Detikdaily

Ahad, 26 Jun 2011

Himpunan Rakyat BERSIH 2 – Demokrasi mesti di pulihkan

Oleh: Dr.Syed azman Syed ahmad

Pelbagai reaksi yang dapat di rasakan dari pengistiharan terbuka Gabungan Pilihahan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bagi mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada 9 hb Julai akan datang.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan mendesak perhimpunan itu dibatalkan segera kerana ia boleh memburukkan imej negara dan sekiranya ia hendak diteruskan maka ia boleh diadakan di dalam stadium.

Beliau juga telah memberi amaran terbuka kepada Bersih bahawa sebarang bentuk himpunan haram “boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan”.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga turut menggesa rakyat Malaysia agar memboikot perhimpunan Bersih tersebut. Beberapa NGO pro-Umno pula telah membuat laporan Polis serta meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan dan Timbalan Presiden Pas, Hj. Mohamad Sabu yang didakwa menjadi pencetusan serta memainkan peranan utama bagi mengadakan demonstrasi Bersih. Malahah NGO ini telah meminta pihak polis segera mengambil tindakan undang-undang serta janga teragak-agak menahan dalang utama perhimpunan Bersih di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan menegaskan bahawa Himpunan Bersih 2.0 adalah merupakan “himpunan aman rakyat” dan ia tetap akan diteruskan walaupun dibantah banyak pihak terutamanya dari Umno/BN. Bagi beliau, “Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik.

Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati...seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas,”

Bagi saya, himpunan BERSIH 2 adalah himpunan rakyat yang terdiri dari semua lapisan masyarakat yang cintakan keadilan dan mahukan hak serta maruah mereka di kembalikan. Ia bukannya inisiatif yang mempunyai agenda kepartaian yang sempit. Tuntutan bersih 2 adalah amat jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih.

Begitu juga dengan tuntutan agar Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kembali berperanan sebagai sebuah badan bebas yang boleh di lihat dapat menjalankan pilihan raya secara adil dan telus.

Namun apa yang berlaku adalh di sebalikknya, SPR kini lebih merupakan badan yang menjadi alat serta kuda tunggangan Umno/BN. Ia di lihat oleh kebanyakan rakyat sebagai badan yang gagal berperanan untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara kita berjalan secara telus dan tidak berat sebelah.

Sesungguhnya hasrat rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman sudah tidak boleh lagi di sekat oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana kebanyakan tuntutan Bersih bukannya tuntutan yang baru.

Ia wujud sejak himpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007 lagi. Namun sehingga kini ia tidak dilaksanakan dan di pandang enteng oleh pimpinan kerajaan pimpinan Umno/BN walaupun pelbagai bantahan dan memorandum telah di hantar kepada mereka. Antara tuntutan awal Bersih adalah;

1. Penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda (undi hantu)

2. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

3. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang telus dan bersih;

4. menyediakan akses yang sama rata kepada media massa termasuk TV, radio dan akhbar utama kepada semua parti politik termasuk parti-parti pembangkang;

5. menbenteras penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

Ya, inilah realiti demokrasi tempang yang wujud di negara kita sehingga kini. Apabila pilihan raya dijalankan secara tidak adil dan terlalu banyak berlaku penyelewengan maka sudah pasti rakyat akan lambat laun bangkit menuntuk kembali hak dan maruah mereka. Dan inilah juga yang telah dan sedang berlaku di Timur Tengah.

Protes besar-besaran rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan anak muda bagi menuntut hak dan kebebasan mereka sehingga kini telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia. Pemimpin-pemimpin ini juga dituduh mengamalkan penipuan pilihanraya secara berleluasa serta memperalatkan Suruhanjaya Pilihan raya untuk kepentingan politik mereka.

Ayuh rakyat Malaysia. Mari kita sama-sama menyahut seruan terbuka Bersih kepada rakyat Malaysia untuk mengembalikan demokrasi dan kebebasan kita. Hak dan maruah kita sebagai warga Malaysia juga telah sejak sekian lama tercabar dek kerana keangkuhan kerajaan Umno-BN. Mari kita berani bersama dalam Himpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur. Demi menjamin masa depan anak cucu kita, demokrasi dan kebebasan rakyat mesti dikembalikan…

Mat Sabu adalah 'senjata PAS' Untuk Menyerang Umno -Bn

Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini yang memberi penekanan kepada Membangun Bersama Negara Berkebajikan. Nampaknya Umno BN semakin gelisah apabila hasrat PAS itu mendapat perhatian rakyat negara ini dalam suasana kehidupan mereka yang terus dihimpit sehingga menjejaskan ekonomi keluarga. Dengan itu Umno BN mula mencanang PAS menolak Negara Islam, dan menyifatkan PAS gila kuasa sebab itulah menimbulkan kembali Negara Berkebajikan.

Timbalan Presiden PAS yang baru Muhammad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu menyifatkan Umno BN sedang mencari helah untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Ikuti temubual Wartawan Salmiyah Harun ketika kunjungan beliau ke Harakah baru-baru ini

Umno BN tidak putus-putus memberi persepsi negatif kepada PAS selepas PAS menekankan semua konsep Negara Berkebajikan, sehingga mengatakan PAS mula menolak Negara Islam. Apa pandangan Tuan Haji?

Pemimpin Umno kalau dia tidak bercakap adalah lebih baik, sebab orang tidak tahu yang mereka tidak tahu. Kalau dia bercakap akan terserlahlah bahawa orang akan tahu ketidaktahuan mereka itu. Negara Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW meletakkan gelaran negara itu negara yang baik mendapat pengampunan daripada Allah. Negara yang baik adalah menjalankan dasar Islam serta perundangan Islam dan sebagainya. Tun Mahathir sendiri pernah mengisytiharkan Malaysia, Negara Islam sempena dengan perhimpunan Parti Gerakan. Tetapi apa yang berubah 'substance' dalam negara itu. Sebab itu ia tidak memberi erti langsung negara Islam sebagaimana diisytihar oleh Tun Mahathir.

Negara berkebajikan ini akan diisi dengan program-program kebajikan kepada rakyat yang sebaik mungkin. Dan kita harap PAS yang akan memimpin apabila mendapat kuasa nanti, buktikan dengan menunjukkan bahawa kita negara yang telus, berkebajikan, negara yang baik, dan 'good governance' dan ini perlu dijelmakan. Kalau kita gagal menjelmakan 'good governance' ini barulah selepas itu negara berkebajikan ini akan dipertikaikan.

Oleh itu menjadi cabaran kepada kita. Umno, misalnya jika kita sebut negara Islam mereka akan cakap kita kembali ke zaman unta, bila kita sebut Negara Berkebajikan mereka kata kita meninggalkan negara Islam . Sebenarnya mereka sedang mencari helah untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Bukan soal dasar Islam dan negara Islam pada mereka.

PAS diberi persepsi seperti orang gila kuasa sebab itulah mereka mengubah dari konsep Negara Islam kepada Membangun Bersama Negara Berkebajikan semata-mata mahu menunju ke Putrajaya. Apa pandangan Tuan Haji?

Memang kami gila kuasa sebab kami nak ambil kuasa daripada orang yang gila. Jadi orang yang gila ini kita tidak boleh biarkan mereka terus lama memerintah. Bayangkan satu tahun berlaku kebocoran sebanyak RM28 billion, jenayah semakin meningkat, indeks rasuah kita pernah capai sehingga 5.5 ertinya peningkatan rasuah.

Pembaziran terus dilakukan termasuklah lawatan ke luar negara, sebagaimana yang berlaku hari ini. Di atas nama lawatan ke luar negara Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja perkahwinan anak. Ini semua menggunakan wang rakyat begitu juga isteri Perdana Menteri menghabiskan wang rakyat seperti sekarang. Dengan itu mereka yang berkuasa perlu ditamatkan kuasa mereka.

Kita berjanji untuk membuat pentadbiran lebih baik terutama menjaga kewangan dan jikalau kita suatu hari ini melakukan kerja-kerja gila seperti ini rakyat boleh menghukum Pakatan Rakyat waktu itu. Buat masa sekarang kita mesti mengambil kuasa daripada orang yang gila ini.

Negara Berkebajikan juga adalah manifesto PAS pada PRU 2008. Mengapa dalam Muktamar PAS kali ini ia disebut kembali?

Ya kita pernah sebut Negara Berkebajikan, tetapi dalam masa sepanjang tiga tahun ini kita banyak menjawab dan memberi reaksi kepada tindakan Umno BN. Misalnya kita sibuk menjawab tentang rampasan kuasa negeri Perak, kita sibuk menjawab gerakan perkauman yang dibuat di Selangor. Kita menjawab isu-isu itu, kita juga sibuk menjawab serangan di Kedah dan di Pulau Pinang. Maka kita kurang menumpukan Negara Berkebajikan. Oleh kerana PRU sudah dekat dan ini tajaan kita kalau dapat menguasai negeri atau Putrajaya maka isu Negara Berkebajikan diperhebatkan semula. Bukan sebelum ini kita tidak sebut, tetapi kita melayan serangan yang dibuat oleh Umno BN terhadap negeri-negeri yang kita kuasai.

Mungkin ada negara berkebajikan yang menjadi aspirasi PAS?

Negara Berkebajikan yang menjadi aspirasi PAS sudah tentulah negara dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan sayangnya contoh-contoh negara berkebajikan ini sekarang dilaksanakan di negara barat. Orang Islam mengambil segala buruk dari jahiliah barat sebaliknya orang barat mengambil segala kebaikan yang ada dalam negara Islam. Ini yang berlaku sekarang. Sudah terbalik.

Bagaimana PAS melihat Negara Berkebajikan ini mampu melemahkan Umno BN?

Pertama sekali kita mesti mempersembahkan dari sudut pemimpin yang mesti hidup seperti atau seakan-akan Umar Abdul Aziz. Mesti bersederhana, tidak berbelanja boros dan besar dan yang pentingnya kebajikan rakyat perlu diutamakan. Yang inilah Umno tidak boleh buat. Umno memberi kebajikan kepada rakyat pada masa yang sama mereka sapu untuk mereka, lebih daripada orang lain. Dengan kehidupan serba mewah kepada diri dan keluarga mereka.

Tuan guru Abdul hadi ada menyatakan Tuan haji sebagai senjata PAS untuk menyerang Umno. Apa komen Tuan Haji?

(Ketawa). Saya menyerang Umno sejak daripada dulu. Jadi bukan perkara baru. Bukan menyerang Umno sahaja tetapi segala bentuk kemungkaran yang dilakukan. Saya sendiri tidak boleh kerja keseorangan dan mesti bergerak satu pasukan iaitu Presiden, timbalan dan naib presiden dan seluruh ahli jawatankuasa dan dewan-dewan, semua sekali kena bergerak serentak. Jadi saya yakin dalam usaha kita untuk menghadapi BN saya tidak keseorangan.

Tuan Guru Nik Aziz memberi perumpamaan Tuan Haji adalah umpama enjin kepada PAS Tuan Guru Abdul hadi Awang adalah pemandunya iaitu orang yang menekan minyak. Apakah Tuan Haji yakin pemanduan ini akan lebih hebat?

Tengok kepada pemandunya, kalau dia tekan minyak kuat enjinnya akan laju. Kalau dia tekan perlahan enjinnya akan perlahan (Ketawa). Jadi saya yakin pemandu itu memahami kapasiti enjin, berapa cc. Dan pemandu itu akan memandu mengikut kapasiti enjin itu. Dan saya yakin paduan ini baik untuk kita menggerakkan rakyat dan masyarakat.

Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Rasanya tidak ramai orang berakal akan mudah percaya jika dikatakan bahawa Umno sangat serius menjadikan pemerintahan ditunjanginya kini selari dengan tuntutan ajaran Islam. Bukan sahaja sukar mempercayainya, bahkan mungkin ada yang tergelak atau tersenyum sinis

Sebab itu teramat janggal apabila tiba-tiba para pemimpin parti asobiyah itu kini riuh mempertikaikan kenapa PAS tidak lagi mencanangkan penubuhan Negara Islam.

Kononnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih ‘Membangun Negara Berkebajikan’ sebagai tema ucapan dasarnya minggu lalu, ia menandakan parti itu sudah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam yang sekian lama diperjuangkannya.

Kejahilan dan kedangkalan para pemimpin Umno memahami konsep Negara Islam dalam konteks lebih menyeluruh adalah satu hal yang sudah dimaklumi. Namun persoalan yang lebih wajar ditanyakan ialah apakah keprihatinan Umno terhadap halatuju PAS itu bertitik tolak daripada hasratnya yang juga mahukan Negara Islam?

Kalau tidak kerana rekod pemerintahannya yang penuh dengan agenda mungkar dan sering pula menganjurkan perkara bercanggah dengan ajaran agama, sudah tentu tidak wajar bagi mana-mana pihak memperkecilkan komitmen Umno terhadap kedaulatan Islam di negara ini.

Malangnya, apa yang dapat dilihat, didengar dan dialami seluruh warga negara ini tidak membantu sesiapa pun memberikan kredit kepadanya di atas usaha memartabatkan hukum dan peraturan Tuhan.

Hendak dikatakan parti itu tidak berpeluang merealisasikan hasrat itu amat tidak munasabah. Ia telah diberikan kesempatan amat luas.

Lebih separuh abad selaku peneraju pemerintahan negara, tanpa pernah diselang-selikan oleh mana-mana parti lain walau seketika, sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk Umno menyempurnakan pelaksanaan agenda Islam, sekiranya ia betul-betul berhasrat sedemikian. Malangnya, hakikat itu tidak berlaku.

Mungkin itu sebab orang susah percaya jika hal ehwal menegakkan Islam cuba dikaitkan dengan sikap dan pendirian Umno. Barangkali juga ia disebabkan tabiat Umno sendiri yang bukan sahaja tidak mewarnai wajahnya dengan warna Islam, malah kerap bertindak dalam bentuk yang dinilai sebagai tidak mesra terhadap mana-mana pihak yang mahu menegakkan nilai hidup Islam.

Contohnya, selaku parti tunjang kerajaan tentu sekali Umno tidak boleh lari dari dipertanggungjawabkan apabila usaha menyemarakkan dakwah Islam dan operasi pembanterasan maksiat sering berdepan karenah birokrasi yang rumit. Bahkan dalam sebilangan kes, para pemimpin Umno sendiri tampil membantah pihak-pihak di bawah bidang kuasanya yang cuba mempertahankan peraturan Islam yang telah digunapakai sekian lama.

Dalam kes yang lebih menyerlah, Umno muncul sebagai penghalang nombor satu bagi PAS memperkenalkan undang-undang Islam di negeri-negeri diperintah parti lawannya itu. Bukankah para pemimpin parti itu yang secara terbuka memberi amaran keras kepada pemimpin kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu agar tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Hudud dan Qisas suatu ketika dulu?

Sebab itu rakyat melihat sikap Umno yang kononnya amat prihatin dengan matlamat PAS menubuhkan Negara Islam kini tidak lebih suatu sandiwara politik. Ia mengingatkan kita kepada kes Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu.

Sejurus PAS memerintah Terengganu pada akhir 1999, Umno menjadi pendesak utama agar Hudud dilaksanakan. Hampir setiap simpang jalan yang strategik dinaikan pemidang mendesak perkara itu. “Mana hudud?”, “Bila lagi nak laksanakan hudud?”, “Rakyat Terengganu Mahukan Hudud”, baca beberapa pemidang itu.

Tidak cukup dengan itu, dalam ceramah dan program riuh-riuh anjuran Umno, isu kegagalan kerajaan PAS laksanakan Hudud turut dilaungkan.

Anehnya, apabila enakmen Hudud dan Qisas dibentang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, empat Adun Umno mengambil pendirian berkecuali. Mereka tidak mengundi, sama ada menyokong atau membantah.

Sepatutnya dengan keghairahan melebih-lebih penjuak Umno di luar sana, kesemua empat Adun itu menjadi orang paling awal mengangkat tangan menyokong enakmen tersebut.

Hipokrasi Umno dalam menuntut pelaksanaan Hudud oleh PAS lebih terserlah apabila enakmen itu diluluskan dan kemudiannya diwartakan. Ada kenyataan pemimpin Umno mempertikai kewajaran melaksanakannya.

Ertinya, suara mereka mendesak PAS melaksanakan hukum itu sebelum itu rupa-rupanya hanya persendaan. Ia tidak lebih sekadar mewujudkan tekanan politik kepada PAS atau memberikan gambaran kegagalan pemerintahan parti itu.

Umno membuktikan ia memang tidak pernah berhasrat melihat hukum Islam itu terlaksana. Sebab itu selepas ia kembali berkuasa di Terengganu, eakmen Hudud dan Qisas ‘diperap’ dari pengetahuan umum, seolah-olah ia tidak pernah dibentang, diperbahas dan diluluskan Dun. Sedangkan ia telah diperkenankan Tuanku Sultan, diwartakan sebagai undang-undang sah bagi kerajaan negeri Terengganu dan hanya tunggu dilaksanakan

Itulah bukti hipokrasi Umno dalam menjunjung hukum Tuhan. Kini, episod hampir sama berkumandang lagi. Umno seolah mahu menggambarkan dirinya sebagai pihak yang paling mahukan Negara Islam. Lalu, apabila PAS tidak menyebut kalimah itu dalam muktamarnya kali ini, Umno seolah-olah menjadi pihak “paling dukacita”. Cheh!
PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut