyat tak pernah berpeluang untuk menegur pemimpin.Kita sama-sama mempunyai 'accountability' untuk memimpin negeri ini.

"Sebab itulah pemimpin kena tanya rakyat dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang membabitkan kepentingan ramai," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Mahmud dan Persatuan Siswazah Timur Tengah Kedah.



Ustaz Azizan adalah bekas pelajar Maktab Mahmud di samping pernah juga menjadi tenaga pengajar di situ.

Dalam ucapannya juga, beliau berharap agar Maktab Mahmud dapat mempertingkatkan kedua- dua aspek kualiti dan kuantitinya.


Katanya, dalam keadaan dunia sedang menghadapi krisis ketamadunan, institusi pendidikan seperti Maktab Mahmud ini perlu diperkasakan untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu mnguasai ilmu dan memanfaatkannya.


"Bukannya sekadar dinilai dari berapa A yang diperolehi, yang pentingnya kita lihat juga aspek pentarbiyahan dan disiplin untuk mereka berjaya di masa depan," ujarnya.


Majlis yang dihadiri kira-kira 800 orang bekas pelajar itu diadakan di Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud dekat sini Sabtu lalu.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Mufti Kedah, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim, selaku Pengerusi Persatuan Bekas Sisiwazah Timur Tengah Kedah dan Pengerusi Yayasan Maktab Mahmud, Tan Sri Khalid Abdullah.


Beberapa orang pimpinan PAS Kedah yang hadir juga adalah bekas pelajar Maktab Mahmud seperti Exco Kerajaan Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi; Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman dan YDP PAS Padang Terap, Dr Zawawi Ahmad. - mks.


Rakyat bebas tegur, nasihati pemimpin - MB Kedah

Rakyat bebas untuk menegur atau menasihati pemimpin kerajaan negeri, kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.



Menurutnya, pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran negeri ini berada dalam keadaan yang baik.



"Masalahnya sekarang hanya pemimpin yang menasihati rakyat sedangkan rakyat tak pernah berpeluang untuk menegur pemimpin.Kita sama-sama mempunyai 'accountability' untuk memimpin negeri ini.



"Sebab itulah pemimpin kena tanya rakyat dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang membabitkan kepentingan ramai," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Mahmud dan Persatuan Siswazah Timur Tengah Kedah.



Ustaz Azizan adalah bekas pelajar Maktab Mahmud di samping pernah juga menjadi tenaga pengajar di situ.



Dalam ucapannya juga, beliau berharap agar Maktab Mahmud dapat mempertingkatkan kedua-dua aspek kualiti dan kuantitinya.



Katanya, dalam keadaan dunia sedang menghadapi krisis ketamadunan, institusi pendidikan seperti Maktab Mahmud ini perlu diperkasakan untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu mnguasai ilmu dan memanfaatkannya.



"Bukannya sekadar dinilai dari berapa A yang diperolehi, yang pentingnya kita lihat juga aspek pentarbiyahan dan disiplin untuk mereka berjaya di masa depan," ujarnya.
Majlis yang dihadiri kira-kira 800 orang bekas pelajar itu diadakan di Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud dekat sini Sabtu lalu.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Mufti Kedah, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim, selaku Pengerusi Persatuan Bekas Sisiwazah Timur Tengah Kedah dan Pengerusi Yayasan Maktab Mahmud, Tan Sri Khalid Abdullah.



Beberapa orang pimpinan PAS Kedah yang hadir juga adalah bekas pelajar Maktab Mahmud seperti Exco Kerajaan Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi; Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman dan YDP PAS Padang Terap, Dr Zawawi Ahmad. - mks.

Ahad, 23 Mac 2008

Mahathir menyinga: "Derhaka atau terus dijajah"

Oleh bigdogdotcom.wordpress.com
MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa masih lagi wujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang.

“Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

“Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!”

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi di belakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang.

"Orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun."

“Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.


Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau memberi tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.


Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘menderhaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka. Ini mengundang soal mencabar Kepimpinan dan kemungkinan berlaku perpecahan kepada UMNO, maka reaksi beliau ialah “UMNO masa saya pun biasa berpecah. Dua kali. Sekali Tengku Razaleigh cabar saya dan sekali lagi kes Anwar. "Namun UMNO berjaya dipulihkan dan orang Melayu kembali bersatu, dalam masa terdekat. Lihat bagaimana UMNO begitu kuat dalam tahun 2004 (Walaupun kes Anwar Ibrahim memecahkan UMNO dan sokongan orang Melayu)”.

Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.


‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO.

"Tiada makna sekiranya Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”


Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlis Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekiranya Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”

Lompat parti kerja orang tak bermaruah, Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

"Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah... Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.


Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.
Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.
Dalam pilihan raya itu, PAS berjaya memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di Kelantan.

BN pula memenangi enam kerusi iaitu DUN Paloh dan Nenggiri di Gua Musang; Kuala Balah dan Bukit Bunga di Jeli; Kok Lanas di Parlimen Ketereh dan dan Pengkalan Kubor dalam Parlimen Tumpat selain dua kerusi Parlimen iaitu Gua Musang diwakili Tengku Razaleigh Hamzah serta Parlimen Jeli melalui Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed

Rabu, 19 Mac 2008

Al Fatihah: Haji Lah Lubuk Tapah meninggal dunia pagi ini


TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini dalam usia 74 tahun.

Allahyarham yang nama penuhnya Abdullah bin Abdul Rahman adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani


.
Allahyarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini.


Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendokong perjuangan Pas dan sering dipanggil untuk mengimani solat hajat dan majlis-majlis keagamaan.

Allahyarham juga menjadi pakar rujuk Pas dalam hal-hal mengenai agama.

Allahyarham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan.

Kali terakhir beliau hadir dalam kegiatan parti (perjuangan yang disaksi penulis) ialah sewaktu mengiringi calon Pas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dua tahun lalu.

Allahyarham kurang cergas dan dan tidak menghadiri majlis-mjalis parti setelah menghidapi sakit diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

Sejak itu Allahyarham hanya terlantar atas katil.

Bagaimana pun Allahyarham tetap menerima kunjungan orang ramai yang berhajat dengan beliau khasnya untuk mendapatkan air penawar atau pun doa.Allahyarham meninggalkan seorang balu Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan murid.

Sama-sama kita sedekahkan al Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyraham Haji Abdullah Lubuk Tapah ditempatkan bersama roh-roh insan yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah!


MB Kedah Umum Turun Cukai Tanah & tiket bola FREE.

Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.

Azizan juga mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Perlawanan terbaik itu antara lain akan melibatkan pasukan Kedah dengan Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac ini.

Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Mengenai ura-ura akan berlaku rombakan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Azizan berkata ia akan diusulkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini.


Jawatan presiden KFA kini disandang oleh mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Saya tidak kisah untuk memegang jawatan presiden KFA. Jawatan menteri besar lagi besar untuk dipegang, lagipun saya juga ahli sukan. Saya pemain (bekas) bola sepak dan golf," kata Azizan.


Beliau berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.


Azizan juga berkata kerajaan negeri akan merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan termasuk menumpukan usaha menarik pelancong dari negara Timur Tengah.

"Kita akan menawarkan kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab," kata beliau.


Beliau berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau berkenaan dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki. -- BERNAMA

Anwar sedia tubuh Kerajaan Pusat, BN akan tumbang bila-bila masa

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Pemimpin utama pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional, namun tindakan tersebut tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa.


Bagaimanapun Harakahdaily difahamkan, Anwar yang diuar-uarkan bakal Perdana Menteri telahpun mengadakan perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutamanya jika terjadi apa-apa kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, Anwar memperakui terdapat 'sejumlah' anggota Parlimen BN yang ditemui dan berhubung dengannya bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Parti KeADILan Rakyat atau mana-mana parti gabungan pembangkang.

Namun menurut Anwar, beliau tidak akan mempraktikkan amalan 'membeli wakil rakyat' atau menjanjikan apa-apa jawatan bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai pembangkang.

Pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen. BN hanya memenangi 140 kerusi sahaja, kehilangan majoriti dua pertiga, pertama kali selepas 50 tahun memerintah.

51 kerusi Parlimen adalah diwakili dari kawasan Sabah dan Sarawak.
Jika fenomena ini berlaku, bermakna pembangkang akan memperolehi 112 berbanding BN 110, kelebihan dua kerusi untuk memerintah Malaysia.

Menurut sumber, berdasarkan perkembangan terkini, tidak mustahil Anwar boleh memperolehi tambahan 30 kerusi dari kalangan wakil rakyat BN, khususnya daripada Umno untuk menyertai pakatan pembangkang.

"Sebenarnya kita percaya Anwar boleh mendapatkan lebih dari 30 kerusi."
"Perubahan kerajaan (Pusat) boleh berlaku pada bila-bila masa, namun kita tidak mahu ianya berlaku secara tergesa-gesa kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menjejaskan kepentingan para pelabur," kata sumber yang rapat dengan Penasihat KeADILan itu.

Anwar bagaimanapun secara berterusan mempertegaskan agenda ekonomi untuk semua pihak sama ada rakyat atau sektor korporat bagi menjamin keselesaan pada masa akan datang.
Dalam kenyataan medianya sejak akhir-akhir ini, Anwar sering memberi penekanan kepada persoalan ekonomi dan taraf hidup serta jaminan pelaburan, dipercayai untuk memberikan keyakinan kepada rakyat.

Menurut sumber, Anwar sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan yang stabil, membawa masuk pelaburan asing dan mempertingkatkan taraf ekonomi rakyat.

Pada masa ini dilaporkan, Anwar banyak membuat perjumpaan dan perundingan dengan pelabur-pelabur asing dalam dan luar negeri bagi menyatakan komitmen dan jaminan semuanya tidak akan terjejas jika Kerajaan Persekutuan bertukar.

"Kita tidak ada 'target date' bila perubahan kerajaan akan berlaku, mungkin dalam tempoh terdekat atau setahun dua.

"Keadaan tergesa-gesa tidak akan berlaku, lagi pun kita mahu Anwar berpeluang masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu, untuk menjadi Perdana Menteri," kata sumber berkenaan.

Kabinet Membersihkan Orang Najib

Oleh MSO

SAYA tidak pasti apakah semasa Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan senarai jemaah menteri pada tahun 2004, Najib ikut sama berdiri di sisinya ataupun tidak.


Kalau tidak silap ketika itu Najib ada mendampingi Abdullah disepanjang mengumumkan kabinetnya itu.

Seperti mana ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada 24 Februari lalu Najib tegak berdiri di samping Abdullah bagaikan pengawal keselamatan!.

Besar ertinya bila Najib ikut sama tercegak mendampingi Abdullah. Orang akan melihat timbalan itu setia kepada ketuanya dan mereka dilihat dalam keadaan mesra dan akrab.

Jadi apabila Najib tidak ada semasa Abdullah mengumumkan jemaah kabinet siang tadi menyebabkan mungkin ada orang bertanya dan situasi itu menjadi tanda tanya.

Abdullah menjelaskan kepada wartawan yang menimbulkan persoalan itu dengan menjawab Najib bukan timbalan perdana menteri, esok baru dia TPM, ujarnya.

Logik jawaban Abdullah itu.

Tetapi apakah selaku TPM dalan kerajaan sementara Najib tidak boleh berdiri di situ? Salahkah?Lantaran ketiadaan Najib maka ia menjadi isu.

Apa lagi dilihat kepada nama-nama menteri yang baru dilantik dan nama menteri atau timbalan menteri digugurkan menjadikan ketiadana Najib itu penuh tanda tanya.

Ketiadaan itu seolah pengumuman kabinet hari ini kurang selesa buat Najib.

Apakah Najib sengaja tidak mahu hadir kerana kecewa dengan jemaah menteri hari ini? Yang jelasnya beberapa menteri yang digugurkan kecuali Rafidah Aziz adalah mereka yang dianggap sebagai orang Najib. Jamaluddin Jerjis, Tengk Adnan Mansor adalah orang kanan Najib.

Tidak ada sebab musabab pula kenapa mereka digugurkan.Kalau mengambil pedoman kepada kata-kata Abdullah di mana mereka yang dilantik telah lepas pemeriksaan polis dan BPR bolehkah dianggap mereka yang tidak dilantik semual itu tidak lepas tapisan polis dan BPR? Begitukah?Tanpa prejudis, dilihat dasri sudut politik pengguguran mereka itu ada sangkut paut dengan musim pemilihan pemimpin Umno Julai hadapan. Sedar atau tidak sedar sebenarnya mereka yang digolongkan dalam golongan Najib sudah lama bergerak membuat kerja untuk Najib.Mereka bergerak dalam diam.

Tetapi bab kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.

Mungin tembelang mereka sudah terburai. Barang kali Abdullah sudah tahu siapa yang menjadi taukeh kepada gerakan untuk menaikkan Najib dan menjatuhkan beliau.

Ada orang-orang tertentu membayar individu tertentu untuk berkerja memaki hamun Abdullah setiap hari.Di mana dan di hadapan siapa sahaja orang ini akan menjalankan tugasnya memaki hamun dan memburukkan Abdullah. Dalam keadaan ini mereka tidak menyebut langusng mengenai Najib.

Seolah-olah mereka tidak ada kena mengena dengan Najib.

Mungkin kerana Abdullah menyedari ini maka tindakan itu diambil. Sebelum keadaan parah maka beliau harus bertindak membersihkan mana-mana bahagian yang buruk dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.

Manakala pengambilan muka baru ke dalam kabinet seperti Zaid Ibrahim jelas untuk membendung kuasa Najib di Kelantan yang digerakan oleh Fatmi Che salleh. Kalau ikut adat Fatmi yang perlu dibawa masuk ke dalam kabinet bukannnya Zaid.

Tetapi kenapa Zaid? Tentulah ada sebab musababnya.Kesimpulannya kabinet yang dibentuk tengah hari tadi adalah kabinet untuk menjaga kuasa dan kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Kabinet untuk mengawal serangan hendap oleh Najib yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Soalnya apakah orang yang dilantik itu semuanya akan berpihak kepada Abdullah?


Senarai Kabinet 2008


Sabtu, 15 Mac 2008

Debaran Menanti Kabinet Baru Abdullah Badawi


Oleh Mohd Sayuti Omar

Abdullah Ahmad Badawi kini sedang sibuk menyusun jemaah menterinya. Beberapa pemimpin tertinggi parti komponen BN telah menghadap beliau semalam berhubung perkara itu. Masing-masing tentu datang membawa senarai panjang dan senarai pendek nama-nama yang dikemukakan untuk dipilih menganggotai kabinet.

Kabinet Abdullah yang bakal diumumkan Isnin ini menjadi perhatian. Ini ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya lalu. Ia disusuli pula dengan tindakan tiga kepala parti komponan BN yang telah menyatakan hasrat mereka tidak mahu menyertai kabinet.

Mereka ialah Ong Ka Ting, Presiden MCA, Koh Tsu Koon, Pemangku Presiden Gerakan dan Samy Vellu Presiden MIC. Masing-masing menyatakan hasrat tidak mahu menyertai kabinet atas alasan hendak menumpukan dan membaik pulihkan parti masing-masing.

Tsu Koon bukan saja tidak ingin menyertai kabinet, sebaliknya mengemukakan isi hatinya untuk melepaskan jawatan Pemangku Presiden Gerakan. Nampaknya ‘orang ini’ bertanggungjawab ke atas nasib yang menimpa Gerakan.

Samy Vellu juga menggunakan alasan sama kenapa beliau tidak mahu menyertai kabinet. Namun kenyataan dan pengakuan Samy itu bukan mudah untuk diterima dan ianya tidak setulus Kho Tsu Koon. Kerana tidak sampai 48 jam sebelpeas beliau membuat kenyatana itu muncul 30 NGO India membuat desakan agar beliau kembali dalam kabinet demi kepentingan kaum India. Dipercayai desakan itu adalah ilham pujangga Samy Vellu juga.

Perkembangan dan sikap para pemimpin parti komponen itu menyebabkan pembetukan kabint Abdullah menjaditanda tanya dan perhatian umum. Apakah beliau akan menerima ketetapan ketiga-tiga Presiden dan pemangku presiden parti komponen terbesar BN itu? Dan apakah kalau beliau didesak beliau akan tetap mengambil mereka? Yang pasti Samy Vellu akan menerima awal-awal lagi!

Tindakan mereka bertiga itu, khasnya oleh Presiden MCA dan pemangku Gerakan itu bukan tulus dan selurus seperti difikirkan. Ia ada motif lain di sebaliknya. Pendirian dan sikap mereka berdua itu seakan mahu memberi mesej tertentu kepada Abdullah agar Abdullah juga mengambil sikap demikian bertanggungjawab atas kekalahan BN.

Perlu diingat Abdullah adalah Presiden BN dan bukan hanya Presidedn Umno sahaja. Dalam bahasa terus terang mereka juga mahukan Abdullah berundur.

Kalau mereka (Ka Ting dan Tsu Koon) boleh bertanggungjawab dan sedia mengambil risiko mengapa tidak dengan Abdullah. Tidak dapat dielakkan dalam dhamir mereka berdua meletakkan kekalahan teruk parti mereka ialah sedikit sebanyak disebabkan Abdullah. Kenapa orang Melayu Umno tidak mengundi mereka dan swing kepada pembangkang adalah kerana gaya dan stail politik Abdullah.

Kembali kepada mauduk asal mengenai pembentukan kabine;, Abdullah seperti berada dalam keadaan serba salah dan kebingungan ekoran kenyataan dan sikap ketiga pemimpin utama parti komponen BN itu.

Siapakah agaknya yang bakal menganti Ong Ka Ting dan Koh Tsu Koon dalam kabinet Abdullah. Dan kalaulah ada pengganti apakah qauliti dan kapasitinaya sama dengan dengan kedudukan kedua presiden dan pemangku presiden itu? Inilah yang menjadi tanda tanya dan perhatian umum.

Dalam pada itu siapakah pula tokoh-tokoh Umno yang akan dilantik menjadi menteri? Apakah Abdullah akan meneruskan tradisi sebelum ini iaitu melantik menteri yang kalah? Naib Presiden Umno, Muhyuddin Mohd Yassin telah member peringatan agar jangan lantik menteri yang kalah. Beliau pasti adalah alasan dan hujah tersendiri.

Di kalangan Umno menteri yang kalah ialah Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan. Shahrizat kalah di Lembah Pantai ditangan Puteri Reformasi, Nurul Izzah, manakala Zainuddin tersungkur makan selut di Sungai Pettani di tangan Johari Abdul.

Zanuddin Maidin tidak mungkin lagi akan kembali ke Kabinet. Tidak ada cara lain untuk mengembalikan beliau ke kabinet kerana sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi senator. Sekiranya Abdullah berminat juga untuk melantik Zainuddin beliau kena pinda perlembagaan Malaysia. Nescaya kalau Abdullah terulik dan syok dengan bodekan Zainuddin menerusi media arus perdana yang bertindak sokong membawa rebah itu, Abdullah boleh lakukan demikian, pindaan perlembagaan!

Persoalan samada hendak lantik atau tidak menteri yang kalah tidak timbul. Elok kalau Abdullah tidak mempedulikan mereka. Atau kalau ingin mengenang budi lantiklah mereka menjadi Pengerusi Syarikat Sekuriti atau jaga. Atau berilah tander parking kereta atau punggut sampah di Kuala Lumpur. Zainuddin Maidin sesuai kalau diberikan tander berkenaan.

Apa yang orang tungu kini apakah Abdullah akan terus melantik menteri-menteri atau menaikan pangkat timbalan menteri yang sebelum ini berbau busuk dan huduh. Mereka yang mempunyai rekod tidak baik dan sudah dicemuhi rakyat, seperti Rafidah Aziz, Muhammad Noor Yaacob, Jamaluddin Jarjis, Mohamad Nazri Aziz, Tengku Adnan Mansor.
Manakala di kalangan timbalan menteri pula orang seperti Ahmad Zahid Hamidi, Johari Baharum dan lain-lain. Mereka ini semua adalah muka yang membawa penyakit kepada Umno!

Semuanya menimbulkan tanda tanya dan ia tidak mustahil Abdullah masih menggunapakai orang-orang ini semua. Disebabkan kerana tidak ada pilihan ataupun untuk dijadikan saldadu mempertahankan kedudukannya Abdullah akan tetap melantik mereka ini ke dalam kabinet walaupun ia memberi liabiliti kepada Islam Hadhari.

Selain itu menjelang Isnin ini perhatian juga tertumpu kepada dua tokoh Pemuda Umno yang menang dalam pilhan raya lalu, Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir. Apakah Abdullah akan membawa masuk menantunya dan anak beaks PM ke-4 itu ke dalam kabinet?
Mengenai ini Abdullah sekali lagi jadi serba salah. Kalau beliau bawa Khairy beliau kena juga bawa masuk Mukhriz. Kalau tidak nanti apa orang bilang kepadanya. Lagipun sekiranya Abdullah bawa masuk Mukhriz ia boleh meredakan serangan Dr Mahathir ke atasnya. Mengapa Dr Mahathir tidak pusing negara memburukkan Abdullah semasa pilihan raya lalu ialah kerana Dr Mahathir ingin memastikan Mukhriz menang dan tidak diganggu di Jerlun. Selalunya manusia bila kenyang akan diam kalaupun tidak terus ketiduran!

Paling menarik dalam tempoh menanti pengumuman Abdullah ialah mengenai Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Ahli Parlimen Gua Musang itu akan ditawarkan untuk menyertai kabinet. Dalam situasi hari ini adalah elok kalau Abdullah menarik masuk Tengku Razaleigh Hamzah bagi memperkukuhkan kabinetnya.

Dalam hubungan ini Abdullah perlu memikirkan masalah negara berbanding memikirkan bahayanya bekas Menteri Kewangan itu terhadapnya dalam konteks Umno. Pasti sedikit sebanyak keadaan Abdullah akan menjadi ringan sekrianya Tengku Razaleigh menerima tawaran menajdi anggota kabinet. Dalam situasi hari ini adalah silap kalau Abdullah terus menaruh kebimbangan kepada Tengku Razaleigh dan memperbanyakan musuh-musuh politiknya.

Peluang Tengku Razaleigh untuk dilantik menyertai kabinet juga cerah jika mengambil kira pembentukan jemaah menteri itu nanti mengikut kouta atau keperluan negeri. Di Kelantan hanya Mustapa Mohamad sahaja yang menang. Menerima pandangan Muhyuddin bahawa orang kalah tidak patut dilantik menjadi menteri ini bermakna Awang Adek Hussin tidak berpeluang. Awang Adek bukan kalah di satu kerusi tetap di dua kerusi sekaligus.

Manakala Annuar Musa, menager kempen Awang Adek pula yang termipi-mimpi ingin menjadi menteri semula tersungkur di Ketereh. Jadi Tengku Razaleigh Hamzah boleh memenuhi kouta menteri Umno dari Kelantan.

Apapun sama-sama kita tunggu pembentukan kabinet Abdullah. Dari pembentukan itu nanti akan dapat pula dilihat bagaimakan nasib dan masa depan Abdullah selaku Perdana Menteri.

Tolak propaganda media arus perdana - PJ PAS Pahang

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan penyokong Barisan Alternatif (BA) supaya menolak laporan media arus perdana yang menjadi lidah Barisan Nasional (BN).

Katanya ahli dan penyokong BA, jangan sekali-kali terpengaruh dengan laporan beracun media cetak dan eletronik yang dikuasa BN kerana media tersbeut adalah propaganda BN.

"Kita masih ingat bagaimana media tersebut menjadi senjata BN ketika pilihan raya dan kini diteruskan pula untuk terus melancarkan serangan kepada BA dan DAP setelah mereka dimalukan dalam pilihan 8 Mac lalu," katanya kepada para penyokong dan petugas PAS di Darul Ikhwan dekat sini.

Beliau menggariskan tiga perkara yang perlu dipegang oleh setiap ahli dan penyokong BA iaitu;

1. Jangan mempercayai media arus perdana kerana ia adalah alat propaganda BN.

2. Dapatkan maklumat isu semasa daripada sumber PAS, iaitu para pemimpin atau jentera penerangan parti.

3. Perkukuhkan kekuatan dalaman parti dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti parti seperti biasa.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan, pilihan raya baru lalu adalah yang terbaik bagi parti-parti pembangkang setakat ini kerana kejayaan menumbangkan BN di lima buah negeri, walaupun di Pahang BA hanya menang empat kerusi, Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (dun) dan Dua Parlimen, manakala rakan seperjuangan DAP menang dua kerusi Dun.

Katanya, kegagalan BN mendapat majoriti 2/3 di parlimen akan menyukarkan mereka. Adalah dijangkakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada biasa kerana BN memerlukan mandat lebih besar untuk mentadbir.

Justeru kata beliau, semua pihak di dalam organisasi parti perlu meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya ke–13 itu.

Beliau berkata, organisasi pilihan raya perlu digerakkan semula, Barisan Alterantif perlu diperkukuhkan supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dan jika berkuasa tidak timbul isu-isu berbangkit.

Turut hadir pada majlis itu termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Traing, Leong Ngah Ngah, bekas calon Parlimen Bera, Mazlan Aliman, bekas Calon KeAdilan Kemayan Mohd Shukri Mohamad dan bekas calon PAS Guai, Munanif Abdul Rahman.

Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad dalam ucapan yang berucap awal berkata, PAS tidak kalah dalam pilihan raya umum ke-12 itu, PAS hanya tidak menang kerusi di kawasan Bera.

"Kita tidak kalah, kita hanya tidak menang kerusi di Bera," katanya.
Apa yang penting ialah bagaimana kerajaan negeri yang dikuasai BA dan DAP dapat melaksanakan konsep negara berkebajikan kepada rakyatnya.


Ini kerana jika semua kerajaan negeri yang dikuasai BA dan DAP itu berjaya melaksanakan konsep negara berkebajikan itu, imej BA akan melonjak naik di mata rakyat seterusnya akan menguburkan BN buat selama-lamanya. - mns

Di Mana dan Apa Yang Abdullah Sedang Lakukan Saat ini

Oleh MSO

AGAKNYA apa yang sedang Abdullah Ahmad Badawi sedang lakukan ketika ini. Apakah beliau maish belum menunaikan fardu Asar, atau pun sedang berada atas sejadah berdoa? Ataupun sedang menikmati minuman petang bersama Jeanne, Khairy dan Nori? Atau pun sedang meriba cucunya yang bernama Mohamad Ali Jibrail itu


Atau Abdullah sedang tidur! Atau pun sedang menyusun barisan kabinet yang bakal diumumkan Isnin hadapan? Ataupun beliau baru pulang dari kuburan Hendon, membersih rumput rumpai, mencucuri air mawar dan membuang debu-debu di nisan Endon.

Apakah Abdullah tahu apa yang berlaku nun jauh di Utara, di negeri Perlis Indra Kayangan, di mana Shahidan Kaasim sedang menangis kerana tidak diterima Raja Perlis untuk mengangkat sumpah menjadi MB.

Para penyokong Shahidan ketika ini sedang histeria kerana tidak dapat menerima hakikat yang berlaku itu, bahawa Shahidan Kassim bukan lagi Menteri Besar Perlis.

Shahidan sudah pun mendapat watikah perlantikan sebagai MB Perlis daripada Abbdullah. Beliau bercadang untuk menghadap Raja Perlis hari ini bagi menunjukkan dan memaklumkan kepada Raja yang beliau dilantik menjadi MB.

Dalam bersiap sedia mungkin ketika sedang memakai samping, tiba-tiba tersebar berita Dr Mat Isa Sabu (Adun Bintong) telah dipanggil raja untuk angkat sumpah sebagai MB.Begitu juga apakah Abdullah tahu apa yang sedang berlaku di negeri Pantai Timur, Terengganu ketika ini.

Seorang lagi orang yang beliau beri watikah untuk menjadi MB, Idris Jusoh masih belum dipanggil untuk mengangkat sumpah menjadi MB.

Sama seperti di Perlis, di Besut juga para penyokong Idris histeria dan menangis mengenang apakah yang berlaku.Sultan Terengganu katanya tidak mahukan Idris Jusoh menjadi MB. Baginda mempunyai nama dan calonnya sendiri.

Jangan ditanya apa sebab-sebabnya. Tentulah ada alasan kemas bagi Sultan Terengganu berbuat begitu kalau masakan baginda bertindak demikian.Apakah Abdullah tahu segala kejadian itu?Kalau beliau masih tidur atau pun masih tidak sedar, beliau hendaklah dikejutkan, biar tahu apa yang sedang berlaku dalam Umno kini.

Apa yang terjadi ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah Umno.

Raja atau Sultan tidak pernah melengahkan majlis angkat sumpah kecuali sultan Johor dan sultan Pahang.

Lain-lain sultan tidak pernah tunjuk feel begitu. Namun di zaman Abdullah ini nampaknya semua sultan telah berani dan menunjukkan kuasa masing-masing.

Sultan tidak lagi takut kepada perdana menteri seperti mana sebelum ini.

Apakah ini memberi gambaran bahawa sutlan dan raja juga tidak suka (berkenan) dengan Abdullah.Apabila Sultan Terengganu dan Raja Perlis tidak mempedulikan watikah Abdullah ini bermakna watikah Abdullah sudah tidak laku lagi.

Jika watikah itu diibarat wang, bermakna wang Abdullah sudah tidak laku.

Kalau sudah tidak laku dan tidak ada nilai, bermakna Abdullah sendiri tidak dipandang sebelah mata lagi oleh sultan dan raja lagi.

Makanya kalau sudah jadi begitu eloklah kalau Abdullah bersiap sedia mengemaskan segala perkakas dan pakaian untuk meninggalkan Putrajaya. Tidak ada guna beliau mendiami kediaman itu lagi kalau orang tidak ada hormat kepadanya, lebih baik keluar sebelum dihalau. Keluarlah sebelum berlaku apa-apa yang lebih memalukan. [wm.kl 6 : 30 pm 14/03/08]


Hukum Mukhriz: Abdullah serah kepada Pemuda

PRESIDEN Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda Umno untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga anggota exco Pemuda mengenai desakan Mukhriz meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Saya lepaskan kepada Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein, Ketua Pemuda Umno) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (terhadap Mukhriz), katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai sepucuk surat yang ditulis oleh Mukhriz dan dihantar kepada Perdana Menteri di mana Mukhriz menggesa agar Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawab bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya.

"Tiba-tiba dia tukar pulak...hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara.

"Ini pada saya bukanlah satu cara atau pendekatan yang baik. Ini adalah satu reaksi daripadanya sebagai ahli pergerakan Pemuda Umno, yang telah pun mengambil keputusan untuk sokong saya dan pucuk pimpinan parti.

"Dia juga telah mengatakan saya dan Najib diberi sokongan untuk memimpin parti dan kerajaan...ini satu perbuatan (menulis surat yang meminta beliau meletakkan jawatan) yang menyalahi pendekatan dan pendirian yang telah dibuat oleh Umno dan Pergerakan Pemuda Umno," kata Abdullah

RAMAI Yang SOKONG LANTIK Mohd Sabu JADI SENATOR...

By TARMIZI MOHD JAM
PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh jika terdapat usaha untuk melantik Mohamad Sabu sebagai Senator oleh PAS Pusat atau negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS seperti Kedah dan Kelantan.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah, Cikgu Ishak Surin mengulas berita yang tersiar dalam Sanggahtoksago.Com semalam "Mohd Sabu Bakal Dilantik Senator" yang menyebut terdapat desas-desus yang menyatakan tokoh pemidato PAS itu akan dilantik Senator pada penggal ini.

Beliau yang dihubungi berharap, PAS Pusat dapat memikirkan perlantikan itu bagi memanfaatkan kebolehan beliau serta bersetuju untuk menjenamakan semula perbahasan yang lesu kepada yang lebih bertenaga dan bermanfaat untuk rakyat.

Sementara itu, PAS Bukit Bintang juga menyokong jika ada cadangan untuk melantik mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai Senator.Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya juga turut menumpang gembira jika benar Mohamad Sabu dilantik Senator.

Katanya, perlantikan tersebut akan memberikan imej positif rakyat terhadap PAS dan saf kepimpinannya.

Beliau berharap, pimpinan utama PAS yang tewas pada pilihan raya lalu diangkat menjadi Senator seperti Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Pusat), Hanifa Maidin (AJK PAS Pusat) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Mantan calon PAS yang hampir-hampir menewaskan Datuk Satim Deman di Dun Sri Serdang, Cikgu Ezam Ahmad pula mengalu-ngalukan agar calon PAS Parlimen Kuala Terengganu itu diberi peluang untuk terus memperjuangan nasib rakyat bukan sahaja di pentas ceramah tetapi di Dewan Negara.

Ezam yang tewas 45 undi pada pilihan raya 8 Mac lalu, berharap tokoh lantang seperti Mohd Hanifa Maidin juga, patut dilantik Senator.

Bagi mantan Setiausaha PAS Parit, Rapai Kasini Hj. Bahari keperluan Mohamad Sabu ke Dewan Negara dianggap penting untuk penguasaan penuh pejuang-pejuang rakyat meneliti dan memantau apa sahaja perbahasan berkenaan kepentingan rakyat dan negara.

"Selama ini, kita ikut apa kata mereka (BN) sahaja. Kali ini, setiap perbahasan akan diteliti dan jika didapati merugikan rakyat dan negara, menjadi tanggungjawab Senator untuk menegur dan membetulnya," tegas beliau yang amat menyokong penuh jika Naib Presiden PAS itu dilantik Senator penggal terdekat ini.


Mukhriz:Pak Lah Di Minta Letak Jawatan!

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan-jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno bagi memulihkan parti itu dan kerajaan BN.

"Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.Surat bertarikh 12 Mac itu turut diedarkan kepada timbalan Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak, dua naib presidennya Datuk Wira Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Malaysiakini difahamkan surat dua halaman itu tidak bertujuan diedarkan kepada umum, namun ia kini mula diterbitkan di beberapa laman web dan blog politik.

Mukhriz, buat pertama kali dipilih ahli parlimen di Jerlun, berkata keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas menunjukkan rakyat menolak kepemimpinan Abdullah."Saya berharap Datuk Seri (Abdullah) faham bahawa surat saya ini dibuat degan niat untuk menyelamatkan keadaan yang amat mencemaskan.

Gerakan (pihak tertentu) telah bermula untuk menarik wakil-wakil rakyat BN supaya melompat ke parti lawan. "Musuh BN memerlukan hanya 35 kerusi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri," kata Mukhriz lagi dalam surat itu.

"Oleh itu, sekiranya Datuk Seri tidak berundur dalam tempoh terdekat, saya benar-benar khuatir kepercayaan rakyat, khususnya orang Melayu terhadap Umno dan BN akan lupus sama sekali.

"Mukhriz juga menyatakan keputusan undi 8 Mac lalu jelas menunjukkan "agenda Datuk Seri, kepimpinan Datuk Seri dan cara-cara Datuk Seri mengatasi masalah yang dihadapi rakyat dan neara sudah tidak dapat diterima lagi oleh rakyat.

"Tidak ada gunanya menafikan apa yang jelas semata-mata untuk mengekalkan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

" Sebelum itu beliau juga menyatakan, "bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri yang kononnya Umno dan parti-parti komponen BN di Semenanjung menyokong kepimpinan Datuk Seri, sebenarnya kekalahan yang dialami BN membuktikan bahawa ahli-ahli parti telah berpaling tadah hingga mengalahkan calon-calon kita di kubu-kubu kuat BN.

"Sehari selepas pilihanraya umum Sabtu lalu, bapanya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat gesaan yang sama terhadap Abdullah dan mencadangkan Najib dilantik untuk memimpin Umno dan negara.

Abdullah bagaimanapun enggan berbuat demikian dan malah menyatakan barisan kepemimpinan BN masih bersamanya.

Dr Mahathir, susulan kekalahan besar Perikatan (sekarang BN) pada 1969 dan rusuhan kaum, pernah menulis surat sulit kepada perdana menteri waktu itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mendesak peletakan jawatannya. Surat Mahathir itu turut beredar dengan meluas kepada orang ramai.

Tidak sama nasibnya dengan Mukhriz kini, Dr Mahathir kalah di kerusi parlimennya di Kedah 40 tahun lalu. Mukhriz turut menyatakan, suratnya dan gesaannya itu akan mengundang kemarahan Abdullah dan anggota Umno tetapi beliau sanggup menerima apa jua risiko.

"Apapun, dengan sifat nasionalisme dan patriotisme demi kepentingan orang Melayu dan Umno, saya sanggup menerima sebarang tindak balas akibat rayuan saya ini.

"Dengan rasa insaf dan rendah diri, saya menyerah nasib saya kepada Allah SWT," tulisnya lagi



Shahidan gagal, Isa kini MB Perlis


Datuk Seri Shahidan Kassim gagal mengekalkan jawatan Menteri Besar Perlis, keputusan mengejut yang sama sekali berbeza daripada dakwaannya malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Mat Isa Sabu menggantikan Shahidan yang memegang jawatan itu sejak 1995.

Raja Perlis dilaporkan telah melantik Mat Isa hari ini berkuatkuasa serta-merta dan sekali gus menamatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Setiausaha sulit kepada Raja Perlis, Mohd Adib Zakaria, mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beberapa hari lepas nama Isa, seorang tokoh lama Umno Perlis, disebut-sebut sebagai menggantikan Shahidan.

Undang-undang tubuh negeri ini membenarkan Raja Perlis melantik menteri besar mengikut pilihannya. Menurut laporan laman web The Star Online hari ini, Shahidan sendiri menghadap Raja Perlis di Istana Siraj kira-kira sejam sebelum solat Jumaat.

Beliau dilaporkan berkata istana belum memutuskan calon MB ketika ditanya wartawan selepas pertemuan tersebut.

Setakat ini tidak dapat dipastikan reaksi penyokong-penyokong Shahidan selepas mendapat tahu pemimpin mereka itu, yang juga ketua bahagian Arau, disingkirkan.

Sementara itu di Putrajaya, bekas menteri besar itu kelihatan berjalan beriringan dengan timbalan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak (foto kiri) sewaktu keluar dari masjid Putra selepas solat Jumaat tengah hari tadi.Kira-kira 100 penyokongnya berkumpul depan masjid itu sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati (foto bawah).

Bercakap kepada media di situ, Shahidan berkata, seseorang yang dilantik MB Perlis sekarang "tidak mendapat mandat" kerana beliau, sebagai pengerusi BN negeri, mempunyai mandat tersebut.

"Saya dapat mandat daripada pengerusi BN dan saya mengetuai kerajaan Perlis. Tetapi kalau ada (pelantikan orang) lain daripada pelantikan itu, bererti mereka bukan BN," katanya.

Beliau juga mengulangi kenyataan pemimpin-pemimpin yang dekat dengannya sebelum ini bahawa terdapat pemimpin tertentu dalam Umno yang "busuk hati" padanya dan melabelkan mereka "munafik" kerana enggan menaikkannya semula sebagai menteri besar.

"Mereka cucuk-cucuk orang dan mereka adalah dari kalangan orang-orang yang dianggap munafik.

Jangan dekati orang munafik sebab Allah akan campak (anda) dalam neraka," katanya lagi.

Shahidan semalam berkata beliau akan ke istana tengah hari ini untuk mendapatkan watikah pelantikan setelah pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju menyambung khidmatnya.

Adun Tambun Tulang itu malah memberi kata dua kepada pemimpin dan ahli yang membantah keputusan tersebut - mereka boleh dikenakan tindakan disiplin atau keluar daripada Umno.

"Ini keputusan Perdana Menteri, mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri."Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka.

Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."

BN Perlis digoncang krisis berlarutan untuk mencari calon MB baru walaupun ia mengulangi kemenangan besar, menguasai 14 daripada 15 kerusin DUN dan mengekalkan ketiga-tiga parlimen pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyokong Shahidan mendakwa beliau disekat oleh seorang tokoh besar di peringkat pusat - yang mencetuskan konflik menjelang penamaan calon. Krisis itu mula menjadi pertembungan terbuka hujung tahun lepas apabila setiausaha agung Umno, yang juga menteri dan ketua bahagian Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad memberi kenyataan terbuka tentang kepemimpinan Shahidan, antaranya mendesak beliau meletakkan jawatan.Sementara itu, sewaktu dihubungi Malaysiakini petang ini, ketua penerangan Umno negeri Datuk Hashim Suboh berkata mereka tidak mengiktiraf pelantikan Mat Isa.

"Jika kita mengiktirafnya, akan rosak demokrasi dan sistem pilihanraya," katanya, sambil menambah "kita anggap beliau seorang MB (calon) bebas".

BN tetap dengan pendirian Shahidan sebagai menteri besar, tambahnya. "Rakyat melihat pelantikan Mat Isa tidak mengikut prosedur. Apa makna sistem berparti jika tidak ikut parti?" tambahnya.

"Kita tidak boleh halang rakyat jika mereka bangkit mengadakan tunjuk perasaan.

"Beliau membayangkan BN Perlis boleh mengambil tindakan disiplin kepada Adun Bintong itu jika beliau terus memegang jawatan tersebut.Awal malam ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata calon pilihannya tetap Shahidan, dan bukannya Mat Isa.


Ada pihak menyamar KeADILan, arah Tabika Kemas ditutup

Parti KeADILan Rakyat Negeri Kedah kesal, dan meminta rakyat negeri ini berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemimpin KeADILan dengan motif jahat menutup Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai yang dikuasai Umno.

Pengarah Pilihan Raya KeADILan Kedah, Saiful Izham Ramli berkata, pihaknya mendapat aduan orang ramai, yang kesal dengan 'arahan' KeADILan untuk menutup premis-premis berkenaan..

Katanya, lelaki yang menyamar pemimpin KeADILan itu berjumpa penyelia tabika dan dewan orang ramai, mengarahkannya mengosongkan premis dan menyerahkan kunci kepadanya..

"Tindakan penyamaran ini amat jahat, kami tegaskan bahawa KeADILan tidak pernah berbuat demikian, malah kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang meminta semua yang berada Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai kekal..

"Tiada arahan penutupan oleh kerajaan negeri, KeADILan juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan," tegasnya..

Menurut Saiful beliau percaya tindakan tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang dipercayai diupah pihak pembangkang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lepas..

Dalam PRU tersebut, PAS memenangi 16 kerusi, KeADILan empat, DAP dan calon bebas masing-masing satu..

Saiful bagaimanapun meminta orang ramai yang didatangi lelaki berkenaan, supaya mengambil semua butirannya dan membuat laporan polis jika beliau mengarahkan tabika atau dewan ditutup..

"Berikan salinan repot polis kepada kami, kami akan mengambil tindakan sewajarnya," tegas Saiful yang juga seorang peguam. - mr
.

Khamis, 13 Mac 2008

PAS Umum 4 Perkara Penting.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan empat perkara penting yang menjadi isu sekarang dalam sidang medianya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.

Perkara itu adalah:1) Beliau sendiri telah menandatangani surat bagi pihak PAS kepada Sultan Selangor menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

2) PAS hanya berunding dengan PKR dalam isu Exco Kedah dan telah memberikan tiga kerusi untuk PKR tentukan wakilnya dalam kerajaan negeri. Terserah kepada PKR untuk memilih exconya dan PAS telah menyatakan kesediaannya jika salah satunya adalah dari DAP.

3) PAS tidak menolak sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana dasar itu ada juga kebaikannya. Bagaimanapun, PAS bersetuju dengan dasar-dasar baik yang dikemukakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya telah dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan termasuk dasar mengisytiharkan harta, tender terbuka dan sebagainya.

4) Buat masa sekarang, beliau tidak ada masa dan minat untuk berunding dengan Umno sehinggalah kesemua kerajaan negeri BA selamat ditubuhkan.

Selepas itu, PAS bersedia untuk berunding dengan Umno untuk kepentingan negara.

Turut serta bersama beliau dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak

oleh Johari Jaafar

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr


Kit Siang mohon maaf kepada Raja Dr Nazrin Shah

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan yang dibuat berhubung tidak mengiktiraf pelantikan wakil PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak bukanlah bertujuan untuk tidak hormat kepada keputusan Pemangku Sultan Perak, Dr Raja Nazri Shah.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.


Sebaliknya kata beliau, kenyataan tiga perenggannya berhubung isu itu adalah kenyataan selepas mesyuarat parti ketika itu sahaja (semalam).


Beliau tidak berniat untuk tidak menghormati, dan beliau memohon maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di atas kenyataan itu yang mungkin menimbulkan sebarang masalah.


Beliau seterusnya berkata, berhubung isu itu beliau akan berbincang dan kenyataan terkini berhubung hal itu akan dibuat kemudian

Debaran sebelum BN Kedah tumbang

Oleh Helmi Khalid
Ditemani jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh, saya keluar sekitar jam 8 pagi dari Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah di Kobang Rotan pada pagi hari mengundi, 8 Mac lalu menuju ke kawasan Dun Sungai Limau.

Kami melalui beberapa pusat mengundi dalam Dun Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Suasana tidaklah begitu rancak, namun tidak pula begitu sunyi.

Bagaimanapun seingat saya suasana kali ini amat jauh bezanya dengan tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu pada tahun 1995, 1999 dan 2004.

Puteri Umno langsung tidak nampak berkempen di bangsal panas BN, yang tinggal hanya makcik-macik berbaju putih berkain merah. Suasana serupa kelihatan di semua pusat mengundi yang kami lalui.

Sekitar jam 10 pagi, kami mengikuti kenderaan pacuan empat roda yang membawa Ustaz Azizan Abdul Razak, penyandang kerusi Dun Sungai Limau, singgah di bangsal panas berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Kami berjalan kaki ke bilik mengundi di sekolah berkenaan.

Ustaz Azizan berbaris panjang bersama pengundi lain di saluran 1. Ramai yang menegur, beliau dilihat berseloroh dengan mereka.

Rata-rata pengundi di situ berkopiah, bertudung labuh, memanggil 'Ustaz' bila ternampak Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Saya berbisik dengan Wan Zahari, "itu orang PAS kot, sebab tu tegur ustaz."

Selesai membuang undi, Ustaz Azizan - sebelum kami bersalaman untuk meninjau di kawasan lain - sempat berkata, "Enta perasan tak, suasana hari ini macam di Kelantan tahun 1990."

"Ya ka Ustaz?" balas saya. Nak mengaku lebih-lebih pun tahun 1990 saya baru di tingkatan lima, dan tak pernah pun pergi Kelantan masa itu, hanya menyorak kawan-kawan yang menyokong Umno di bilik TV asrama B, Kolej Sutan Abdul Hamid.

Dari Bukit Besar, kami melalui jalan utama Sungai Petani-Alor Star, masuk ke jalan Alor Mengkudu, mencari Dr Ismail Salleh, calon PAS Dun Alor Mengkudu. Kami bertemu di Tok Keling, rupanya di situ kubu PAS. Bagi saya dua tempat tadi belum dapat dibuat apa-apa kesimpulan mengenai mood pengundi.

Kami bertolak pula ke Jalan Datuk Kumbar, sempadan Parlimen Pokok Sena dan Alor Star, singgah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kumbar. Bergenang air mata saya apabila melihat kalangan kaum Cina memegang payung, bendera dan sepanduk PAS.

Mereka berkempen. Di situ amat kurang kelibat perayu undi BN. Lama juga Wan Zahari mengambil masa merakamkan gambar di situ. Jam 1 petang. Saya belum menunaikan tugas untuk mengundi, lalu kami terus ke Taman Aman, Anak Bukit. Bangsal panas BN di situ pun tidak seperti biasa, sudah kurang petugas berbanding jumlah petugas di bangsal panas PAS.

Keluar dari bilik mengundi, baru tergerak hati untuk mengikuti Haji Amirudin, calon PAS Dun Anak Bukit. Tiba-tiba beliau muncul di Taman Aman, saya bertanyakan peratus keluar mengundi di tempat-tempat yang telah beliau lawati. Katanya, lebih 70 peratus.
Peratusan itu bagi Anak Bukit agak tinggi. Ada sedikit kebimbangan dalam hati, apa tidaknya Anak Bukit semestinya mahu dirampas kembali oleh BN.

Kerana tidur yang tidak menentu dalam tempoh kempen, mata sudah lali, letih, tetapi saya ingin melihat reaksi pengundi bukan Melayu dengan lebih dekat. Destinasi terakhir pilihan saya adalah Dun Kubang Rotan, mengikuti calon PAS Mohd Nasir Mustafa kerana beliau banyak program tersendiri dengan masyarakat Cina.


Beliau risau dengan kawasan pengundi Melayu. Sedangkan pengundi Cina memberikan reaksi positif apabila beliau bersalaman dengan mereka.


Kami balik ke markas di Kubang Rotan, 'rumah rasmi' kami ketika bertugas dalam pilihan raya ini. Kawan-kawan di situ memberikan gambaran cukup baik, kata mereka, orang Umno akan tolong PAS kali ini.

Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, dari rumahnya di Kg Raja, Kubang Pasu hantar SMS, "agak anta kita dapat berapa?" Saya membalas, paling tinggi 10 kerusi. Saya mengambil kira empat dari lima kerusi yang dimenangi pada 2004 boleh dipertahankan, Belantek kalah kerana 1031 pengundi pos di sana.

Jam 6 petang Wan zahari ke Arau, Perlis, sementara saya menuju ke bandar Alor Star kerana ada rakan ingin berjumpa. Dalam perbualan dia memberitahu, PAS boleh bersiap-siap kerana "dah menang".

Saya tidak menunjukkan reaksi terkejut tetapi terpaksa berfikir sejenak. Benarkah apa yang diberitakan rakan tadi kerana maklumatnya selalu tepat memandangkan tugas beliau yang rapat dengan bahagian risikan.

Kira-kira jam 7 malam, saya dihubungi Setiausaha PAS Kedah, Yusuf Husin. Katanya, panggil semua wartawan malam ini jam 10 atau 11.00 malam ke Kompleks PAS Kedah. Pelik bunyinya. Beliau ramalkan BA akan menang lebih 20 kerusi Dun.

Sampai di kompleks, ada sekitar 20 petugas, tetapi dalam bilik gerakan sudah jadi macam pejabat bursa saham. Laporan dari saluran-saluran seluruh negeri mula masuk melalui emel dan faks.

Saya bertemu Yusuf yang lebih dikenali Pak Cup, bincang apa nak tulis dalam Harakahdaily. Katanya, boleh masuk dulu kenyataannya, Kedah dah menang 15 kerusi.
"Ini bukan melawak, kalau tulis menang dah 15, tau-tau kalah malu ana yang tulis," kata saya.

"Anta tulis cukuplah, ana yakin kita menang 20 kerusi lebih, kita akan perintah Kedah Helmi," jelas beliau.

Ketika rancak menyusun idea, salah seorang petugas bilik gerakan meneriak, "Merbau Pulas confirm dah menang." Dua kali dia ulang. Akhir sekali dia beritahu Yusuf, "Merbau Pulas confirm Ustazah Aishah Ghazali, Ketua Muslimat PAS Kedah dah menang."


SMS pun banyak yang masuk, banyak juga panggilan yang saya abaikan. Detik hati saya berkata, kalaulah Merbau Pulas boleh menang, saya percaya ramalan Yusuf tadi, dia juga orang lama dalam jentera pilihan raya PAS Kedah.


Bilik gerakan terus menambah jumlah kerusi yang dimenangi. Nak tulis pun sudah payah; tulis menang enam, tiba-tiba tambah lagi dua kerusi. Berita Kedah menang 15 kerusi keluar, makin banyak SMS dan panggilan masuk. Saya kata, insyaallah PAS akan menang di Kedah.

Laungan takbir makin gamat di luar pejabat. Di ruang Dewan Dato' Haji Fadzil penuh dengan pemuda membawa bendera PAS, rakan dari bilik media di Mentaloon turut SMS sekitar jam 9.45, "PAS menang, tahniah."

Carta Dun yang dimenangi genap 15 kerusi, keADILan sudah empat kerusi, 19 kerusi. BA sudah menang simple majority, sah BA menang di Kedah.

Kemudiannya DAP pula mengesahkan kemenangan di Kota Darulaman, Bebas menang di Bukit Selambau, dan akhirnya PAS menambah bilangan kerusi di Tanjung Dawai.

Para wartawan mula berada di Kompleks PAS sekitar jam 10 malam. Itu juga antara petanda awal PAS dah menang. Melihat ramainya rakyat dalam dewan, amat terharu dan bersyukur, pada usia ini, saya melihat pelbagai sejarah yang terukir untuk PAS. Lutfi turut bekejar untuk menyaksikan pembentukan sejarah baru Kedah.

Walaupun masih bersekolah, saya faham PAS sudah menawan Kelantan pada tahun 1990. Tahun 1999 saya melihat PAS menang di Terengganu, 13 Jun 2002 lalu, kita meratapi kehilangan Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Dan Mac 2008, saya melihat parti yang saya sayangi dinobatkan rakyat sebagai kerajaan di Kedah.

Syukur di atas segala yang berlaku.

Rabu, 12 Mac 2008

Kerajaan BA Kedah rujuk model pentadbiran Kelantan

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) di Kedah akan menjadikan Kelantan sebagai model bagi melaksanakan pentadbirannya yang ternyata mampu memberi keadilan kepada semua rakyat.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apa yang dilaksanakan kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dicontohi kerajaan Kedah.

“Untuk itu kita akan mencontohi pentadbiran yang diasaskan di Kelantan bagi dilaksana di negeri Kedah,” ujarnya pada sidang media di sini, kelmarin.
BA di Kedah berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 22 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). PAS menang 16 kerusi, KeADILan (empat), DAP dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Sedangkan Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 14 kerusi Dun. Abdul Hadi yang juga menang di parlimen Marang dan Dun Rhu Redang berkata, Kelantan berjaya menjadi model kepada semua masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau juga berkata, kerajaan BA di Kedah akan meneruskan mana-mana pembangunan yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya bagi memastikan kebajikan rakyat lebih terbela.
“Apa yang menariknya semua negeri yang kita menang merupakan negeri yang sudah membangun, itu menandakan rakyat yang mengundi kita memahami apa itu sebenarnya pembangunan.

“Pembangunan adalah perkara biasa yang harus dilaksanakan pemerintah, namun apa yang penting bagaimana untuk mengisi dan melaksanakan pembangunan dengan cara yang baik, adil atau sebaliknya,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya kemenangan calon BA di kawasan bandar membuktikan rakyat tidak memburu pembangunan semata-mata kerana ia tetap dilaksanakan mana-mana pemerintah.

“Apa yang penting rakyat inginkan perubahan dalam tampuk pentadbiran yang dapat membawa mereka kepada keamanan dan kesejahteraan,” katanya. - mj

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA PENGUNDI DAN PETUGAS PAS

PAS ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih semua para pengundi, rakyat Malaysia yang telah mengundi dan memberikan sokongan kepada calon-calon PAS di seluruh negara. Ini termasuklah para pengundi bukan Melayu/Islam yang telah buat pertama kalinya secara terbuka memberikan sokongan kepada calon-calon PAS yang bertanding.PAS berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama atau bangsa. Wakil-wakil rakyat PAS akan mengambil peluang atas amanah yang diberikan oleh rakyat ini untuk menunjukkan kebaikan dan keadilan Islam kepada semua.Tidak lupa PAS juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih khasnya kepada semua para petugas dan pekerja parti yang telah mengorbankan masa, harta-benda dan titik-peluh bagi menghadapi pilihan raya kali ini, walaupun dalam suasana pilihan raya yang sangat pincang dan tempang.

Selasa, 4 Mac 2008

Isteri calon BN kempen suruh pengundi undi PAS

Kredibiliti calon BN Kedah tercabar lagi, kini giliran calon N.06 Jitra, Dato' Saad Man yang berdepan dengan isteri sendiri yang berkempen di atas pentas PAS.
Sebelum ini, calon BN di Dun Bukit Pinang dikaitkan dengan kes pecah amanah koperasi guru, seorang kepimpinan tertinggi BN pula didakwa melarikan RM 400 ribu wang zakat negeri Kedah dan akan ada pendedahan selepas ini mengenai hubungan sulit dengan wanita dan perlakuan zina calon BN.

Sementara itu, Ku Fatimah Ku Yaacob (isteri Saad) mengajak rakyat Kubang Pasu menolak calon BN itu atas alasan beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, gagal menjalankan amanah sebagai ketua keluarga dan tidak mengambil peduli kebajikan rumahtangga.

Menurut Ku Fatimah, sekalipun hayat perkahwinan mereka menjangkau usia 34 tahun, sejak 20 tahun lalu, Saad tidak pernah menjenguk beliau dan empat anak mereka atau bertanya khabar melalui telefon.

Dalam tempoh itu, Saad hanya pulang ke rumah di hari majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan anak perempuan sulung mereka lima tahun lalu.

Katanya, ini bukan soal perbadi semata-mata, dia tidak pernah dengki melihat Saad berjaya dalam bidang yang ceburi, tetapi beliau merasakan bertanggungjawab untuk memberitahu pengundi di Jitra bahawa Saad bukanlah orang yang layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

"Keluarga sendiri pun dia tak boleh jaga, bagaimana pula dia nak jaga hampir 26,000 pengundi di Jitra ini." tegasnya lagi.

Ku Fatimah dan Saad adalah pasangan suami isteri dari kampung yang sama di Kampung Hilir, Kepala Batas di sini, dikurniakan empat anak dan telah memiliki tiga orang cucu.

"Cucu pun dah tiga orang, bayangkanlah sekali pun dia tak pernah tengok cucu dia sendiri, saya tak mahu cerita hal-hal lain, harap rakyat dapat menilai dan tidak memilih dia sebagai wakil mereka dalam pilihan raya kali ini," ujar beliau.

Ku Fatimah mendedahkan demikian dalam pertemuan di rumah emak saudaranya di Kampung Bukit Tinggi, Kepala Batas.

Dalam pertemuan singkat itu, Ku Fatimah beberapa kali terhenti berbual sambil mngesatkan air mata apabila menceritakan kembali hubungan anak-anaknya dengan Saad.
Dari apa yang didengar, jelas Saad tidak mengambil berat soal membesarkan anak-anaknya dan sering kali juga bercakap tidak benar dengan mereka.

Nama Saad tidak disenaraikan sebagai calon BN di Kedah ketika pengumuman dibuat oleh Mahdzir Khalid pada 21 Februari lalu di Sri Mentaloon,tetapi tiba-tiba saja disebut pada malam 23 Februari lalu.

Mahdzir mengumumkan calon BN di Dun Jitra adalah Aman Khan Hussain, akhbar dan laman web Kerajaan Kedah, Kedah Online juga mencatatkan Aman sebagai calon.

Difahamkan Aman ada bertemu Saad dan meminta menyokong serta membantu beliau yang terpilih sebagai calon di Jitra, bagaimanapun Saad tidak memberikan reaksi positif.
Ada dua sebab Saad akhirnya terpilih sebagai calon BN di Jitra, pertamanya sebagai hadiah kepada kejayaan Saad dan rakan-rakannya menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan G7 Umno Bahagian Kubang Pasu pada September 2006 lalu.

Keduanya, Aman terpaksa disingkirkan kerana ada laporan polis mengaitkan namanya terlibat dalam kes pecah amanah ketika beliau sebagai pengerusi salah sebuah koperasi guru.

Saad pernah digantung dari keahlian Umno kerana dikesan cuba mensabotaj kertas penamaan calon Tun Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum 1999.

Ahad, 2 Mac 2008

Tidurlah.....


Kaum Cina & India tunjuk sokongan terbuka kepada PAS Kedah

Oleh Azmin Ali

Perubahan paling ketara berbanding situasi iklim politik 2004, ialah kini golongan bukan melayu seperti India dan Cina telah menunjukkan sikap terbuka tanpa rasa takut serta memberi sokongan penuh kepada perjuangan PAS yang mahu membetulkan demokrasi negara yang pincang dan membela nasib rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kegawatan ekonomi dan soal isu keselamatan adalah antara faktor mereka mengubah sikap dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Dari segi perniagaan yang didominasi khususnya oleh kaum Cina, mereka menafikan bahawa mendapat keuntungan ekoran barang naik kerana setiap kali ada kenaikan mereka (peniaga) terpaksa 'pusing' modal yang banyak.

"Dan dalam masa yang sama, mereka akan dimarahi oleh golongan pemebli kerana barang-barang naik harga justeru kehdipana semakin tidak harmoni di antara satu sama lain," kata Azizan ketika diwawancara Harakah baru-baru ini di Kompleks PAS Kedah.

Malah Azizan menambah, kaum Cina dan India turut menyatakan rasa tidak pusah ati pabila kerajaan termasuk para menterinya hidup dalam keadaan kayar raya dan serba kemewahan tetapi rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan sebaliknya.

"Keluarga menteri,perdana menteri hidup kaya raya. Kita lantik mereka jadi pemimpin rakyat, tapi bukan anak pinak dia, itu yang orang banyak sebut," katanya yang turut disambut meriah oleh kaum India sewakti lawatan di kawasannya sebelum ini.

"Mereka tidak lagi takut, malah bersama-sama kita pasang bendera dan khemah PAS menjelang pilihan raya kali ini," katanya yakin dengan potensi PAS untuk menambah kerusi seterusnya menjadi pembangkang terkuat di Kedah.

Jika PAS menang di Kedah kata Azizan, PAS akan melantik exco negeri dan ketua kaum di kalangan orang bukan Islam bagi menjadi 'jambatan penghubung' di antara kerajaan negeri dan rakyat bagi menangani isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh kaum masing-masing

Sabtu, 1 Mac 2008

Masa Depan Yang Kelam


PAS yakin tambah kerusi di Kedah

Berasaskan kepada sambutan pengundi terhadap parti tersebut kali ini, PAS Kedah yakin bukan sahaja mampu mempertahankan lima kerusi negeri yang diwakilinya sekarang, tetapi juga berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi 8 Mac ini.

Pemimpin PAS Kedah, Amiruddin Hamzah yang juga penyandang kerusi negeri Anak Bukit berkata penilaian pihaknya mendapat pengundi terus menyokong parti tersebut.

"Kita juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Cina dan India. Mereka minta kita mengadakan program. Kita akan dapat undi mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Sehingga ini, penilaiannya ialah prestasi kita kali ini akan lebih baik daripad 2004. Saya tidak mahu terlalu optimistik tetapi Insya-Allah kita mampu mengekalkan kerusi kita serta menambah kerusi baru," kata Amiruddin.

Selain kerusi negeri Anak Bukit, PAS memenangi empat lagi kerusi negeri dalam 2004, iaitu Tokai, Belantek, Sungai Limau dan Bukit Pinang.

Amiruddin berkata, Tokai dan Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS dan parti itu yakin mampu mempertahankannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya perlu bekerja lebih kuat di kerusi Bukit Pinang dan Belantek kerana ada pertambahan pengundi baru, terutama pengundi pos.

Undi pos

"Undi pos tidak telus, kita sendiri tidak dapat menyaksikannya...(selama ini) undi pos merupakan talian hayat bagi BN.

"Insya-Allah kita akan mampu mengekalkan kelima-lima kerusi PAS sekarang," kata Amiruddin.

Di samping itu, tambah beliau, terdapat juga faktor-faktor lain yang memperlihatkan perkembangan yang baik untuk partinya.

"Bila perdana menteri datang (ke Kedah), diikuti oleh timbalan perdana menteri, maka tentunya adalah laporan atau risikan yang kurang menyenangkan BN, khususnya Umno," kata beliau.

Katanya, kerusi-kerusi lain yang mampu dimenangi PAS ialah Ayer Hitam, Kota Seputeh, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur, Kubang Rotan, Kuala Ketil dan Bayu.

Rakan pembangkang

"Kita harap prestasi rakan pembangkang kita dari PKR kali ini lebih baik dari dulu seperti di kerusi seperti Lunas yang pernah kita menang dulu, Bakar Arang, Sidam, di mana terdapat ramai pengundi Cina. Tengok trend, mereka dalam keadaan yang baik," katanya.

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa pilihanraya awam ke-12 kali ini turut mengembalikan suasana pilihanraya umum 1999, Amiruddin berkata:

"Bezanya isu-isu pada tahun 1999 adalah mengenai seorang individu, tetapi kali ini ia membabitkan ramai orang terjejas ekoran kenaikan harga barang.

"Jadi gelombangnya membabitkan hampir ke seluruh rakyat. Dulu tertumpu kepada seseorang individu yang dianiaya dan sebagainya."

Sekarang, katanya, isu-isu yang dibangkitkan membabitkan semua orang - sama ada anda orang PKR, Umno atau PAS.

Amiruddin berkata, PAS berharap untuk mencatatkan kemenangan yang lebih besar daripada 1999 apabila pengundi meluahkan rasa ketidakpuasan mereka melalui peti undi.

Pemimpin BN Kedah gelapkan wang zakat RM400,000

Oleh Helmi Khalid


Lagi skandal penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin Umno yang menjadi calon BN Kedah dalam pilihan raya kali ini terbongkar, kali ini melibatkan wang zakat sebanyak RM400,000.


Kenyataan Abdullah Badawi kononnya calon tajaan BN kali ini telah melalui beberapa tapisan hanya cakap bohong, kerja jahat melarikan wang Jabatan Zakat Negeri ini dilakukan oleh salah seorang pimpinan politik tertinggi negeri ini.


Jika Che Omar Saad, calon BN Dun Bukit Pinang terpalit dengan kes menggelapkan wang koperasi guru, perbuatan ini lebih jijik kerana ia adalah wang untuk golongan yang selayaknya menerima seperti anak yatim dan fakir miskin.


Difahamkan, wang zakat bernilai RM400,000 ini disalurkan oleh sebuah syarikat untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah melalui pemimpin ini, bagaimanapun wang yang diterima pada Disember tahun lalu itu tidak diberikan kepada jabatan tersebut hingga berita ini ditulis.


Pihak jabatan telah beberapa kali meminta wang tersebut diserahkan tetapi pemimpin berkenaan meminta jabatan meluluskan sahaja wang itu untuk beliau.


Perkara ini juga telah sampai kepada pengetahuan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah.


Perkara ini sukar dibendung lagi kerana jabatan sering kali dihubungi oleh syarikat berkenaan yang mahukan resit penerimaan wang RM400,000 itu bagi urusan pengecualian cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Sumber memberitahu, pemimpin berkenaan menyatakan bahawa dia telah mengagihkan semua wang itu, bagaimanapun tidak dimaklumkan siapa penerimanya.


"Wang zakat bukan boeh digunakan sewenang-wenangnya, kita amat kesal dengan perbuatan pemimpin kerajaan ini, dia tidak boleh membezakan antara jawatan dan kepentingan kegunaan wang zakat, wang zakat hanya boleh diterima oleh asnaf-asnaf yang telah Islam tetapkan, bukannya untuk kegunaan peribadi," jelas sumber itu. -

Manifesto PAS KEDAh : Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua


Eksklusif: Husam janji dedah langkah sulit BN tawan Kelantan


Oleh Wartawan KLpos.com

BEBERAPA hari lagi, EXCO kanan Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berjanji beliau akan membuat pendedahan mengenai langkah sulit BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menawan Kelantan dalam pilihanraya akan datang. "Saya mengikuti semua pergerakan sulit beliau. Tapi keselamatan kita, intelligent kita bergerak sepenuhnya. So 90 peratus ni ada dalam pengetahuan saya," kata Husam.

Sebelum itu, Husam memberitahu, sokongan pengundi kepada PAS di Kelantan seperti tahun 1999. Menurut Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu, sokongan yang diterima oleh PAS menyebabkan di sesetengah tempat di negeri itu tiada pos Umno dan jika ada hanya pos kosong tanpa jentera.


Namun, ketika ditanya KLpos.com apakah itu bererti usaha menawan Kelantan oleh BN akan gagal, kata Husam, "Saya tak boleh kata begitu, nanti dekat pilihanraya saya akan umumkan apakah langkah-langkah sulit yang telah di ambil Khairy untuk menawan Kelantan. Ketika ditanya, apakah langkah sulit tersebut dibenarkan oleh undang-undang, kata Husam, "Tak boleh umum sekarang, (tapi) salah disisi undang-undang"
"Kita boleh rasa mood itu, sambutan itu, kedai kopi baik, surau baik. Saya dah pusing DUN Salor bila secara rasmi saya jadi calon di situ, ada pemimpin tempatan UMNO yang berjumpa dan bersama dengan kita sama ada secara sembunyi atau secara terbuka, jadi di seluruh negeri Kelantan mood kebangkitan ini lebih kurang sama pada tahun 1999. Sesetengah tempat tak ada pos UMNO, bendera atau pergerakan malam yang menunjukkan pos itu hidup," kata beliau.

Namun, ketika ditanya KLpos.com apakah itu bererti usaha menawan Kelantan oleh BN akan gagal, kata Husam, "Saya tak boleh kata begitu, nanti dekat pilihanraya saya akan umumkan apakah langkah-langkah sulit yang telah di ambil Khairy untuk menawan Kelantan,"

"Saya mengikuti semua pergerakan sulit beliau. Tapi keselamatan kita, intelligent kita bergerak sepenuhnya. So 90 peratus ni ada dalam pengetahuan saya," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Pemuda BN merancang membawa pulang lebih 20 ribu pengundi menggunakan 500 buah bas dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Ketika ditanya, apakah langkah sulit tersebut dibenarkan oleh undang-undang, kata Husam, "Tak boleh umum sekarang, (tapi) salah disisi undang-undang.

Penyokong BN ganas belasah wartawan

Kangar .Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin 27hb Feb.


Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, Rashidi Karim, wartawan sambilan di sini cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir manakala wartawan Adha Ghazali ditumbuk di muka ketika cuba meleraikan kejadian itu.


Rashidi berkata, ketika kejadian beliau dan tiga yang lain termasuk Ketua Biro Utusan Malaysia, Johari Shawal dan jurugambar sambilan Berita Harian, Shahidi Shahidan, berada di luar rumah kedai yang dijadikan bilik gerakan untuk membuat liputan.,


"Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba menarik baju saya ke belakang dan terus ditumbuk dan ditendang oleh beberapa yang lain,” katanya.


Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Mat Nasir Hussain, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahfuz dedahkan calon BN N10 Bukit Pinang ada kes pecah amanah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menentukan kedudukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Che Omar Saad yang didakwa kononnya mempunyai kes pecah amanah. Perdana Menteri berkata BN tidak dapat berbuat apa-apa kerana nama beliau telah pun disahkan sebagai calon walaupun pihak pembangkang membuat dakwaan mengenai kes Che Omar.

"Kami perlu mendapatkan agensi yang berkaitan untuk mengemukakan laporan dan kami akan menimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya. Mungkin ada yang tidak termasuk dalam rekod kami...tetapi kami telah pun mendapatkan maklumat yang perlu daripada agensi-agensi yang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama rakyat dekat sini, hari ini.


Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar hari ini mendakwa BN telah meletakkan calon yang mempunyai kes pecah amanah bagi kerusi negeri Bukit Pinang yang ditandinginya di sini. Mahfuz mendakwa Che Omar telah dilucutkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad sejak 25 Dis 2007 kerana kes penyalahgunaan kuasa semasa pembelian tanah koperasi melebihi RM6 juta

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar hari ini mendakwa BN telah meletakkan calon yang mempunyai kes pecah amanah bagi kerusi negeri Bukit Pinang yang ditandinginya di sini.

Mahfuz mendakwa Che Omar telah dilucutkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad sejak 25 Dis 2007 kerana kes penyalahgunaan kuasa semasa pembelian tanah koperasi melebihi RM6 juta.

Pengurusan koperasi itu kemudian membuat aduan polis mengenai beberapa kes penyelewengan Che Omar pada Disember lepas, dakwa Mahfuz.

Abdullah berkata BN sememangnya menyaring semua bakal calonnya sebelum mereka dipilih bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata semua pihak termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diminta untuk merujuk kepada Jabatan Insolvensi, Badan Pencegah Rasuah dan polis secara spesifik bagi memastikan seseorang calon itu layak untuk bertanding.

Perdana Menteri berkata baru-baru ini pun terdapat satu kes yang melibatkan seorang calon mempunyai kes mahkamah bersabit kesalahan jenayah dan BN tidak benarkan dia bertanding.

"Ada lagi kes yang berkaitan dengan rasuah yang kerananya BN tak benarkan mereka bertanding...sebelum penamaan kami dah buat keputusan itu...(telah) cuba untuk berhati-hati sebaik mungkin," katanya.

Polis setuju permintaan PAS kempen guna layar besar

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa meminta jentera penerangan PAS dan parti-parti pembangkang di seluruh negara menggunakan skrin besar sebagai salah satu media kempen pilihan raya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika memaklumkan persetujuan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kepada permintaan PAS untuk mengggunakan skrin besar bagi menayangkan majlis ceramah dan kempen sepanjang pilihan raya umum kali ini.

"Negeri-negeri lain juga mesti menggunakan skrin besar untuk berkempen kepada para pengundi. Jika penggunaan skrin besar itu diluluskan di Kelantan, tidak ada sebab ia tidak boleh digunakan di negeri-negeri lain," kata beliau.

Sebelum ini, polis Kelantan melarang penggunaan skrin besar dalam kempen pilihan raya kali ini.Larangan tersebut dikeluarkan oleh Abdul Rahim sebaik sahaja proses penamaan calon selesai dilakukan pada 24 Februari lepas.

Berikutan larangan itu, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah bertemu dengan Ketua Polis Kelantan itu dan berjaya meminta kerjasama beliau supaya menarik balik larangan itu.
PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut