Detikdaily

Sabtu, 31 Januari 2009

Hayati Dan Laksana 5 Prinsip Amal Jamaei Dalam PAS

Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PAS agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan PAS ini benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :

Aqidah yang sohih , Fikrah yang syumul danSyakhsiyyah yang soleh .
Dakwah yang benar


Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala'

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .


Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .


Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah , maka boleh menyertai mana - mana jamaah yang mahukan Islam .

Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak .


Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen . [ perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric : satu kekeliruan . ]

3. Dengar dan Taat.


Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .


Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar .


Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .

4. Ukhuwwah fillah


Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .


Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah .


Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .


5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]


Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.


Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi .


Terutama kita berjuang di era menang , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia . Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan . Ini satu musibah !


Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .


Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas , ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .


Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi .

Isnin, 19 Januari 2009

2.) Surat Pekeliling Untuk Cawangan -Cawangan PAS Kwasan Kubang Pasu

Ruj: PAS/K.003/1.04/( 7 ) 17 Muharram 1430H 14 Januari 2009

Kepada:
Setiausaha PAS Cawangan-Cawangan Seluruh Kubang Pasu

Assalamualaikum Wr. Wb.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009 CAWANGAN-CAWANGANPAS SELURUH KAWASAN KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN.

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PAS cawangan-cawangan boleh dijalankan mulai 24 Januari 2009 hingga 28 Febuari 2009.

3. Sehubungan itu, semua cawangan-cawangan PAS dalam Kawasan Kubang Pasu adalah dikehendaki mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

4. Aturcara Majlis dan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan seperti berikut:

ATURCARA MAJLIS:
< Ucapan ringkas Pengerusi Tetap PAS Cawangan
< Ucapan Aluan Ketua Cawangan
< Ucapan Perasmian

AGENDA MESYUARAT AGUNG:

1. Mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
2. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2008/2009.
3. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan berakhir 31.12.2008
4. Memilih AJK Cawangan sesi 2009-2011
5. Memilih Pengerusi Tetap, Timbalannya dan 2 orang Pemeriksa Kira-Kira
6. Memilih 5 wakil (termasuk Ketua Cawangan) ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan.
7. Pencalunan AJK PAS Kawasan
8. Membahas Usul-Usul.
9. Hal-hal lain / Ucapan penangguhan.

5. Adalah diingatkan bahawa sebelum mesyuarat agung tahunan PAS Cawangan diadakan Bendahari dan Setiausaha PAS Cawangan hendaklah terlebih dahulu mengutip dari setiap ahli:
5.1: Yuran Tahunan Ahli PAS RM 3.00
5.2: Derma Perhubungan Negeri RM 1.00
5.3: Derma Pilihanraya Kawasan RM 1.00
5.4: Derma Kebajikan Umum RM
Jumlah RM 6.00+

5.5: Yuran Badan Kebajikan RM 20.00 ( Jika Ahli B/K )Jumlah Besar RM 26.00=========

6. Ketua / Setiausaha Cawangan hendaklah menyerahkan ke Pejabat PAS Kawasan maklumat berikut selepas mesyuarat agung PAS Cawangan:

6.1: Senarai AJK (lengkap) sesi 2009/2011 (Borang disertakan)
6.2: Laporan Kewangan berakhir 31.12.2008 yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Cawangan tahun 2009.
6.3: Minit Mesyuarat Agung 2009

7. Nama Semua ahli yang telah menjelaskan (yuran dan derma) hendaklah disenaraikan dan dihantar ke pejabat PAS Kawasan sebelum mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan untuk direkodkan dalam data ahli.

8. Nama 5 orang wakil (termasuk Ketua Cawangan) yang dipilih dalam mesyuarat agung PAS Cawangan untuk ke mesyuarat Agung Tahunan PAS

berikut: 04-9292893 ( R) 04-9178423 & 04-9175721 ( MARKAS TOK KESOP ) atau H/P: 013-4051223

“ PAS UNTUK SEMUA “


HJ. MOHD ZUKI BIN ABUSetiausaha PAS KawasanKubang Pasu.
Email: mohdzuki_06@yahoo.com
Sk: - Setiausaha BPPNK- YDP Kawasan Kubang Pasu

1.) Surat Pekeliling Untuk Cawangan -Cawangan PAS Kwasan Kubang Pasu

Ruj: PAS/K.003/2.19/( 63 ) 17 Muharram 1430H 14 Januari 2009

Kepada:
Semua Setiausaha PAS Cawangan-cawanganSeluruh Kubang Pasu

Penamatan Program Memperkasa PAS Kubang Pasu

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan Program Memperkasa PAS Kubang Pasu adalah ditamatkan kerana telah pun mencapai matlamatnya.

2. Oleh itu sebarang program atas apa juga nama yang tidak ada makluman dari PAS Kawasan kepada cawangan-cawangan bukan program PAS Kawasan dan cawangan perlu berhati-hati dengan program tersebut.

3. Sekian dan diharap makluman ini mendapat perhatian.
Wassalam.

HJ MOHD ZUKI BIN ABUSetiausaha PAS KawasanKubang Pasu.
Sk: Setiausaha BPPNK.

Tahniah : Yang Di Pertua PAS Kubang Pasu


Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim mendahului senarai 62 penerima darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-81, hari ini.

Puteri Intan Safinaz yang juga anakanda bongsu Sultan Kedah dianugerahkan darjah Orang Besar Empat membawa gelaran Tunku Panglima Besar.

Koperal Mohd Zamri Md Scoot dari Batalion ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, di sini menjadi penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK).

Lima penerima anugerah Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira ialah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Nordin Ali dan Panglima Medan Markas Medan Tentera Darat Kem Sungai Besi, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi Raja Mohammed Noor.Tiga lagi, Leftenan Jeneral (B) Datuk Masood Zainal Abidin; Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Dr Nordin Kardi dan Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid.

Penerima tunggal darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Empat Divisyen Kem Wardieburn Kuala Lumpur, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.Seramai 38 individu dikurniakan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk, iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail(Gambar di atas :Yang Di Pertua PAS Kubang Pasu); Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Bioteknologi, Pembangunan Usahawan dan Sains Inovasi negeri, Amiruddin Hamzah.Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang, Md Rohsidi Osman; Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Cawangan Penyakit Bawaan Rektor Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Azmi Hashim.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengairan dan Saliran, K John Abraham; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Abdullah Kassim; Pengarah Audit Persekutuan Jabatan Audit Negara, Mustafa Saman; Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Othman Ahmad.Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida), Wahab Hamid; pensyarah, Tunku Mohani Tunku Mohtar; Dekan Universiti Teknologi Mara (UTM) Kampus Jalan Semarak Kuala Lumpur, Prof Dr Azhari Md Salleh; Brig Jeneral (B) Abd Hamid Md Zain; Brig Jeneral Adnan Abu Bakar; Brig Jeneral Mohd Dalib Basir.Pengerusi Eksekutif, Abdul Latif Mohd Som; Panglima Wilayah Laut Tiga, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman; Timbalan Pengarah (Perlucut Hakan/ Harta/Tahan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Ismail Yatim; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Shatar Abdul Jalil.Ketua Jabatan Perubatan Respiratori, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr George Kutty Simon; Pengarah Perubatan dan Perunding Physician Kedah Medical Centre, Dr Ismail Yaacob; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Syeikh Fadzil Awang dan Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Mohd Azhari Ghazali.

Sementara itu, Presiden First Solar Malaysia Sdn Bhd, Heiner J Eichermueller adalah penerima tunggal darjah kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) yang juga membawa gelaran Datuk, manakala Tunku Shazuddin Arif Tunku Sallehuddin dan Syed Nasir Syed Abdullah dikurniakan pingat Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SMS).Ahli Dewan Negara, Senator Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah, Abd Ghani Ahmad dikurniakan pingat Setia Mahkota Kedah (SMK).

Sebelas penerima pingat Jaksa Pendamai (JP) ialah Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim; dan Pengarah Urusan Pasaraya Borong Sakan, Che Umar Yatim.Jurucakap Bahagian Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata senarai penuh nama penerima bintang kebesaran lain akan diumumkan Rabu ini.Sumber : Berita Harian


PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut