Detikdaily

Isnin, 29 Jun 2009

Tanpa publisiti, MB Kedah bekerja untuk rakyat hingga Umno Kedah menikus

Oleh IDRIS SAMAD

Dato' Seri Azizan Abdul Razak menjadi MB Kedah dalam keadaan yang cukup tenang. Bukan sahaja beliau jauh dari kontroversi, malahan dilihat cukup berhemah dalam banyak keadaan.

Sebagai seorang yang begitu lama dalam politik, Ustaz Azizan bukan sahaja mampu membuktikan kemampuannya menerajui Kedah, malahan, cukup berterus-terang kalau bercakap.

Hingga peringkat ini, belum ada satu pun isu besar yang mampu menggugat kepimpinannya, walaupun di kalangan pembangkang di Kedah pernah menceritakan Ustaz Azizan dicemburui orang-orang muda di dalam PAS.

Beliau dikatakan cukup berhemah dalam berbelanja, malahan tidak mengambil kesempatan untuk membina pagar rumah walaupun berhak berbuat demikian, hingga menimbulkan keinsafan di kalangan pemimpin Umno, melihat begitu berhematnya Menteri Besar ini menguruskan kewangan.

Ketika kerajaan Perak mengambil keputusan menukar penggunaan Proton Perdana kepada Cambry sebagai kereta rasmi Exco, Ustaz Azizan memilih untuk mengekalkan penggunaan Proton Perdana.

Satu hal yang cukup pelik di Kedah, banyak perkara yang boleh didedahkan tentang penyalah urusan kewangan syarikat-syarikat kerajaan negeri ketika di bawah pentadbiran Umno, namun Ustaz Azizan tidak memilih untuk mengaibkan sesiapa.

Apakah tiada satu pun ‘kesalahan dan kemungkaran’ yang pernah pentadbiran dulu lakukan? Jika ada, kenapa sehingga hari ini Ustaz Azizan tidak memilih untuk menyerahkannya kepada SPRM untuk menyiasat seterusnya jika mempunyai bukti, mendakwa mereka ini?

Kalau bercakap, Ustaz Azizan tidak kisah DAP atau PKR, yang tidak betul, beliau akan tegur tetapi kalau betul, walaupun datangnya dari kepimpinan Umno, Ustaz Azizan memilih untuk ‘mengatakannya betul’.

Seorang setiausaha Umno bahagian di Kedah ketika dihubungi memberitahu, selama dia melihat beberapa Menteri Besar sebelum ini menerajui kerajaan negeri, kepimpinan Ustaz Azizan jauh berbeza dari kepimpinan terdahulu.

“Dulu, sama-sama Umno sering salah menyalah. Bila seseorang Menteri Besar berundur, Menteri Besar yang baru akan mula menyerang dan menuding jari terhadap kepimpinan terdahulu. Tetapi, kini ia seperti tidak berlaku. Ustaz Azizan sibuk memperbaiki beberapa kerosakan dan terus mahu membawa Kedah keluar dari imej kemiskinan,” kata pemimpin Umno ini.

Politik Kedah kelihatan tenang. Umno yang kehilangan kuasa masih sibuk bertelagah sama-sama sendiri tetapi kerajaan negeri di bawah Ustaz Azizan kelihatan begitu berjaya dan terhindar dari kontroversi.

Jika Lim Guan Eng di Pulau Pinang masih menghadapi pelbagai isu termasuk perlantikan YDP PBT hingga menimpulkan konflik, di Kedah ianya tidak berlaku. Dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kerusi itu dan seperti yang dijanjikan Ustaz Azizan melantik Adun tersebut menjadi anggota Exco kerajaan negeri.

Satu formula Ustaz Azizan yang menjadikan beliau terselamat dari serangan pembangkang dan kontroversi ialah mengamalkan perbelanjaan yang cukup berhemah dan tanpa slogan rakyat diutamakan tetapi melaksanakan komitmen kerajaan negeri dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berjaya memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Besar rakyat dan tidak mengamalkan pilih kasih ketika membuat kebajikan.

Itulah sebabnya, setakat hari ini, ketika MB Selangor sentiasa menghadapi piket kerana rasa tidak puashati mereka yang merasakan kampungnya tersisih dari arus pembangunan, di Kedah, ianya tidak berlaku.

Perlis yang berjiran dengan Kedah dan merupakan negeri yang terkecil sekali pun, disebabkan Menteri Besarnya dari kalangan Umno, kontroversi tidak dapat dielakkan. Ketika Mat Isa Sabu sibuk melantik kawan-kawannya mengelilinginya di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Umno negeri, rakyat Perlis terus kagum mengapa Ustaz Azizan tidak diselubungi masalah.

Bila timbul isu kononnya ada pegawai Menter Besar Kedah bernikah dengan isteri orang, Ustaz Azizan secara terbuka menerima aduan tersebut dan mengarahkan pegawai berkenaan memberi penjelasan kepadanya.

Hari ini terbukti, fitnah itu adalah usaha pihak-pihak tertentu yang mahu mencemarkan imej seseorang yang kebetulan orang itu bekerja di Pejabat Menteri Besar.

Satu ketika dahulu, ada Pemuda Umno yang membuat dakwaan kononnya ada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang bercakap kasar hingga menyentuh pihak Istana tetapi apabila dicabar supaya membuktikannya, sehingga hari ini tiada siapa yang mampu tampil kehadapan.

Setakat hari ini, mungkin Umno sedang berusaha mencari atau mengumpul bahan-bahan yang boleh menjejaskan imej kepimpinan Ustaz Azizan tetapi jelas, tiada apa yang boleh digunakan.

Umno sebenarnya perlu belajar dari stail Ustaz Azizan. Kuasa tidak merubah kehidupannya. Jawatan tidak menjadikan beliau seorang manusia yang lupa asal usul.

Malahan, kakitangan kerajaan tentunya dapat membezakan Ustaz Azizan dengan Menteri Besar-Menteri Besar Umno sebelum ini. Ustaz Azizan tidak perlu memperkenalkan kempen menanam padi atas bumbung untuk menjadi popular, seperti yang pernah Sanusi Junid mahu melakukannya dahulu.

Malahan, Ustaz Azizan tidak langsung mengambil kesempatan untuk ‘kondem’ usaha bekas Menteri Besar terdahulu sebaliknya memperbaiki beberapa kelemahan bertujuan melakukan sesuatu yang lebih baik, demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.

Beliau boleh bekerja tanpa seberang publisiti dan beliau boleh berkhidmat tanpa sebarang slogan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Beliau membuktikan 'PAS Boleh'! Dan kini sentuhannya menyebabkan Umno menikus di Kedah.

Bahaya penularan budaya Umno

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sewaktu pertarungan antara dua gergasi Umno, Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dalam tahun 80-an, kelebihan ternyata berpihak kepada Dr. Mahathir kerana ketika itu dia Perdana Menteri. Dengan kuasa yang ada di tangannya semua media utama negara diletak di bawah telunjuknya.

Setiap kali dia turun untuk road show ke negeri-negeri dia tidak menggunakan status Presiden Umno tetapi menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri. Seluruh kakitangan kerajaan dan pecacai Umno diperalatkan untuk menaikkan sepanduk kononnya menyokong kepimpinan Dr. Mahathir. Semua itu adalah perancangan tokoh-tokoh Umno dari kem Dr. Mahathir.

Dari aspek propaganda, sokongan terhadap Dr. Mahathir nampak hebat dan imej Tengku Razaleigh semacam berjaya dibenamkan. Namun persepsi orang yang berada di luar kandang Umno, ia menyerlahkan situasi bahawa Umno berpecah dan berpuak. Memang Umno berpecah pun, tapi bijakkah bagi mereka ‘memberitahu’ seluruh dunia bahawa mereka berpecah? Umno beruntung kerana bagaimana berpecah pun parti yang mendominasi BN ketika itu, majoriti rakyat tetap menyokong mereka.

Bukan dalam isu beliau melawan Tengku Razaleigh sahaja, dalam pelbagai isu yang lain selepas itu, modus operandi yang sama digunakan juhalak-juhalak Dr. Mahathir bagi melakukan propaganda kononnya dia mendapat sokongan yang padu dari rakyat atau ahli-ahli Umno.

Apabila Abdullah Badawi cuba dijatuhkan selepas pilihanraya umum ke 12, Abdullah tidak pula menggunakan strategi Dr. Mahathir, membuat kerahan tenaga para penyokongnya berhimpun di lapangan terbang untuk menyatakan sokongan besar-besaran terhadapnya. Zaman Abdullah, Umno lemah tenaga batin dan zahir. Dia bijak kerana tidak ‘memberitahu dunia’ perihal perpecahan dalam Umno, supaya Umno tampak hebat dan bersatu. Barangkali darjah keihlasan dan jati diri Abdullah terhadap Umno lebih tinggi dari Ghabar Baba, justeru biarkanlah dirinya ditolak ahli-ahli Umno asalkan rakyat menerima Umno.




Beberapa hari lalu, ramai terkejut dan tertanya-tanya apabila sebuah stesen media talibarut BN menyiarkan laporan mengenai terdapat beratus ahli-ahli PAS yang mengangkat sepanduk menyatakan sokongan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS sewaktu beliau tiba di Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah.





Tentulah peristiwa yang berlaku bukan atas kehendak Tuan Guru sendiri atau mana-mana pemimpin PAS Pusat, cuma ia inisiatif kalangan tertentu dalam parti yang ghairah sangat terhadap isu tertentu yang dilihat melanda parti. Mereka yang meregang sepanduk adalah golongan yang ikhlas, cintakan jamaah. Cuma terlanjur, tanpa disedari tertiru budaya Umno, sedangkan jalan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku dalam jemaah, sesama anggota jamaah bukan begitu.

Penularan budaya buruk Umno dalam masyarakat perlu dibendung. Apatah lagi jika tempiasan budaya tersebut dijangkiti oleh anggota jamaah Islam.


Mengadakan sidang media untuk mengumumkan pertandingan dulunya hanya dibuat oleh pemimpin BN, sekarang sudah menular ke dalam PAS. Dalam Islam, meminta jawatan tidak perlu dilakukan, maksudnya dalam kepimpinan organisasi Islam. Kalau berlawan dengan golongan yang menolak Islam atau golongan sekular itu cerita lain.

Bagi kepimpinan, mengambil pendirian secara individu atau sekumpulan individu dalam isu-isu besar tanpa merujuk kepada parti adalah cara Umno. Umno tidak perlu merujuk kitab kerana tiada institusi ulamak atau majlis syura. Tiada perhitungan syarie, halal dan haram. Di zaman Dr. Mahathir, keputusan dibuat oleh beliau seorang kemudian dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk disetujui.

Mungkin ada yang bertanya, adakah antara kepimpinan parti yang mengambil sikap seperti itu? Jawabnya, takkan terbungkas habis pokok-pokok sampai heboh seantero negara baru-baru ini kalau tiada angin ributnya, sehingga memeningkan ahli-ahli bawahan.

Bagaimanapun, apa yang ditulis di atas adalah sekadar cetusan idea untuk tujuan mental exercise. Jika ada pandangan kedua atau ketiga demi kebaikan bersama, berbincanglah dengan ikhlas.

Umno Menunggu "Wali Allah' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Pembangkang di Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga merupakan Adun Kok Lanas mempertikaikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di dalam satu ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini. Di dalam ceramah tersebut, Tuan Guru yang merupakan MB Kelantan menyebut bahawa Umno bukan sebuah parti yang berlandaskan Islam dan tidak juga menyokong perjuangan Islam. Umno dikatakan parti yang mengasingkan ugama dari politik dan ini dapat dibuktikan dari beberapa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tunjangnya adalah Umno.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tersebut bukan kali pertama dalam sejarah pernah dikeluarkan, malahan dalam setiap ceramah beliau perkara ini tidak pernah dilupakan. Sudah beberapa kali Umno cuba untuk membuktikan segala yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah salah dan bertentangan dengan Islam, tetapi segala usaha Umno itu gagal kerana Umno hanya memiliki kuasa sahaja berbanding dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai hujah serta fakta dan kekuatannya adalah terletak kepada apa yang diajar di dalam Al-Quran dan Hadith. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat Allah, maka sesiapa pun tidak akan mampu mengalahkan kebenarannya. Inilah kekuatan Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau berpegang teguh dengan Al-Quran.

Apabila Umno sudah tidak mampu lagi berhujah, maka keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh Adun Kok Lanas yang menyatakan `Nik Aziz bukan Wali Allah'. Sila baca di sini. Apakah jika Tuan Guru Nik Aziz itu Wali Allah, maka Umno akan mempercayainya serta akan melaksanakan apa yang diajar di dalam Al-Quran? Lojikkah jika ajaran Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun Umno enggan mengikutinya, apatah lagi apa yang disampaikan oleh seorang `Wali Allah'? Apakah Umno menganggap Wali Allah itu lebih hebat dari Nabi? Saya tidak mengerti mengapa perlu Umno menunggu kehadiran `Wali Allah' untuk memperbetulkan Umno. Apakah Datuk Md Alwi ini kenal sesiapa yang dianggap sebagai `Wali Allah'? Mufti Perakkah ? Dato' Mohd Noh Gadutkah? Atau Mej Jen (B) Jamil Khir itu `Wali Allah' pada anggapan beliau?

Seandainya beliau berpendapat hanya `Wali Allah' sahaja yang layak bercakap tentang hukum Islam, maka lebih baik beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan satu anugerah seperti anugerah `Tokoh Maal Hijrah',iaitu dengan mengadakan anugerah tokoh `Wali Allah'. Tokoh ini nanti bolehlah dijadikan penasihat kepada Umno dan kerajaan. Kenyataan Adun Kok Lanas ini telah menampakkan kecetekan beliau di dalam ugama dan beliau cuba pula untuk menyesatkan orang lain. Setelah bertahun-tahun Tuan Guru menyebut perkara yang sama, baru sekarang Adun Kok Lanas berkata demikian kerana betapa rungsing dan gelabahnya beliau untuk menghadapi PRK Manek Urai nanti. Kita faham, Umno tidak akan sanggup di`telanjang'kan lagi apatah lagi Manek Urai adalah kawasan hampir 100% Melayu Islam dan Umno sebelum ini mengakui bahawa orang-orang Melayu sebenarnya masih bersama parti bersifat kebangsaan itu.

Kegelabahan Umno semakin ketara, sebab itulah semakin lama pemimpin-pemimpin Umno banyak bercakap merapu tidak ada hujung pangkal. Hujah untuk menentang Pas tidak diperolehi oleh Umno maka terpaksalah menggunakan cara dan kaedah lama yang kini ditolak rakyat. Tidak jadinya Pas untuk `meminang' Umno sebagai Kerajaan Perpaduan amat memalukan Umno. Semasa `pinangan' hendak dibuat, Pas mengharapkan `bakal tunangannya' itu berubah, tetapi malang sekali Umno tidak berubah malah lebih teruk lagi. Maka, `pinangan' dibatalkan sertamerta. Umno pun berkata, jika Pas tidak mahu `bertunang' dengannya sekali pun, Umno tidak kisah kerana Pas yang memulakannya. Benarkah tidak kisah? Tetapi saban hari di kaca TV dan akhbar kita lihat Umno mula meroyan umpama gila talak dibuatnya. Betapa Pas begitu diminati sekarang, dan beruntunglah PKR dan DAP kerana memiliki Pas.

Mahu atau tidak, malu atau tidak, Umno terpaksa `dikuburkan' juga di Manek Urai. Rakyat sudah mula menganggap selagi adanya Umno, Kerajaan Perpaduan mustahil akan dapat dilaksanakan. Kerajaan Perpaduan akan wujud, InsyaAllah, selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti diwaktu itu Umno telah pun berada di alam yang baqa'. Sampai bila lagi Umno harus menunggu `Wali Allah'? /wfauzdin.blogspot.com

Daulah Islamiyyah: Dulu Dan Sekarang

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kebangkitan rakyat Iran membantah keputusan pilihanraya mereka menjadi berita hangat di seluruh dunia. Anggapan bahawa pilihanraya mereka tidak telus dan adanya unsur penipuan dikongsi jutaan rakyat negara tersebut.

Ini merupakan kebangkitan yang terbesar sejak revolusi negara ‘clergy’ tersebut. Sudah pasti ada asas tertentu kepercayaan rakyat terhakis terhadap keputusan pilihanraya mereka, atau ada isu lain yang mendesak mereka bangkit, samada isu ekonomi, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.


Saya bukan ingin mengulas tentang pergolakan politik negara Syiah Imamiyyah tersebut. Namun adalah penting untuk kita tahu bahawa kebangkitan revolusi Iran 1979 mempunyai peranan yang penting mempengaruhi perjuangan gerakan Islam di seluruh dunia dalam memperjuangkan apa yang diistilahkan sebagai ‘Daulah Islamiyyah’ (Islamic State).


Kejayaan Iran membentuk negara yang dikuasai kelompok mullah atau ulamak membakar semangat Islam ramai pejuang daulah Islamiyyah. Banyak pihak kagum dan menyanjung tinggi Ayatullah Khomeini dan pemikiran revolusinya. Sehinggalah isu-isu berkaitan Syiah timbul dengan jelas dan para penyanjung Khomeini seperti tokoh al-Ikhwan al-Muslimin Sa’id Hawwa mula menarik diri disebabkan perbezaan kefahaman aliran Sunnah dan Syi’ah. Beliau menulis buku al-Khumainiyyah: Syuzuz fi al-‘Aqaid wa syuzuz fi al-Mawaqif (Khomeinism: Pelik Dalam Akidah dan Pendirian).

Ini kerana atas semangat revolusi tersebut, buku-buku Khomeinei seperti Hukumah Islamiyyah, Kasyf al-Asrar dan lain-lain mula dibaca oleh para pencinta Islamic State dan mereka mula mendapati perkara-perkara yang amat sukar untuk diterima seperti menyandarkan zindiq dan kekufuran kepada Saiyyidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. Apapun Iran telah melakukan usaha yang hebat dalam menempatkan pemikiran politik agama dalam dunia ini.

Apapun, Iran dengan aliran Syiah Imamiyyah ada keistimewaan yang tersendiri. Mazhab Syiah adalah mazhab politik. Ia tercetus hasil dari pertelingkahan politik lalu dibentuk menjadi mazhab akidah dengan dimasukkan dogma dan elemen akidah.

Ayat-ayat al-Quran dan nas-nas Nabi s.a.w ditafsirkan menurut asas kepercayaan politik tertentu. Tokok-tambah nas-nas Nabi s.a.w begitu lama dan banyak sehingga menyebabkan mazhab itu stabil sebagai sebuah aliran politik agama.

Hal ini tidak jauh dari apa yang berlaku kepada sesetengah gerakan atau parti politik agama dalam dunia ini. Pertelingkahan yang bermula dengan isu-isu politik dibentuk menjadi isu-isu akidah sehingga ke peringkat mengkafir dan menyesatkan antara satu sama lain.

Namun Syiah Imamiyyah jauh lebih stabil disebabkan usia dan pengalamannya yang panjang. Begitu banyak hadis-hadis yang telah diwujudkan sepanjang tempoh kempen politik mereka yang berlarutan sejak hampir empat belas kurun lamanya. Hadis-hadis ‘keluaran baru’ politik memenuhi mazhab mereka. Ini seperti kononnya Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang suka hidup seperti hidupku, mati seperti matiku, tinggal di syurga ‘adn yang ditanam oleh tuhanku maka hendaklah dia mengangkat ‘Ali selepasku. Juga mengangkat penggantinya. Hendaklah dia mengikut para imam selepasku, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum keluargaku, diciptakan daripada asal-usulku, direzekikan kefahaman dan ilmuku. Celakalah golongan umatku yang membantah kelebihan mereka dan memutuskan hubungan denganku. Semoga Allah tidak memberikan mereka syafaatku”.

Pada nilaian ulama hadis aliran Ahli Sunnah hadis ini palsu, sanadnya (rangkaian rawinya) gelap, kesemua para perawinya tidak dikenali dengan pasti kecuali seorang iaitu Ibn Abi Rawwad. Nama-nama para perawi lain tidak pernah disebut oleh para ulama al-Jarh wa al-Ta’dil. Apapun hadis ini disanjung oleh Syiah kerana ia penting dalam kempen politik yang dibawa oleh aliran tersebut.

Berbalik kepada isu pembentukan negara agama, Syiah nampaknya jauh lebih berpengalaman disebabkan itulah perjuangannya sejak awal kewujudannya. Perjuangan merebut kerajaan dari tangan pemerintah-pemerintah muslim yang pernah ada sepanjang sejarah untuk membentuk negara yang tersendiri pada aliran dan pegangannya.

Adapun aliran muktabar ahli sunnah, mereka lebih cenderung menyerahkan urusan politik kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam, dengan mereka mensyaratkan agar tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, berlaku keadilan dan memerintah atas asas kemaslahatan rakyat. Sesiapa sahaja yang sanggup melakukan demikian dipuji dan disokong oleh para ulama Ahli Sunnah yang ikhlas, jika tidak amar makruf nahy munkar akan dijalankan. Bukan kecenderungan mereka mempolitikkan agama atau terlibat dengan politik agama.

Inilah yang kita lihat dihayati oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’I, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Ya, mereka merupakan pengkritik yang tegas dan berani, namun mereka tidak pernah menyeru untuk diberikan ‘kerusi’ kepada mereka. Berdasarkan kepada tulisan dan kenyataan mereka, ternyata mereka ingin mengelakkan penumpahan darah sesama kaum muslimin.

Ya, politik itu penting namun bukanlah segala-galanya dalam kehidupan muslim. Juga politik bukan seperti ibadah khusus yang tetap dan tidak boleh diubah. Politik itu begitu anjal (fleksibel) terdedah kepada keadaan dan perubahan atas asas maslahah rakyat.


- Gambar Hiasan

Apabila jatuh Khalifah di Turki dan Kuasa-Kuasa Barat menjajah Dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanahair Islam berkembang. Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fekah lama. Apa yang wujud adalah ‘nation state’ atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri.

Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (islamic state atau negara Islam). Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini. Dahulu yang ada dalam fekah sarjana silam (sebelum penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu Wilayah Islam.

Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam. Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan muslim dan bermusuhan dengan Dar al-Islam. Dalam ertikata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.

Adapun soal sejauh manakah komitmen seseorang pemerintah itu, ia diuruskan oleh umat Islam di bawah tanggungjawab menasihati pemerintah juga Amar Makruf dan Nahy Munkar. Namun apabila istilah Daulah Islamiyyah muncul, maka lahir segelintir kelompok umat Islam yang mengkafirkan negara sendiri, bahkan mengkafirkan sesama muslim. Mereka seakan menjadikan Dar Islam yang diistilah oleh Sarjana Fekah silam sebagai Dar al-Kufr atau Dar al-Harb yang wajib diperangi hanya disebabkan beberapa isu.

Adaptasi ini sebenarnya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Khawarij dalam sejarah awal krisis antara umat Islam (sila lihat: Fazlur Rahman, Revival And Reform in Islam 33-43, England: Oneworld Publications).


- Gambar Hiasan

Bagi kelompok ekstremis ini, untuk mencari definasi yang tersendiri bagi Daulah Islamiyyah agak sukar. Jika mereka memakai penafsiran silam yang memberi maksud wilayah yang dikuasai oleh umat Islam, mereka terpaksa mengiktiraf negara-negara umat Islam sekarang adalah Daulah Islamiyyah. Sudah pasti mereka enggan.

Jika mereka memakai takrif lain yang dibuat oleh sesetengah sarjana silam iaitu negara yang zahir padanya syiar Islam seperti azan dan solat dan amalan-amalan Islam yang lain, sudah pasti mereka juga terpaksa mengiktiraf kebanyakan negara umat Islam hari ini sebagai Daulah Islamiyyah.

Jika mereka menyatakan negara yang sempurna perlaksanaan Islamnya, sudah pasti tidak ditemui dalam sejarah umat Islam melainkan beberapa khalifah sahaja. Akhirnya, mereka menetapkan negara Islam adalah negara yang melaksanakan hudud. Dengan kemunculan Iran, mereka menetapkan satu hal yang lain, negara yang dikuasai oleh golongan mullah.

Hari ini, disebabkan perkembangan globalisasi dan politik setempat, sebahagian gerakan politik Islam sudah enggan lagi berbicara tentang hudud dan hasrat untuk menegakkan hudud. Bahkan, pandangan bahawa golongan mullah (clergy) mestilah menjadi pemerintah mulai lemah. Iran sendiri sudah goyah akibat rakyat yang tidak lagi hanya mahu melihat pakaian dan slogan agama semata, tetapi mereka inginkan kemaslahatan dan hak mereka dipelihara.

Hari ini sebahagian gerakan politik mungkin terpaksa memberikan takrif baru untuk ‘daulat islamiyyah’ atau negara Islam

Sabtu, 27 Jun 2009

Akhirnya tindakan Umno pecat Pas memakan diri

Oleh Abu Firdaus

Siapa sangka langkah Umno pimpinan Hussein Onn memecat Pas daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 akhirnya memberi kesan panjang kepada perpaduan Melayu dan Islam dalam negara hingga kini menghantui parti itu sendiri dan menyusahkan sebarang usaha kerjasama baru.

Sikap Umno tidak menghormati Pas pimpinan Asri Muda dalam menentukan kedudukan kerajaan Barisan Nasional negeri Kelantan pimpinan Pas ketika itu kini menunjukkan bahawa apa saja keputusan politik akan memberikan kesan panjang yang tidak dijangka pada masa akan datang

Kini kesukaran Umno untuk mendapatkan kerjasama daripada Pas adalah hasil daripada tindakan Umno yang tidak cukup berwawasan ketika itu. Dengan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman parti Pas, Umno meleraikan perpaduan Umno-Pas yang dirintis oleh Tun Razak Hussein dan Datuk Asri hingga kesannya sekarang ialah Barisan Nasional sendiri kehilangan sokongan di lima negeri.

Ketika Barisan Nasional berada di kemuncaknya dengan menguasai semua negeri di Malaysia, maka Umno pula memecahkan perpaduan Melayu-Islam dengan langkah pertamanya meretakkan hubungan antara kumpulan yang menyokong Asri dengan pihak Mohamad Nasir. Hasilnya Pas berpecah dengan menhasilkan sebuah parti serpihannya, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).

Akibatnya Pas kehilangan Kelantan tetapi bukannya kepada Berjasa yang menggantikannya dalam Barisan Nasional, tetapi Umno yang muncul sebagai pemimpin kepada kerajaan negeri Kelantan. Berjasa tidak muncul sebagai parti yang kuat seperti Pas. Maka Umno muncul bertambah gagah dalam Barisan Nasional. Sebaliknya dalam tahun 1984, Pas bertambah pecah dengan muncul sebuah lagi parti serpihan iaitu Hizbul Muslimin Malysia (Hamim). Parti ini diterima masuk ke dalam Barisan Nasional walaupun dibantah oleh Berjasa.

Walaupun ada dua, iaitu Berjasa dan Hamim dalam Barisan Nasional, ia tidak dapat menggantikan kekuatan Pas, tetapi sebaliknya ia juga gagal mengimbangi Umno. Ketika ini Umno berasa jalannya ini adalah benar. Dengan memecahkan parti islam tetapio akhirnya Asri sendiri menyertai Umno walaupun usahanya untuk membubarkan Hamim gagal,

Maka pada tahun 1990, Umno sendiri mengalami perpecahan. Daripada kehancurannya, muncul Umno Baru pimpinan Mahathir Mohamad dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun Umno Baru muncul sebagai pengganti Umno untuk menerajui Nariosan Nasional, tetapi Berjasa dan Hamim memilih untuk bersekutu dengan Pas dan Semangat 46, beserta untuk Kongres India Muslimin Malaysia (Kimma) menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah.

Menjelang pilihan raya umum tahun 1986, pihak yang mendokong perpaduan ummah hampir menang mengalahkan kumpulan yang banyak memecahkan perpaduan ummah. Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat hampir kalahkan Barisan Nasional. Maka dalam menghadapi situasi ini, Barisan Nasional mengambil jalan untuk memcahkan Angkatan-Gagasan ini. Mereka menghantar wakil ke Pas supaya keluar daripada Angkatan-Gagasan, sebaliknya bekerjasama dengan Umno.

Kalau rancangan Angkatan-Perpaduan adalah membenarkan Pas menjadi ketua kerajaan negeri bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, maka Barisan Nasional juga mampu menawarkan palek yang sama kepada Pas asalakan parti itu bekerjasama Umno. Lagipun digambarkan bahawa Pas yang Islami adalah lebih hampir dengan Umno, ketika itu di bawah pimpinan Mahathir dan Anwar Ibrahium, yang imejnya juga Islami, jauh berbeza daripada Semangat 46.


Tetapi janji adalah janji. Dalam detik-detik penting ini, Pas wajar beristiqamah dengan Semangat 46. Namun Semangat 46 ternyata yang tersilap dengan bersikap angkuh apabila berjaya menarik keluar Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Barisan Nasional. Maka Angkatan-Gagasan pun kecundang. Cumanya Angkatan pimpinan Pas berjaya menyapu bersih Kelantan. Namun begitu, akhirnya Umno berjaya juga memecahkan Angkatan-Gagasan apabila Semangat 46 dibubarkan dan diserapkan ke dalam Umno Baru.


Kerja-kerja memacahkan parti orang lain akhirnya memakan diri. Pada tahun 1999, Umno sendiri yang berpecah dan serpihannya menubuhkan Parti Keadilan Nasional. Padahnya diterima oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya tahun 1999, apabila Terengganu menyertai Kelantan untuk menjadi negeri bukan Barisan Nasional.


Pada tahun 1999, kemenangan Pas juga adalah hasil daripada perpaduan empat parti dalam Barisan Alternatif, iaitu Pas, Keadilan, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Tetapi jentera propaganda Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memecah belahkan Barisan Alternatif. Ia berjaya di satu peringkat apabila DAP keluar daripada Barisan Alternatif. Tetapi di pihak lain, gerakan perpaduan bergerak juga apabila Keadilan bergabung dengan PRM untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ia dan Pas mengukuhkan lagi Barisan Alternatif dengan Keadilan mempunyai jalinan kerjasama bersama DAP.

Umno dan Barisan Nasional berasa mereka berada di landasan betul apabila dalam pilihan raya tahun 2004, ia berjaya merampas Terengganu dan hampir menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Ketika itu, tidak ada sedikit pun cakap-cakap mengenai perpaduan. Sebaliknya, mereka berasa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional telah pulih.

Tetapi setelah kerajaan negeri Barisan Nasional di Selangor dan Perak tumbang dalam pilihan raya umum tahun 2008, tanpa tertangguh-tangguh usaha dilakukan untuk menarik keluar Pas daripada Barisan Alternatif. Maka gambarannya ialah muncul kerajaan Pas-Umno di Perak dan Selangor. Tidakkah ada pertimbangan bahawa rakyat yang mengundi Pas di kedua-dua negeri itu adalah atas kerjasama Pas, Keadilan dan DAP? Kalau betul hendak diuji, bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak di mana platfomnya adalah Umno dan Pas bekerjasama dan bertanding. Akibatnya adalah Pas akan berpecah. Itulah yang dikehendaki Umno.

Detik - Detik Tragedi Memali

BACALAH WAHAI SAHABAT SEKALIAN !!

Kejadian ini berlaku pada tahun 1985.Tragedi ini telah mengorbankan 14 nyawa org islam yg mati syahid krn mereka lebih rela memilih jln syahadah drpd jln sekularisme. Antara yg syahid dlm kejadian ini adalah As-syahid ibrahim mahmud, berumur 43 thn ketika itu,amat dihormati oleh masyarakat kampung memali termasuk dlm mukim siong,Baling. kelulusan al azhar dan melanjutkan pelajaran ke India dan libya.ibrahim pernah ditawarkan jawatan penting dlm sebuah parti politik yg bukan perspektif islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin,menepati nawaitu hidupnya,beliau telah menolak semua itu,kerana itu dia sering di datangi ancaman hidup beberapa kali yg mahu memerangkap dan membunuhnya. selepas pilihanraya 1982, satu arahan utk menahan ibrahim di bawah akta ISA yg menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri.

Berikut adlh catatan terperinci mngenai perkmbangan di kampong Memali,mukim siong,Baling yg berkesudahan dgn terkobannya 13 nyawa dan as-syahid ibrahim mahmud sendiri.catatan ini asalnya merupakan rakaman computer drpd Signals Division pasukan PDRM yg mengikuti perjalanan tragedy Baling itu untuk maklumat Perdana Menteri Malaysia.Kisah ini diterjemah dari sudut berbahasa inggeris,dikeluarka n semula oleh yg menamakan ‘suara islam malaysia’ pd 27 hb November,1985. betulkah? mari kita meneliti saringanya ini, kerana ia sudah merupakan bahan sejarah.

001: Jam 1935 hrs.(18/11/85) :

berpusat di kem pasukan polis hutan sungai petani,kedah, 3600 anggota polis drpd plbagai bhgian termsk FRU(penang), pasukan senoi prak,anggota polis beruniform,commando 69,sudah bersiap sedia utk menerima arahan.kumpulan ini diletakkan di bawah arhan seorang pegawai tinggi ibupejabat di bukit aman dan dibantu oleh beberapa pegawai drpd bukit aman kedah,perlis, dan penang.

002:tepat jam 1945( 18/11/85 ):

pegawai tinggi yg memerintah dr bukit aman telah mengeluarkan arahan bhw kumpulan yg bersiap sedia itu akan menyerang hendapsatu kem komunis dlm daerah baling yg berdekatan dgn sempadan Thailand .

003:jam 2005(18/11/85) :

berlaku satu keributan di bilik operasi sg.petani di antara pegawai berkuasa pasukan polis hutan sg.petani dgn pegawai tinggi dr bukit aman .kekalutan ini berasaskan arahan palsu yg telah dikeluarkan .arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan kea rah ibrahim mahmood,pengikutnya dan sesiapa jugs yg hsdir di madrasah yg dibina oleh orang kampong di situ.pegawai yg mengetuai pasukan polis hutan itu telah memberi penerangan kpd pgwai tinggi bukit aman betapa ibrahim mahmood dianggap oleh para pegawai pasukannya sbg seorang ulama’ yg berwibawa.malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. dilema yg tercetus ini menimbulkan satu suasana yg hening dan sunyi sepi.

004: (18/11/85):

pegawai tinggi dari bukit aman talah mencuba menghubungi penolong pesuruhjaya polis di bukit aman,tetapi gagal.kemudian dia berjaya menghubungi musa hitam yg ketika itu menjadi menteri hal ehwal dalam negeri.pegawai pemerintah pasukan polis hutan sg.petani telah diberi laluan utk bercakap dgn musa hitam.beliau telah merayu kpd musa hitam dan membuat penjelasan betapa ibrahim mahmood adalah seorang uluma’ yg disegani dan telah banyak berjasa dlm usaha menaikan taraf hidup masyarakat memali.tetapi, akhirnya diketahui juga musa hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.NOTA:kebanyakan anggota polis yg terbabit dlm operasi ini adalah mereka yg bukan beragama islam.operasi ini telah diberi-nama ‘Operasi Hapus’ oleh musa hitam.

005:jam 2045 ( 18/11/85 ):

sebuah keraian telah diadakan disebuah padang terbuka di kem polis hutan sg.petani.di sini minuman bird an minuman keras(arak) telah disediakan kpd semua unit.namun,ada juga segelintir anggota yang tidak minum.

006 : jam 2147( 18/11/85 ):

pegawai operasi telah menerima mesej melalui wireless.mesej yang diterima mengatakan betapa 10 komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan memali dan telah pulang dgn laporan penuh.laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yg menghuni madrasah tajaan ibrahim mahmud,yang sudah pun disahkan sbg sasaran serangan polis itu.

007 : jam 2247 (18/18/85):

semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda.mereka bergerak memasuki baling dengan menggunakan dua kereta perisai.Pegawai pemerintah unt sg.petani tidak menunjukkan mintnya ketika itu. Diwaktu yg sama,ibrahim mahmud sedang memberikan kuliah kpd 50 org penuntut yg hadir. Kuliah berlanjutan sehingga jam 23.45. setelah selesai ada juga penuntutnya yg pulang ke rumah mereka sedangkan yg lainnya bermalam di madrasah itu.

008 : jam 24.00( 19/11/85 ):

pegawai pemerintah dr bukit aman telah menerima arahan terakhir mengenai operasi hapus itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan drpd sg.petani. mereka mahukan operasi itu dilakukan dgn mengadakan sekatan dan kepungan utkm mendesak ibrahim mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya 3 bulan. Cadangan unit sg.petani itu disanggah oleh pegawai pemerintah drpd bukit aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yg datang dr bukit aman,dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yg melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dgn pihak anggota tentera yg berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yg disebutkan itu memang menyokong pergerakan islam dan juga ibrahim mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi.sekali lagi musa hitam di hubungi.

PERINTAH HAPUS:

pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa hitam tidak dapat dihubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di kuala Lumpur.Di waktu yg sama Timb Menteri hal ehwal dlm negeri,Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dgn berada di ibupejabat Polis Pulau Pinang.Beliau sedang mengikuti perkembangan Operasi Hapus itu..Tidak berapa lama kemudiannya Musa Hitam telah menghubungi pihak polis dgn suara yg seolah marah dan rasa terganggu.Musa tidak banyak bercakap Cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi ngr Kedah.

Di Rumah Ibrahim Mahmud..:seorang pemandu motosikal dilihat berhenti di hadapan pintu gerbang rumah yg dihuni oleh ibrahim mahmud.seorang muda dilihat berlari kearah pintu rumah itu meminta kebenaran utk masuk.dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yg ramai di Baling setibanya di pekan itu.Ibrahim mahmud telah dikejutkan dari tidurnya.begitu juga halnya 39 org lain yg telah berjaga mlm di madrasah itu sebelumnya.mereka di kerah bersiap sedia utk mempertahankan diri.mereka mula mengumpulkan segala alat yg ada di rumah kampong seperti kapak,pisau, buluh runcing dan sebagainya.. .Yg lebih berani telah membuat bom Molotov pula.dgn lain perkataan,setiap insane di situ ada alat senjata yg boleh di pergunakannya. dlm kumpulan yg bertahan itu ada 4 kanak-kanak dan 5 kaum wanita.Ibrahim telah mengajak para pengikutnya utk berwuduk drpd sebuah telaga yg berhampiran. mereka telah melaksanakan solat sunat hajat.mereka membaca surah yassin dan berzikir.Ibrahim mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyshadah dari menyerah diri utk menjadikan alat mereka yg mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yg curiga dgn hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka.Tidak ada sesiapa yg mahu berganjak daripada tempat duduknya.Laungan Allahuakhbar mula bergema,bertalu- talu dan memecah keheningan kampong Memali.Yg hadir lebih memilih jln ‘syahid’ drpd terus hidup mengabdikan diri ke jln yg hina.di waktu yg sama di Stesen Polis Daerah Baling,segala persiapan utk menyerang kampong memali semaki8n dipercepatkan. semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yg telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009 : jam 0100(19/11/85) :

36000 anggota polis bersama pegawainya telah tiba di kampong Memali.Mereka lengkap bersenjata automatic dan tiba dgn kereta perisai.Mereka mula mengepung kampong itu.Ketika itu musa hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat di hubu8ngi.Semua urusan komunikasi dilakukan pula dgn timbalannya yg bertahan di Ibupejabat Polis di Pulau Pinang.Kebanyakan anggota polis yg tiba di kampong Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kemn komunis.Itulah maklimat yg diberitahu kpd mereka oleh Pegawai Tinggi dari Bukit Aman.di waktu yg sama kumpulan dari Sg.Petani hanya kecil sahaja dan masih sama tugas mereka.

010 : jam 0300(19/11/85) :

Kampung Memali telah di kepung seluruhnya oleh pihak Polis.Polis yg beruniform di tugaskan membuat sekatan jln raya.Pasukan polis hutan telah diarahkan kebahagian selatan.Pasukan FRU(polis gerak khas) di arahkan kearahkan ke bahagian utara.Pasukan komando 69(polis hutan) telah di kerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yg juga merupakan sekolah agamanya.

011 : jam 0336( 19/11/85 ):

Pegawai tinggi dari Bukit Aman yg memerintah Operasi Hapus iti telah bercakap menggunakan pembesar suara.Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.Ibrahim Mahmud berbincang dgn penghuni rumahnya itu.Mereka membuat pendirian utk tidak menyerah diri walaupun pasukan yg datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil Negara... Mereka bertakbir dan laungan Allahuakhbar mula berkumandang semula.

012 : jam 0400 pagi( 19/11/85 ):

satu kumpulan manusia yg berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul dari bahagian utara. Mereka berlari ditengah-tengah benteng pasukan polis hutan dan juga komando 39 dan membawa senjata tajam yg serinang mereka gunakan ketika bertanam padi mereka cuba memasuki rumah Ibrahium Mahmud utk memberikan sokongan. Anggota pasukan komando 69,yg masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak kearah penduduk kampong yg sedang berlari itu. Tetapi,mereka tersalah sasaran,maklumlah kerana masih mabuk lagi.namun tindakan mereka itu membuatkan org kampong berpatahbalik kerana ketakutan.tindakan melulu pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan pasukan polis hutan.seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan kearah org kampong yg tidak kampong y6g tidak berdosa oleh pasukan yg khayal telah tersesat kpd badan pasukan sendiri.satu perundingan telah di atur utk menenangkan keadaan.operasi mengepung masih lagi berkuat kuasa,tetapi, beberapa pegawai drpd Alor Setar telah meminta agar pengepungan itu di batalkan shj.mereka telah mengambil iktibar drpd kematian tiga org sendiri disebabkan tindakan yg songsang.permintaan mrk telah di tolak oleh pegawai pemerintah.

SERBU:

013 : jam 0521( 19/11/85 ):

azan subuh berkumandang di rumah ibrahim mahmud.suara yang sungguh sayu itu menjentik sentiment anggota polis dari Alor Star.Mereka semakin mencurigai matlamt operasi polis itu.Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu.Di waktu itu pegawai pemerintah operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang.beliau telah ditentang oleh pegawai yg beragama islam.

014 : jam 0559( 19/11/85 ):Solat subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi.Tiba-tiba, satu kumpulan orang kampung muncul utk memasuki perkarangan rumah ibrahim mahmud.mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka, melaungkan Allahuakhbar. melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya utk berundur dan tidak menentang mereka.mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja.

NOTA : Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap.

015: jam 08.12(19/11/ 85):

setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai pemerintah operasi telah memberikan arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah ibrahim mahmud.mereka telah dihalang oleh bom Molotov.Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke rumah yg dikepung itu.Di waktu yg sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari ke rumah itu.mereka diarahkan oleh ibrahim agar melarikan diri.mereka telah dikepung dan ditanrkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yg diawasi oleh anjing penjaga.ketika itu juga serangan diteruskan. tembakan pihak polis disambut dgn laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016 : jam 1105( 19/11/85 ):komando 69 diarahkan menyerang rumah ibrahim.

017 : jam 1136(19/11/85) :

pasukan komando 69 telah menyerbu masuk dgn senjata yg di petik.berlaku beberapa pergelutan di mana ibrahim dan org-org yg masih bertenaga terus melawan.ada jg ahli rumah yg keluar utk berlawan dgn anggota polis di kawasan halaman.polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi.hanya Allahuakhbar yg mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dlm perjuangan itu.ramai yg syahid sedangkan yg lain cedera teruk.ibrahim telah merawat mereka.beberapa org anggota komando telah menyerang ibrahim,dan beliau mampu membunuh salah seorang yg menyerangnya. tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada di sebelah kananya dituju berpuluh kali.ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas,sedangkan bibirnya masih lagi melaungkan Allahuakhbar. ..

Alhamdulillah…..Syahid

Seorang pegawai polis berlari meluru kearahnya utk mengapung kepala ibrahim keribanya.Ibrahim kedengaran bersuara:”Alhamdulilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid”.

018 : jam 1213:

serangan pihak polis ditamatkan.mereka yg telah ditangkap telah disungkup dgn karung guni.beberapa anggota komando 69 telah dilihat menengdang badan yg terbujur itu utk menentukan mereka sudah mati.ada pula yg terus menembak mereka lagi sambil berkata;”pergi jahanam dengan islam”.

019 : jam 1305( 19/11/85 ):

pegawai pemarintah operasi telah membuat laporan kepada ibupejabat polis P.Pinang dan juga kepada musa hitam di Kuala Lumpur.Musa hitam mengarahkan agar semua org kampung ditangkap utk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020 : jam 1500(19/11/85) :

kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan.mereka diterbangkan dgn dua helicopter polis.mereka yg cedera dan syahid di hantar ke hospital di Sg.Petani dan Alor Star.Empat,mati syahid di sg.petani dan 10 yg sudah syahid dibawa ke Alor Star.

012 : jam 1510(19/11/85) :

sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatic tiba di hadapan rumah as-syahid Ibrahim.berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yg tiba di situ.Anggota polis yg ramai itu di beri arahan utk bersiap sedia dengan senjata mereka.menyedaru betapa bilangan mereka kecil di bandingkan dengan anggota polis yg bertugas di situ,pihaj tentera pun meredakan keadaan.ketuanya berkata,”Hari ini hari kamu…..kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu.tetapi ingat,satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yg sama”.

Politik UMNO:

Akhbar new strait times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yg berbunyi,”Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran”. Di akhbar yg sama musa hitam telah menuduh ibrahim mahmud bersama 13 rakanya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat.Beliau telah menyanggah kenyataan yg di keluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yg berkata:” Ust ibrahim hanya memberikan ceramah agama”.dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar,Musa Hitam telah mengulangi cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yg dilakukan oleh ibrahim mahmud itu.kalau kalu di pertimbangkan segala fakta yang terselah,termasuk keputusan pilihanraya, maka boleh di buat kesimpulan betapa OPERASI HAPUS adalah satu tipu muslihat utk menghapuskan ibrahim mahmud bagi kepentinagn politik UMNO.Mereka mahu terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pilihanraya yg mendatang.

Nasib Tahanan.

Seranai 159 penduduk kampung ditahan polis.dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran islam yg direstui Allah.mereka ini termasuk beberapa anak kecil dan warga tua sedang di tahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan.kaum wanita di biarkan berkumpul dgn kaum lelaki.tidak ada kemudahan bersolat...mereka kerap didera dan diaibkan.Anak- anak kecil dilihat menagis mencari ibu-ibu yang sengaja di pisahkan dari mereka.Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari.sesiapa yg cedera parah di hantar ke hospital Sg.Petani ataupun Alor Star.Meraka hanya di berikan layanan pesakit luar,satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak di perbaiki ada di kalangan mereka yg akan mati syahid pula.antara yg mati syahid ter masuk ibrahim mahmud telah di semadikan di satu kubur panjang di parit panjang,Baling. Mereka di semadikan dengan pakaian mereka yg berlumuran darah itu.seorang mangsa lagi telah di semadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya.Kes ini kini di anggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah operasi hapus itu.

Sumber: http://penarikbeca.blogspot.com

Islam bangkit semula di Nusantara?

Oleh H Fansuri

Seperti yang dijanjikan, Hj Amin Nordin Hj Abdul Rahman, 65, dengan penuh kesabaran telah menunggu saya di sebuah restoren, sekitar ibu kota. Sebenarnya, beliau mahu memperkenal sebuah bukunya yang terbaru.

Walaupun usia penulis ini melebihi separuh abad, tapi semangatnya masih muda dan memikirkan hal itu, rasa segan pun bertandang apabila melihat kesungguhannya menulis beberapa buah buku yang menyentuh hal ehwal kemurnian agama Islam.

Buku itu sememangnya antara judul yang cepat menambat perhatian, kerana ia secara tak langsung mengaitkan Melayu sebagai pengangkat agama dan nilai tauhid sebagai sebuah tenaga penggerak kuasa baru Islam di rantau Nusantara ini

Perihal kebangkitan Islam di Nusantara kerap disebut dalam banyak hal. Ada pihak yang mengaitkannya dengan peranan Ahlul Bait yang menyebarkan dakwah di rantau itu.

Sementara itu, pendapat pemimpin Barat seperti Richard Nixon umpamanya banyak menyebutkan rantau Nusantara sebagai antara kawasan yang menarik perhatiannya serta berpotensi sebagai rantau yang perlu dipantau.

Ini kerana, rantau Nusantara mempunyai potensi untuk membangun sebagai sebuah kuasa Islam pada masa-masa yang akan datang. Pendek kata, rantau itu bukan saja membangun sebagai tempat di mana Islam berkembang, malah Islam itu sendiri akan tertegak sebagai sebuah pusat kuasa dunia!

Buku 'Kebangkitan Semula Islam'

Haji Amin Nordin, lewat bukunya berjudul Kebangkitan Semula Islam memperihalkan keyakinan ini walaupun di celah kegawatan siasah Nusantara.

Ketika berbual ringkas bersamanya sementara menunggu solat Jumaat baru-baru ini, Haji Amin Nordin menyelak beberapa helaian bukunya yang berharga RM7 itu untuk mencari perenggan yang memperihalkan perkara tersebut.

"Amerika pernah memberi bantuan sebanyak RM600,000,000 kepada pesantren-pesantren di Indonesia agar institusi-institusi itu bersetuju mengadakan kurikulum pelajaran yang dikehendaki mereka.

"Bagaimanapun, jumlah wang tersebut tidak berjaya mempengaruhi pihak pentadbir pesantren itu," kata beliau.

Pesantren Gontor di Surabaya, mempunyai lapan cawangan, dan mempunyai seramai 12,000 pelajar itu antara yang diintai oleh kuasa besar Amerika.

Beliau optimis bahawa keagungan Islam di Nusantara akan hampir sama setara dengan kegemilangan empayar-empayar Islam yang terdahulu.

"Sekiranya pada zaman-zaman kegemilangan Islam dulu lahirnya khilafah-khilafah atau empayar Islam seperti Khilafah Umaiyah, Abasiyah, Uthmaniyah dan sebagainya, maka adalah dipercayai akan lahirnya khilafah atau empayar Islam yang standing khilafah yang terdahulu.

"Dari segi negara atau wilayah yang berpotensi untuk menjadi khilafah atau empayar Islam dewasa ini adalah wilayah Nusantara (meliputi Indonesia, Malaysia, Brunei, Selatan Thailand dan Selatan Filipina). Ini kerana selain daripada mempunyai bilangan penduduk Muslim paling ramai di dunia, keinginan untuk menghayati ajaran Islam juga adalah tinggi di sini," tulisnya melalui buku itu yang baru terbit pada tahun ini.

Tetapi, adakah Melayu yang selalu dilihat sebagai bangsa yang lemah dibanding Barat ini akan dapat bingkas bangun mempertahan Islam sebagai sebuah kuasa di Nusantara?

Mengulas hal ini, Haji Amin Nordin berkata, adalah suatu keperluan untuk mengeluarkan golongan mujahid berjiwa sufi dan sufi berjiwa mujahid.

"Dalam buku ini, saya sebutkan bahawa kita perlukan golongan mujahid, bukan sufi saja tapi tidak berjiwa mujahid," tambah beliau sambil menyelak beberapa helaian lagi.

Beliau turut mengaitkan pandangan yang tercetak dalam buku ini dengan kenyataan Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan bahawa abad ke-19 adalah milik Kristian, kurun ke-20 adalah milik Yahudi dan kurun ke-21 adalah milik umat Islam.

Beliau memetik nas dari ayat daripada surah al-Anfal ayat 65 yang menyebutkan bahawa jika ada 100 orang Islam yang bersabar, nescaya mereka dapat menumpaskan 1,000 bala tentera kafir. Perkembangan mutakhir ini telah menyokong kebenaran nas itu.

"Lihat Hamas di Palestin dan Hizbullah di Lubnan," tambah Haji Amin Nordin, "dengan jumlah bilangan mereka yang kerdil, tapi mampu menumbangkan tentera Israel yang jauh lebih besar daripada mereka."

"Tak perlu ramai orang. Mungkin jika ada 10 mujahid sufi dah boleh mengangkat maruah Islam di rantau ini," tambahnya sambil menjelaskan; bukunya pernah mahu diterjemah ke bahasa Indonesia oleh Drs Sidi Gazalba; seorang cendekia dari tanah seberang itu.

Blok Negara Islam?

Tampil dengan beberapa gagasan menarik, ialah pandangan yang termuat dalam buku itu; penubuhan blok Negara Islam; gagasan yang pernah diapung oleh mantan Presiden Iran; Khatami ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir, bagaimanapun, mungkin kerana idea itu bukan miliknya, telah bersikap dingin terhadap gagasan tersebut.

"Kita kena fikirkan semula mengenai keperluan kita menubuhkan blok seperti Kesatuan Eropah (EU)," tambah beliau lagi.

Selain itu, tambahnya, negara-negara Islam perlu menilai semula pembabitan mereka di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beberapa halaman lagi telah diselak. Haji Amin memberitahu mengenai kaitan PBB dengan The Protocols of the Elders of Zion, iaitu masyarakat rahsia yang masih wujud ke hari ini untuk menjatuhkan peradaban sekali gus membunuh kemanusiaan.

Sebuah petikan daripada protokol Yahudi itu telah dimasukkan di dalam buku beliau itu, bagi menyokong hujahnya bahawa kelahiran PBB adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan awal tokoh-tokoh Zionis.

"Sebab itu apabila Iraq, Afghanistan, Palestin, Serbia diserang, PBB tidak melakukan apa pun. Sebabnya, mereka sendiri yang mengemudikan pertubuhan dunia tersebut.

"Lihat sahaja siapakah yang menguasai Majlis Keselamatan PBB? Semuanya bukan dari kuasa-kuasa Islam," tambah Haji Amin Nordin lagi.

Banyak lagi isu yang dikupas dengan menarik dalam buku ini kalau mahu diteliti semua. Namun, apa yang penting bagi mantan pegawai Felda sejak zaman Dato' Asri Muda ini, umat Islam berjiwa mujahid dan berjiwa sufi perlu dicetak ke serata alam.

Hal ini perlu kerana, menurutnya, di tangan mujahid berjiwa sufi inilah akan tercetaknya umat Islam yang menggalas perubahan mendasar di rantau ini sebagai pembela maruah Islam seperti yang berlaku pada zaman-zaman sebelumnya.

Mereka yang berminat menyelongkar pemikiran penulis ini boleh menghubungi Hj Amin Nordin di 397 Jalan B-6, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Beliau dapat dihubungi juga menerusi talian 03-41074737 dan 017-3873978.

5:13 p.m, 1 Mei
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Pandangan, maklumbalas serta buku-buku yang difikirkan menarik untuk diulas, bolehlah dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com._

Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun semalam


Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

/www.themalaysianinsider.com

Utara: MBAS sudah bersih 10,000 iklan along

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sudah membersihkan kira-kira 10,000 iklan pinjaman along yang ditampal di papan tanda dan bangunan sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, berkata iklan berkenaan ditanggalkan dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini, namun ada iklan kembali ditampal pada sebelah malamnya.

Katanya, iklan along yang ditampal di merata tempat bukan saja mencacatkan pemandangan, malah menimbulkan masalah kebersihan apabila ia bertaburan selepas tertanggal
"MBAS juga sudah menghubungi ejen ataupun wakil along terbabit berdasarkan nombor telefon yang ada pada iklan supaya mereka menghentikan perbuatan itu, namun mereka berdegil.

"Walaupun operasi menanggalkan iklan itu dijalankan, ia dipasang semula oleh kakitangan along terbabit pada waktu malamnya.

“Jika ingin mengiklan perniagaan pinjaman, mereka hendaklah memastikan perkhidmatan ditawarkan itu sah di sisi undang-undang dan mematuhi prosedur ditetapkan MBAS,” katanya selepas melancarkan Operasi Bersih dan Indah Bandaraya Alor Setar di sini, semalam.

Khazali berkata, jika keadaan itu berlarutan MBAS akan berusaha mengesan along terbabit dan mengambil tindakan mahkamah terhadap mereka.

Katanya, jika sabit kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Iklan 1983 yang mana dendanya sebanyak RM2,000 selain kos selenggara pembersihan poster akan dituntut daripada mereka.

Sementara itu, beliau berkata, Operasi Bersih dan Indah adalah usaha MBAS mendidik orang ramai meningkatkan kebersihan dan mengekalkan keindahan bandaraya ini.

Katanya, MBAS akan mengenakan denda RM20 serta merta kepada individu yang dikesan membuang sampah merata-rata di bandaraya ini.

Sementara itu, Khazali berkata, MBAS tetap meneruskan operasi meroboh rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya pada 1 Julai ini kerana tempoh penangguhan yang diberikan selama sebulan tamat Selasa ini.

Katanya, sehingga kini pengusaha rumah sembelihan terbabit belum mengemukakan sebarang kertas cadangan rasmi mengenai lokasi pemindahan premis sembelihan baru.

Beliau berkata, pengusaha terbabit perlu mengutamakan aspek kebersihan dan rawatan kumbahan di tapak baru nanti

Buang label beras import

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR - Kerajaan dicadang menetapkan satu peraturan baru dengan membuang label import pada guni beras sebaliknya meletakkan jumlah peratus isi kandungan jenis beras yang digunakan.

Presiden Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Marzuki Othman berkata, ini bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu dengan isi kandungan beras yang menggunakan label import tetapi sebenarnya dicampurkan dengan beras tempatan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab mencampurkan beras tempatan dengan beras import dan kemudian melabelnya sebagai beras import semata-mata untuk mengaut keuntungan berlebihan.

"Saya percaya perkara ini berlaku kerana pada masa ini tiada peraturan khusus untuk mengawal beras import menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

"Saya tidak menolak kemungkinan dua jenis beras itu dicampurkan dengan jumlah beras tempatan lebih banyak daripada beras import tetapi ia kemudian dijual pada harga beras import," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Gabungan Persatuan Pengilang Beras Malaysia di sini hari ini.

Gabungan tersebut mempunyai lebih 100 keahlian termasuk daripada Persatuan Pengilang Beras Cina/Melayu Kedah dan Perlis dan Persatuan Pengilang Melayu Se-Malaysia.

Marzuki berkata, jika kerajaan bersetuju menetapkan peraturan yang dicadangkan itu, pengguna dapat melihat sendiri jumlah isi kandungan jenis beras yang ingin dibeli mereka, sekali gus mengelakkan daripada tertipu.

Menurutnya, sikap masyarakat negara ini yang mendahulukan barangan import kerana menganggapnya lebih baik menyebabkan mereka senang tertipu sedangkan beras keluaran tempatan lebih bermutu.

Beliau turut menggesa kerajaan menghentikan khidmat orang tengah yang membeli padi daripada petani kerana kilang beras sedia ada mampu membeli padi secara terus.

Katanya, kehadiran orang tengah yang membeli terus padi daripada petani hanya akan menggugat pasaran sehingga menjejaskan harga dan bekalan beras.

"Kita juga berharap kerajaan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) untuk menjamin bekalan beras negara agar sentiasa mencukupi selain memastikan nasib pesawah di seluruh negara akan terbela," katanya.

Tiga beradik bekerja keras baiki kehidupan

BALING :Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Kesusahan hidup dan kekurangan diri tidak pernah menjadi halangan kepada tiga beradik dengan dua daripadanya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Masjid Tiak dekat sini, bekerja sendiri untuk menampung hidup.

Siti Fatimah Ramli, 51, dan adiknya, Mat Rani, 43, mengalami cacat penglihatan manakala adik mereka, Rogayah, 35, yang merupakan seorang ibu tunggal bekerja memproses buah-buahan dan sayur tempatan secara manual di bawah sebuah bangsal buruk yang didiami oleh 10 ahli keluarga

Mat Rani dan Siti Fatimah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan sejak beberapa tahun lalu namun masih tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk membesarkan anak-anak.

Sekalipun tidak menggunakan peralatan moden, mereka tetap bekerja keras untuk mengubah kehidupan dengan menjadikan buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, betik, pisang, durian, mempelam, labu dan sengkuang sebagai produk kerepek yang mula mendapat permintaan menggalakkan.

Mereka mempromosikan sendiri produk tangan mereka sehingga memasuki pasaran di seluruh negeri ini, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Menurut Mat Rani, mereka pada mulanya mengusahakan perniagaan itu secara kecil-kecilan dan hanya sekadar ingin mencuba.

Dengan hasil idea Rogayah, menurutnya, mereka kemudian mempelbagaikan pengeluaran kerepek dari buah-buahan tempatan itu.

"Pada mulanya kami hanya menjual sendiri di pasar-pasar minggu di sekitar negeri ini selain mendapat tempahan dari pelanggan.

''Tetapi kini produk kami telah memasuki pasaran sehingga Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di rumah mereka di kampung itu di sini hari ini.

Berikutan permintaan menggalakkan dari pelanggan, kata Mat Rani, mereka tiga beradik meningkatkan usaha menambah bekalan produk keluaran meskipun terpaksa menggunakan cara biasa seperti menggoreng dan mengupas buah-buahan dan sayuran.

"Buat masa ini kami hanya menggunakan cara biasa kerana masih tidak mampu membeli mesin.

''Cuma sebelum ini kami mendapat bantuan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) yang memberikan mesin penyerap minyak," katanya.

Mat Rani berkata, mereka merancang untuk menambahkan kualiti pembungkusan produk keluaran itu supaya lebih menarik.

Mereka juga berharap dapat mengikuti latihan mengenai pemprosesan makanan secara lebih mendalam untuk meningkatkan kualiti produk berkenaan.

Sabtu, 20 Jun 2009

Isu Kerajaan Perpaduan

Oleh Ustaz Ahmad Awang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan
Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National UnionGovernment adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.

Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya. Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?
Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu. Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu. Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan
Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan. Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekiranya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan. Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif
Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini. Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini. Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu. Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka. Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak
Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.

PAS umum calon Manek Urai 26 Jun

Oleh Salmiyah Harun

PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. Iklan

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS. - mns_

Tasamuh Dalam Ikhtilaf.


Oleh:Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Tasaamuh bermaksud berlapang dada atau tolak ansur manakala ikhtilaf bermaksud perbezaan pandangan.

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia, ia berlaku di kalangan para ambiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah , samada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat. Ikhtilaf berlaku dalam pelbagai keadaan samada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan sesaorang; namun ianya tidak pernah diangap negatif dalam sejarah para ulamak; sehingga terkeluar kata-kata masyhur “

Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat’ walaupun kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’, ( tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah masyhur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalah adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bilamana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab berjamaah, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang , diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh ( berlapang dada ) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah “ dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu , Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui”. Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukuwwah dalam jamaah.

Kita punya pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, samada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan. Sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah. Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang ujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

i. Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah,
ii. menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bilamana dia mengadap Allah diakhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak mempedulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah. Semoga Allah memelihara kita dari finah ini.

PAS perlu hadapi transformasi

Oleh Azmi Alkelantani

Parti Islam SeMalaysia sedang menuju era perubahan dalam proses mematangkan corak pemikiran ahli. PAS pasca muktamar mengalami bukan sahaja pertukaran kepimpinan tertinggi yang akan menerajui PAS malah kesediaannya untuk mengalami transformasi bagi menghadapi arus politik terkini yang berada di luar ramalan. Iklan


Sebagai sebuah parti yang semakin meranum, PAS seharusnya bersedia melalui proses transformasi dalaman. Pemilihan pada muktamar kali ini berlansung dalam suasana yang agak tegang sedikit berbanding dengan pemilihan pada tahun-tahun sebelum ini. Kematangan ahli dan juga suasana keilmuan yang diterapkan pimpinan yang terdahulu meningkatkan tahap pemikiran ahli.

Mutakhir ini makin kedengaran isu berkaitan ulamak dan profesional yang bakal menerajui kepimpinan PAS. Sepatutnya isu profesional dan ulamak tidak timbul. Pertama sekali semua peringkat mesti memahami proses pentadbiran dan penentuan dasar, perjalanan serta haja tuju yang bakal dilalui PAS.

Perdebatan ini semakin hangat dengan agahan daripada media arus perdana yang dikuasai pemerintah yang sememangnya iri hati dengan peningkatan gaya berpolitik PAS yang semakin diterima segenap lapisan rakyat tanpa mengira jurang dan sentimen.

Slogan "PAS for all" sepatutnya diambil sebagai rujukan bukan sahaja kepada mereka yang berada di luar tetapi penerapan ini sepatutnya dinilai diperingkat dalaman. Kepimpinan tertinggi meletakkan PAS untuk semua sebagai model perjuangan dan oleh yang demikian harus tidak timbul persoalan profesional dan ulamak dalam mendepani saf kepimpinan.

Sebagai hujah, kita mesti lihat dalam sistem pentadbiran dan perjalanan dasar serta hala tuju yang bakal diteruskan, Presiden sehinggalah ke peringkat Ahli Jawatankuasa Pusat hanya bertindak sebagai kuasa eksekutif yang merancang, membina dan menggerakkan jentera parti. Dasar yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti hanya boleh dibentangkan, dibahaskan namun akan diperincikan dalam Majlis Syura Ulamak yang dipimpin oleh Mursyidul Am dan ahli jawatankuasa majlis.

Sehubungan dengan itu sesiapa sahaja yang membarisi saf depan parti, tidak akan lari dari jalur perjuangan PAS yang memperjuangkan dan memartabatkan Islam seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti di mana meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum.

Tsunami politik yang melanda negara seharusnya diambil sebagai titik mula PAS untuk terus bergerak dengan merangka gerak kerja dan bukannya mengikut rentak pemikiran sempit pihak lawan yang mana hanya mencari ruang meleraikan ikatan yang terbina dalam PAS itu sendiri sejak sekian lama.

Perbezaan pendapat dan ideologi yang wujud dalam pakatan pembangkang juga boleh dijadikan sasaran tembakan saraf yang akan meruntuhkan binaan pakatan itu sendiri sekiranya PAS masih berada dalam skop pemikiran yang sempit yang asyik dengan perkara remeh.

PAS sememangnya mempunyai banyak isu untuk diperjuangkan. Nasib dan kedudukan individu tertentu bukan menjadi agenda bagi sesebuah gerakan Islam namun indidvidu-individu yang berpotensi tidak harus dipinggirkan untuk membina masa depan demi rakyat di bawah.

Usul yang cuba diketengahkan oleh Dewan Ulamak boleh mengundang polemik oleh kerana seolah-olah hanya ulamak yang boleh mentadbir perjalanan PAS. Namun dalam usaha menonjolkan diri, ulamak kelihatan cuba berselindung di sebalik kewarakan dan merendah diri. Sikap ini semestinya ada pada seorang ulamak namun dalam konteks perjuangan sikap ini mesti digantikan dengan sikap tanggung jawab kepada agama. Apa yang dapat kita perhatikan, di peringkat kawasan, tidak diwujudkan dewan ulamak dan hanya seorang sahaja di lantik sebagai ketua urusan ulamak.

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS, Al-Quran telah meletakkan garis panduan bahawasanya orang takut pada Allah sesungguhnya ulamak. Oleh yang demikian, dasar yang sedang dipraktikkan PAS pada masa ini ialah mengikut landasan yang diwartakan di dalam Al-Quran. Memimpin negeri sebagai contoh, Kelantan di bangunkan fizikal dan roh kerajaan berdasarkan prinsip Islam yang mana anggota eksekutif dibarisi oleh barisan exco yang datang dari pelbagai disiplin ilmu.

Menentukan barisan kepimpinan tidak dinafikan peri pentingnya dalam sesebuah organisasi. Tambahan pula sekarang ini PAS menjadi sebuah parti yang semakin didekati dan segani lawan dan kawan. Keterbukaan PAS dalam menerima teguran sedikit sebanyak ada timbulnya perdebatan secara terbuka antara calon yang bertanding.

Demikian itu sedikit sebanyak akan menimbulkan percanggahan pendapat yang dibenarkan. Namun adakah perselisihan yang kecil boleh membawa kepada hilang rasa tanggungjawab terhadap agenda penubuhan PAS yang asal. Hal ini juga akan sering dimainkan media arus perdana untuk kepentingan politik pemegang saham mereka yang sudah tentunya dimiliki oleh parti kerajaan.

Apabila kita tengok reaksi pakatan berkenaan dengan kerajaan perpaduan, ada perselisihan pendapat bukan sahaja di peringkat dalaman parti, kerajaan BN cuba menimbulkan rasa tidak senang parti lain pada PAS atas pendirian PAS. Banyak kesilapan yang harus diperbetulkan terutama dalam menghadapi serangan saraf.

Pendirian yang lebih tegas harus diambil agar sesuatu isu tidak diputarbelitkan. Jangan nanti PAS dicop sebagai parti yang suka menangguk di air keruh. Penerimaan YB. Ibrahim Ali sebagai mewakili parti dalam PRU yang lepas agak menyedihkan. Rasional mungkin ada dalam tindakan yang diambil namun kalau sesuatu keputusan diambil dengan melanggar prinsip demi kemenangan, kekalahan adalah lebih baik daripada menang dengan terpaksa menggadai maruah.

Tema muktamar pada tahun lepas adalah proses memperkasakan parti. Namun perkasa itu ke arah mana ?

Sebagai kesimpulan syabas dan tahniah pada pejuang yang dipilih untuk berada di saf hadapan membawa panji perjuangan. Agenda parti yang membawa agenda Islam lebih besar daripada kemenangan. Penerimaan masyarakat kepada Islam adalah kemanisan yang sewajarnya di raikan. Kepimpinan di semua peringkat dewan semestinya pulang dengan semangat muktamar. Kritikan yang dilontarkan anggap lah sebagai bekal yang boleh diubah menjadi peluru yang bakal digunakan dalam menghadapi musuh.

Harap PAS pasca muktamar akan lebih bertenaga dengan gandingan kepimpinan baru yang mantap tanpa ada lagi batasan jurang profesional dan ulamak. Beza yang ada cuma daya pemikiran yang berlainan yang boleh digarap pada semua peringkat. Pimpinan PAS yang dilatih untuk terus menerima kritikan tanpa mengira taraf jawatan cuma diajar untuk wala' kepada pemimpin. PAS yang ditunjangi oleh Majlis Syura Ulamak akan tetap kekal menjadi parti yang meletakkan Islam ditempat yang teratas harapnya. - azm _

Selasa, 9 Jun 2009

Satu lagi “perkara tidak pernah dilihat” di Terengganu

Oleh : Mat Zain Mat Isa

Sejarah tercipta lagi di Terengganu minggu lalu. Bahkan penciptaan sejarah kali ini rasanya paling unik, bukan sahaja di negara kita, bahkan di serata dunia. Ia melibatkan lakaran sejarah berganda oleh benda yang sama, iaitu sebuah stadium yang baru setahun jagung siap dibina di negeri itu.

Sejarah pertama diciptanya atas pembinaannya yang didakwa menepati spesifikasi tertentu sebagai yang pertama seumpamanya di Asia. Sejarah kedua dipahatnya apabila ia menjadi stadium pertama di negara ini yang runtuh menyembah bumi.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, sebuah penempatan kira-kira 15 kilometer di pinggir utara bandar raya Kuala Terengganu. Jiran terdekatnya ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Keseluruhan kompleks tersebut baru siap dibina kira-kira setahun lalu dengan kos keseluruhan lebih RM500 juta. Ada laporan mencatatkan kos pembinaannya RM660 juta. Ada juga pihak mendakwa kos sebenar dihabiskan adalah lebih besar.

Apa pun, yang disepakati pelbagai laporan, kos pembinaan stadium itu sahaja adalah RM292 juta. Menurut rekod, pembinaannya bermula pertengahan 2005 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada April 2008 untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008. Bagaimana pun, ketika berlangsungnya Pra Sukma 2008 pada awal Mei, hanya 90 peratus pembinaannya disiapkan.

Ia dirasmikan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dan dimasyhurkan sebagai stadium terbesar dan terbaik di Pantai Timur. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Stadium itu dikatakan memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri berikutan penggunaan spesifikasi moden, terkini dan berteknologi tinggi. Ia mampu memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang.

Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy. Ia merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput termoden dikenali sebagai ‘cow grass’.

Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan.

Bumbung yang didakwa tercanggih dan termoden itulah yang sekali lagi mencipta sejarah pagi Selasa (2 Jun) lalu. Bezanya, jika setahun lalu ia melakar sejarah membanggakan disebabkan keunikannya, apa yang berlaku minggu lalu adalah sebaliknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di sayap timur stadium itu runtuh secara tiba-tiba. Kejadian disahkan berlaku tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

Kejadian mengejutkan itu mengundang reaksi tidak menyenangkan pelbagai pihak, terutama para pemimpin kerajaan. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang bergegas ke Kuala Terengganu menyifatkannya sebagai kejadian yang amat memalukan negara. Apatah lagi stadium itu baru dibina setahun lalu.

“Jika berlaku kerosakan kecil di sana-sini mungkin tidak menjadi isu, tetapi masalahnya berlaku keruntuhan. Keadaan ini sebenarnya tidak menggambarkan profesionalisme, kecuali disebabkan bencana,” itu pula komen awal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, mengumumkan pihaknya akan melantik konsultan bebas bagi menyiasat secara terperinci punca keruntuhan tersebut. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali pula, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan bagi mengesan sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Sehingga rencana ini ditulis (Khamis), belum dapat disimpulkan punca sebenar kejadian itu dan siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Masing-masing pihak yang mengulas kejadian seakan menuding jari ke arah pihak lain yang turut terlibat dalam pembinaan stadium canggih itu.

Namun yang pastinya kejadian bumbung runtuh itu layak dimasukkan ke dalam senarai “perkara-perkara yang tidak pernah di lihat di Terengganu” sepertimana sering disebut orang sebelum ini. Ia mengambil sempena satu ucapan masyhur Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu berkunjung ke Terengganu untuk kempen Pilihan Raya Umum 2004 lalu.

Abdullah, ketika itu Perdana Menteri, antara lain menjanjikan sesuatu yang luar biasa bagi rakyat Terengganu sekiranya mereka mengembalikan pemerintahan negeri ke tangan Barisan Nasional. Katanya, “perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini akan dapat dilihat oleh rakyat Terengganu di bawah BN”.

Tanpa hipokrasi wajar diakui pemerintahan BN di Terengganu sejak 2004 telah benar-benar merealisasikan apa yang diungkapkan Abdullah itu. Terdapat senarai agak panjang berkenaan “perkara tidak pernah dilihat” yang akhirnya dapat dilihat rakyat Terengganu dalam tempoh itu. Senarai itu bagaimana pun ada sisi realistiknya dan ada juga sisi sinikalnya.

Antara yang realistik ialah terbinanya sebuah stadium tercanggih, termoden dan paling unik. Yang sinikalnya pula ialah keruntuhannya. Kedua-duanya tidak pernah dilihat di Terengganu sebelum ini dan kedua-duanya mencipta sejarah tersendiri.
PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut