Detikdaily

Sabtu, 20 Ogos 2011

Pentadbiran di Kedah jauh lebih cekap berbanding zaman BN



Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Kecekapan Pejabat Tanah Daerah Kulim memproses permohonan dalam masa dua jam telah memberi kejayaan besar kepada jabatan itu apabila menang Anugerah Inovasi Sektor Awam 2010. Penganugerahan itu membolehkan Pejabat Tanah Kulim membawa pulang RM300 ribu, hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di ibu negara baru-baru ini.

Pertandingan yang diadili oleh Mampu ini disertai oleh semua jabatan kerajaan dan sektor awam di Malaysia dan Kedah memenangi kategori inovasi melalui penglibatan pertama kali Pejabat Tanah Kulim.

Selain itu, Pejabat Tanah Daerah Kulim dalam gerak kerjanya telah mempelopori beberapa inovasi termasuklah Karnival Lelongan Awam Hartanah, Kaunter Pandu Bayar, Kaunter Ekspress dan Prosedur Cut of Point.

Kejayaan pentadbiran tanah daerah di sebuah negeri yang dipimpin oleh Pakatan rakyat adalah berita besar, namun digelapkan oleh media-media arus perdana.

Baru-baru ini Sebaik dilantik menjadi Datuk Bandar Alor Setar Dato’ Haji Mat Noh Ahmad bertekad mahu jadikan bandaraya Alor Setar sebagai ‘Bandaraya Sejahtera’ selari dengan tema Kedah Sejahtera yang menjadi misi PAS dalam dokumen manifesto dahulu lagi.

Antara langkah diambil ialah pelaksanaan OSC Online bertujuan mempercepatkan proses permohonan kepada jangkamasa enam bulan berbanding sebelum ini mengambil masa yang panjang sehingga bertahun-tahun lamanya.

Permohonan ini meliputi kelulusan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan pembangunan, penambahbaikan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan ini merupakan aspek terpenting dalam usaha kerajaan meningkat sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Penambaikan ini akan dilaksanakan bersama ‘certificate on complenation and compliance’ bagi meningkatkan daya saing negeri untuk menarik pelabur asing ke negeri Kedah.

Projek Keli-K di Sungai Pau, Sik yang menghadapi masalah pada peringkat awal berjaya diatasi apabila kilang pemprosesan ikan keli mula dilaksanakan dan akan disiapkan dalam masa terdekat.

Terbinanya kilang ini, dapat menangkis tohmahan pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa bagi membantu rakyat, malahan belum ada lagi negeri di Malaysia ini yang ada kilang seumpama ini.

“Di Malaysia masih tak ada kilang macam ni, apabila dah siap, kita kena labur sikit untuk tambah sangkar dan meluaskan pasaran,” kata Menteri besar.

Pusat Kecemerlangan Perbankan Islam, Kewangan dan Keusahawanan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) berjaya menarik sebuah institusi kewangan negara jiran Thailand untuk menjalin hubungan kerjasama dua hala.

Berdasarkan kepada MoU berkenaan, Insaniah akan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman bagi melatih seramai 1,800 kakitangan Bank Islam Thailand dalam masa dua hingga tiga tahun.

Kerjasama ini membuktikan keyakinan Bank Islam Thailand dengan keupayaan Insaniah dan memilihnya untuk membekalkan latihan secara menyeluruh mengenai perbankan Islam kepada kakitangan mereka.

Nampaknya di bawah PAS, IPT itu diperkasakan sehingga menjadi mentor pengurusan kewangan Islam di peringkat dunia, perkara yang tidak pernah berlaku di zaman BN dahulu.

Lebih tiga tahun memimpin kerajaan, kepimpinan politik negeri dianugerahkan dengan sebuah birokrasi pentadbiran negeri yang efisien dan menapak dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Apa maknanya?

Maknanya, para pegawai lebih selesa bekerja di bawah kerajaan yang tiada agenda politik kepartian dalam pentadbiran. Dalam ilmu pengurusan politik boleh wujud di mana-mana, sekalipun di luar wadah politik. Tidak terkecuali jabatan kerajaan. Itu lumrah. Namun di kedah ia tidak diburukkan dengan pengaturcaraan politik kepartian dalam pentadbiran negeri. Mampukah kerajaan Pusat melakukan amalan yang serupa?

Di peringkat awal pentadbiran kerajaan pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan pada Mac 2008, terdapat pihak yang meragui sejauhmana para pegawai yang separuh abad ‘ditarbiyah’ BN boleh member kerjasama terhadap kerajaan negeri. Namun selepas pelbagai pencapaian dicapai oleh negeri, keraguan tersebut terhakis. Mereka setia untuk bersama dengan kepimpinan negeri dan tidak kekok untuk berbeza dengan Pusat.

Alangkah baiknya jika para pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Kedah dimudahkan lagi bekerja dengan tiada perbezaan antara Negeri di Pusat; yakni kekalkan PAS di negeri dan tumbangkan BN di pusat.

Talian hayat Umno terlondeh satu persatu

Oleh SAIDAH HAIRAN


KENYATAAN Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan mengguna kan apa sahaja ‘senjata’, se olaholah sudah terbukti. Tindakan pemberian MyKad serta pertindihan na ma pengundi dalam daftar pemilih yang berlaku secara berleluasa di Sela ngor mungkin jalan terakhir digunakan sebagai ‘talian hayat’; bagi meneruskan kuasa Najib di Putrajaya.


Pemberian MyKad kepada warganegara asing se perti Kemboja dan Indonesia yang didedahkan PAS Selangor, sebenarnya telah lama berlaku. Sebab itu, pimpinan Umno Selangor diketuai Najib begitu yakin dapat merampas 38 kerusi daripada 56 kerusi Dun.




Mereka sudah menjangkakan Dun mana yang boleh dirampas dan menang dengan selesa. Kaedah yang digunakan dengan pemberian MyKad serta pertindihan pe ngundi dalam daftar pemilih, memang ber tujuan mengekalkan kua sa rakus Umno-BN.


Pendedahan awal akhbar Harakah awal Februari lalu, mendapati sebuah bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dijadikan tempat operasi bagi mengesahkan pertukaran alamat warga Sabah. Pertukaran alamat itu di akui sendiri oleh beberapa orang warga Sabah yang diarahkan oleh Umno untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. Mereka dijanjikan tempat tinggal dan pekerjaan.


Perkara itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam ia itu di hadapan bangunan Umno Bahagian Shah Alam.


Dua minggu selepas itu, di Dun Paya Jaras berlaku sindiket pemberian MyKad kepada pendatang tanpa izin (Pati) secara berlelua sa dengan cara yang sangat meragukan.


Ekoran keraguan itu Jentera Pusat Khidmat Dun Pa ya Jaras menahan ti ga warga Kemboja yang dicurigai cuba mengedar Kad Pe ngenalan kepada rakan-rakan mereka di alamat Nombor 16, Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, jam 7.30 malam.


Ketiga-tiga warga Kemboja yang dicurigai itu telah dihantar ke Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh tetapi sehingga kini tiada se barang tindakan diambil.


Mereka yang terlibat, dua dari Pekan, Pahang dan se orang dari Kelantan. Tiga orang yang dicurigai itu membawa beg berisi fail yang mengandungi borang JPN serta dokumen berkaitan.


Sebelum itu pada Januari lalu, tindakan yang sama telah diambil kepada tiga warga Kemboja yang sedang mengedarkan MyKad kepada lebih 100 orang rakan-rakan mereka yang tinggal di kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.


Selain sindiket pemberian MyKad, jentera PAS Kota Raja dapat mengesan tindakan ketua Umno cawangan di Parlimen Kota Raja mengarahkan semua guru-guru Kemas menyediakan alamat untuk didaftarkan warga Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan bagi membolehkan mereka mengundi di Parlimen Kota Raja. Perkara itu diakui sendiri oleh guru Kemas yang ter libat dan tidak mahu na manya didedahkan.


PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima pendaftaran baru pasukan Pelapis UPM sebagai pengundi pos di Seri Serdang. Pendaftaran itu menimbulkan konflik kerana mereka mempunyai kad pengenalan.


Menurut Adun Sri Muda (KeADILan), Suhaimi Shaifie tindakan Umno mendaftarkan warga Sabah dalam daftar pemilih merupakan perkara biasa yang dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya. Ini dilakukan kerana kata beliau, hanya semata- mata mahu mengekalkan kuasa pimpinan Umno me megang tampuk negara.


Lebih memeranjatkan, pendedahan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Selangor mendapati daftar pemilih bertindih di temui sebanyak 11,000 di seluruh Dun negeri Sela ngor.


Semakan itu ditemui apabila pemilih mempunyai kad pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh la hir dan mereka dapat mengundi di tempat berbeza.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan isu pertindihan pengundi dan sendiket pemberian MyKad sangat serius.


Ini katanya, membuktikan bahawa BN sangat tertekan dan terdesak sehingga sanggup melakukan perkara yang mengancam keselamatan negara.


Sehubungan itu, tambah beliau, PAS mendesak supaya satu sidang Parlimen diadakan segera dan Majlis Raja-raja dapat melihat isu itu lebih serius kerana ia ternyata mengancam masa depan dan keyakinan rakyat pada sistem di Malaysia.


Menurut beliau, jumlah yang didedahkan sangat besar dan PAS masih menerima aduan orang ramai berkenaan isu MyKad dan pertindihan pengundi.


“Isu ini perlu ditangani segera dan kita mohon supaya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membubarkan Parlimen sehingga isu ini diselesaikan,” tegasnya.


Beliau menyokong supaya satu desakan baru oleh Bersih agar dapat dijadikan ukuran untuk meluluskan pilihan raya atau menangguhkan.


Jika diadakan satu lagi himpunan Bersih tegas beliau dan desakan itu tidak diambil kira maka ia akan mendedahkan sistem pilihan raya di Malaysia pada suatu keadaan di mana rak yat kehilangan keyakinan.


“Masalah keyakinan rakyat pada sistem pilihan raya yang melibatkan pegawai SPR juga menampakkan bahawa mereka tidak menunjukkan sikap tidak berpihak, perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.


Politik BN mengatasi undang-undang

Oleh V. Sivakumar


Adakah cabang legislatif masih dihormati oleh pemain-pemain politik negara kita? Apa yang berlaku di Perak telah membuktikan sebaliknya.Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tata cara pentadbiran negara kita akan tergugat.


Apabila ada pihak yang melihat diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.


Parti politik menyekat badan perundangan


Kita melihat bagaimana organisasi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara, malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut luntur.


Walau pun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam Perlembagaan, peranannya sebagai pengerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Namun, permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan.


Dalam kes negeri Perak, memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan . Dewan Undangan Negeri tidak lagi dihormati oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.


Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak.


Kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri dicabar, malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan.


Dewan Undangan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungi menjalankan tanggunjawab Perlembagaan. Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009.


Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Undangan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok.


Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak dilakukan sehingga hari ini.


Kes Datuk Harun di Selangor


Sebagai contoh, Allahyarham Datuk Harun Idris adalah seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada suatu masa dahulu telah dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak Dewan Undangan Negeri Selangor pada 25 Mac 1976.


Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri, iaitu UMNO. Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti.


Apa yang cuba dijelaskan di sini ialah pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru.


Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menolak kepimpinan Datuk Harun di dalam Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara Komanwel.


Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di negeri Perak apabila BN merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat.


Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Nizar. Malah seorang Menteri Besar telah dilantik di Istana secara tergesa-gesa.


Permainan politik kotor BN ini telah mengganggu perjalanan Dewan Undangan Negeri di Perak. Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini.


Kesan politik kotor BN di Perak


Ekoran daripada itu, Dewan Undangan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan diatur oleh BN untuk menyelamatkan kerajaan mereka yang ditubuhkan secara haram.


Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit. Persidangan Dewan Negeri pada Isnin lalu hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam.


Inilah akibat apabila negeri mendapat kerajaan yang diranpas secara haram. Mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat pada 2008 telah dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan campur tangan mahkamah.


Ketakutan kerana tidak mendapat sokongan rakyat kini menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan BN di Perak. Yang berlaku sekarang ialah politik yang melampau ini mencemarkan dan bakal menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada.


Yang menanggung derita dan rugi ialah rakyat sendiri. –


Penulis adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh merangkap Timbalan Pengerusi DAP Perak



Jenayah jual warganegara

Umno-Barisan Nasional nampaknya cuba ‘bermain dengan api’, melakukan kerja yang amat berisiko tinggi garagara bimbang kuasa yang dipegang sejak sebelum merdeka, tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Umno-BN jangan cuba hendak mengelak bahawa selama ini, merekalah mengambil kesempatan daripada kemasukan sejumlah besar pendatang asing, sehingga berjuta-juta pendatang masuk ke dalam negara tanpa sebarang sekatan, sama ada dengan permit atau tanpa permit.


Ramainya pendatang asing, dapat kita lihat sendiri kebanjiran mereka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, khususnya pada hujung minggu, terutamanya pada cuti umum musim perayaan.


Kita akan dapati pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan sebagainya bertaburan di merata-rata lokasi di pusat bandar.


Kadang-kadang kita akan merasa jelek dan jengkel dengan gelagat mereka, akibat terlalu ramainya mereka, mereka berani berkelakuan sumbang, mengusik anak-anak gadis kita, sehingga berkumpulan melakukan pelbagai onar dan jenayah.


Kebanjiran pendatang asing ini mula berlaku seawal 1980-an. Agensi pekerja asing tumbuh bagai cendawan. Kebanyakannya agensi-agensi ini dimiliki oleh pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka.


Mereka mengaut keuntungan berlipat ganda dengan membawa pendatang asing, mengenakan bayaran sehingga bertahun-tahun.


Lama-kelamaan, akibat daripada besarnya jumlah pendatang asing, mereka sudah beranak pinak, enggan pulang ke negara asal dan menurut undang-undang mereka layak memohon kerakyataan tetap atau status Permanent Resident.


Ramainya pendatang asing ini, kita boleh lihat daripada penempatan asal orang Melayu di Kuala Lumpur, misalnya di Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Gombak, semuanya sudah menjadi koloni pendatang Indonesia.


Mereka dibawa masuk pada awalnya kerana hendak digunakan sebagai buruh binaan untuk membantu industri pembangunan dan sebahagiannya dijadikan sebagai buruh di ladang.


Jika adapun sektor lain, pekerja asing dibawa masuk berdasarkan kepada profesionalisme mereka, seperti dalam bidang perubatan, industri berat dan sebagainya.


Namun akibat daripada longgarnya sistem kita, peranan mereka diperluaskan ke stesyen minyak, perkilangan, pembuatan dan lain-lain lagi.


Tetapi hari ini, pendatang asing sudah membanjiri semua sektor pekerjaan dalam negara. Semua pasaraya besar menggunakan khidmat pekerja asing, pasar awam, kedai-kedai runcit, restoran makanan segera sehinggalah kepada hotel empat bintang, menggunakan khidmat pekerja asing.


Itu pun belum diperincikan dengan jelas sama ada mereka dibawa bekerja dengan permit yang sah atau yang tidak berpermit. Jika diperiksa secara terperinci, nescaya ramai yang tidak berpermit.


Tetapi persoalan sah atau tidak mereka bekerja dalam negara, tidak penting buat Umno-BN. Sekarang ini mereka tahu pendatang asing, boleh dijadikan aset untuk melindungi kuasa mereka.


Kes pendatang asing diberikan kerakyatan, sudah lama didengar berlaku di Sabah.


Sekarang ini heboh pula di Semenanjung, khususnya di Selangor, di mana pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing diberikan secara ‘pukal’ mutakhir ini.


Bagi PAS, ianya suatu konspirasi terancang menjadikan pendatang asing untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap (PR), dan kemudiannya menjadi warganegara.


Lebih malang lagi apabila ada kalangan mereka walaupun masih bertaraf PR, mereka ada yang telah dimasukkan dalam senarai daftar pemilih. Tujuan apa nama mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih jika tidak bertujuan untuk menyelamatkan Umno.


Apa yang berlaku sekarang ini amat mencurigakan. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan penjenayah yang menjual hak kewarganegaraan sewenang-wenangnya.


Kita mahu suatu tindakan tegas diambil. Kita mahu siasatan segera dijalankan ke atas Umno-BN, Jabatan Pendaftaran Negara, SPR dan Imigresen dan mana-mana pihak terbabit. Hentikan kedangkalan mereka sebelum negara musnah





BN tak rasa apa-apa walaupun harga barangan terus naik!

Oleh SAFAR JUMAAT


SUKAR untuk menolak anggapan rakyat terbanyak, BN itu bukan sahaja mewakili singkatan bagi nama Barisan Nasional tetapi ia semakin popular dengan singkatan ‘Barang Naik’. Malahan, di kalangan mereka yang berada di bawah payung BN sekalipun, tidak dapat menolak dakwaan itu.


Pemimpin BN di Putrajaya dan mereka yang berpejabat di Menara Dato’ Onn, PWTC mungkin tidak merasa apa-apa dengan sungutan rakyat di bawah, bahawa semua barang keperluan semakin mahal, kerana mereka tidak berada di arus bawah dek sebaliknya sedapnya berkerusi empuk di pejabat masing-masing


Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memantau harga juadah di bazar Ramadan sebenarnya satu penghinaan kepada peniaga-peniaga kecil Melayu tetapi dia tidak pula mengeluarkan kenyataan mahu memantau harga jualan di pasaraya-pasaraya milik taikun asing.


Acapkali rakyat mengeluh. Kenaikan harga barang menyebabkan hidup mereka yang berpendapat kecil dan sederhana benar-benar tertekan, tetapi kerajaan akan menjawab nanti, kurangkan guna gula untuk membendung kenaikan harga gula.


Jika harga sayur-sayuran melambung, sungutan rakyat akan dijawab kerajaan, bercucuk tanam di rumah untuk mengurangkan belanja membeli sayur-sayuran di pasar.


Begitulah seterusnya, jika harga minyak yang naik, kekecewaan rakyat akan kerajaan jawab, kurangkan makanan berminyak dan yang bergoreng.


Sebenarnya, harga ubat-ubatan pun melambung. Kalau seseorang itu memerlukan ubat, bolehkah kerajaan atau menteri memberi kenyataan, kurangkan makan ubat bagi membendung kenaikan harga ubat?


Dulu, bila harga minyak naik, kerajaan akan kata ini bukan kenaikan harga minyak, tetapi ini penyesuaian subsidi yang menyebabkan kenaikan berlaku.


Sesekali akan ada kenyataan dari menteri, gunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana untuk mengurangkan penggunaan minyak.


Yang belum menteri keluarkan kenyataan, gali minyak sendiri jika sesiapa ada terjumpa sumber minyak dari bumi dan belum kedengaran menteri memberi nasihat kepada rakyat, berjalan kakilah ke pejabat kerana dengan cara itu akan menyebabkan kita sihat kerana peluh sentiasa mengalir.


Soalnya, sampai bila kerajaan mahu menepis keluhan ini dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik ini?


Adakah kerajaan memang beranggapan rakyat Malaysia adalah dari kalangan mereka yang kurang cerdik, maka mereka harus dilayan dengan cara kurang cerdik?


Satu hal lagi yang rakyat meluat dengan kerajaan ialah kenyataan dari menteri setiap kali ada pertanyaan mengenai kenaikan harga barang, mereka akan menjawab, di negara-negara jiran lebih tinggi harga barangan ini jika dibandingkan dengan harga di negara kita.


Belum pernah pula mereka berkata, gaji dan pendapatan di negara jiran lebih tinggi dari negara kita, indeks rasuah dan penyelewengan tidak pula mahu mereka bandingkan kecuali membandingkan harga barangbarang keperluan yang betul-betul menjerut leher rakyat.


Mana mungkin rakyat boleh menerima kenaikan tambang bas sekolah, harga pakaian sekolah dan alat-alat tulis?


Mungkinkah menteri akan membuat kenyataan, jangan pakai uniform ke sekolah untuk menjimatkan belanja?


Ketika rakyat menghadapi kesukaran yang tak terucap ini, kerajaan dibelit dengan cerita inflasi dan cerita seorang isteri pembesar negara berbelanja sakan di luar negara hingga timbul cerita pembelian cincin yang berhaga RM24 juta.


Hati mana yang tak sayu mendengar cerita seperti ini?


Siapa yang tidak geram. Walaupun kesahihannya boleh diragui, tetapi jika ada isteri pembesar mampu membeli cincin yang berharga RM2.4 juta pun, ia sudah dikira merobek kesetiaan rakyat terhadap sokongan yang mereka berikan selama ini.


Malahan, jika harga cincin yang dibeli itu bernilai RM240 ribu sekalipun, ia sudah cukup untuk rakyat memberitahu BN, cukuplah. Berilah peluang parti lain pula memerintah.


Apa yang sudah BN berikan kepada rakyat selama ini, terima kasih tetapi kalau rakyat terus memberikan sokongan kepada BN, seolah-olah rakyat merestui ceritacerita pembelian cincin bernilai RM24 juta, RM2.4 juta dan RM240 ribu.


Itu baru satu cerita. Belum lagi cerita penyelewengan dalam pemberian tender dan projek-projek pembelian senjata dan kapal selam. Rakyat terus merintih, kerajaan terus membazir dan tidak mahu memperbaiki kelemahan.


Bila ditegur, nanti mereka akan menafikan dengan kata-kata, banyak perkara lain yang perlu kita utamakan. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang. Pembangkang memang hanya tahu membangkang tetapi mereka tidak menjawab teguran mengenai pembaziran dan isu perbelanjaan tidak berhemah.


Menjelang Aidilfitri ini, pastinya banyak barang-barang keperluan akan dinaikan harga. Menteri akan mengeluarkan kenyataan, bekalan ayam, telur, minyak dan tepung mencukupi untuk umat Islam menyambut Syawal tetapi usaha membendung kenaikan harga barang, ternyata kerajaan tidak mampu membendungnya.


Apakah kerajaan akan terus meminta rakyat menerima apa sahaja yang berlaku ini dan dalam masa yang sama, mereka yang sedang berkuasa sibuk menghabiskan wang kerajaan yang ada bagi kesenangan mereka dan tujuan kepentingan politik mereka.


Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang sedang seronok dengan kempen 1Malaysia, terdesak merasmikan kedai 1Malaysia yang dikatakan menjual barangbarang keperluan dengan harga murah tetapi tahukah beliau bahawa bukan orang di sekitar kedai 1Malaysia itu sahaja yang memerlukan barang-barang harga murah, sebaliknya setiap rakyat negara ini menentang kenaikan harga barang-barang keperluan.


Mereka yang duduk di kerusi empuk sekarang ini tidak pernah merasakan kenaikan harga barangbarang keperluan ini, lebih-lebih lagi mereka semuanya kaya-raya dan duduk di rumah yang kecil sedikit dari Istana Negara tetapi rakyat yang mereka anggap kurang cerdik sudah boleh berfikir, apakah kerajaan ini perlu disokong lagi atau tidak.


Bak kata orang-orang tua, kalau ada duit, macam-macam boleh beli, tapi kalau tak ada duit macam-macam boleh jadi. Maka, mereka akan berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang dilihat sudah tidak berkemampuan membendung kenaikan harga barang-barang.


Apakah alasan yang hendak dicipta kerajaan apabila kenaikan harga barang-barang ini berterusan?


Apakah menteri akan memantau Bazar Ramadan sahaja dan tidak pedulikan kenaikan faedah pinjaman dan macammacam kenaikan terpaksa alat ganti kenderaan dan kelengkapan rumah?


Jadi, kalau ada rakyat yang beritahu kepada BN, cukuplah.


Sudah lama kami memberi sokongan dan peluang untuk BN memerintah, tetapi kebajikan kami tidak pernah dipedulikan, apakah BN akan marah kerana rakyat seperti ini dianggap seperti tidak tahu mengenang budi?


Nanti mereka akan kata, kamilah yang memerdekakan negara. Kamilah yang membina stadium dan kamilah yang membina landasan kereta api. Kalau kami tak bina stadium, di mana pemain bola sepak nak bermain bola sepak dan jika kami tidak bina landasan kereta api, di manakah keretapi nak lalu?


Cuma, mungkin mereka tidak berkata, tanpa landasan keretapi, pemain bola sepak boleh bermain di tapak landasan kereta api dan di tapak stadiumlah nanti kereta api akan menurunkan penumpangnya! Rakyat bukan bodoh.




Mengenali puasa

Oleh Mujahid Yusof Rawa


Sejak aku berumur enam tahun , aku sudah mengetahui bahawa puasa itu bermakna tidak makan dan minum. Apa yang aku ingat selain daripada itu bulahttp://3.bp.blogspot.com/-arjtmdY1MN0/TjqPGm1T5zI/AAAAAAAAAQk/1zOR3mN8Yps/s1600/03ramadan_533.jpgn puasa bermakna makan dan minum pada malam hari dan bermain-main di mesjid semasa jamaah lain sedang sembahyang. Kakak dan abangku yang hanya beberapa tahun lebih tua dari ku sering memandang ku dengan pandangan ‘geram’ apabila aku makan dan minum di hadapan mereka di siang hari berpuasa.


Aku tidak faham mengapa mereka memandang aku demikian namun setelah ibuku memahamkan pada ku bahawa tidak elok makan dan minum di hadapan orang yang berpuasa barulah aku faham bahawa kita bukan sahaja kena puasa tetapi orang yang tidak berpuasa mesti menghormati mereka yang berpuasa.




Ada juga ketika, aku melihat beberapa kakakku makan sembunyi-sembunyi di siang hari, dalam umur yang mentah aku tidak memahami mengapa mereka berbuat demikian?


Pernah juga aku bertanya kepada ibuku, ibu hanya senyum dan memberitahu padaku yang kakak-kakak ku ‘uzur’. Tanpa memahami makna uzur aku hanya mengangguk tanpa memahami apa yang diangguk. Harus aku akui ibuku adalah guruku yang pertama mengajarku tentang puasa sebelum aku betul-betul dapat berpuasa penuh pada umur tujuh tahun.


Walaupun semasa umurku enam tahun aku tidak ‘diwajibkan’ oleh ibubapaku berpuasa, tetapi ayahku nampaknya bersungguh menyuruh ku cuba berpuasa, malah dijanjikan kepada ku ganjaran mereka yang berpuasa dengan duit raya yang ‘extra’daripada mereka yang tidak berpuasa. Aku teruja dengan galakan monetary ini namun aku tidak pernah berpuasa penuh sepanjang umurku enam tahun.


Walaupun tidak berpuasa di siang hari atau kadang-kadang hanya puasa sekerat, aku wajib bangun sahur bersama seluruh anggota keluarga yang lain. Ayah sangat bertegas dengan sahur, malah kakak yang uzur pun kena bangun kerana terpaksa membantu ibuku di dapur. Walaupun ada seorang pembantu, namun melayan 11 orang anak dan suami tercinta, ibuku sangat memerlukan tangan yang membantu di dapurnya.


Aku dah bersedia


Menjelang umurku 7 tahun pada Ramadhan seterusnya, aku sudah bersiap sedia untuk menempuh puasa penuh. Lagipun sebelum menjelang Ramadhan, ayahku berulangkali mengingatkan ku supaya kali ini dia mahu aku berpuasa penuh dan kadangkali menunjukkan mukanya yang garang dalam menegaskan akibat orang yang tidak berpuasa, lagipun aku dah mula bersemangat kerana sudah mula dicabar oleh abang dan kakakku.


Aku sebenarnya takut dan seronok, takut kerana tidak yakin,dapatkah aku bertahan sehingga waktu berbuka, seronok kerana inilah pertama kali aku akan cuba berpuasa sebulan penuh dan menikmati ganjaran dan status orang yang berpuasa dari ayahku. Apapun perasaan teruja menguasai dua-dua keadaan yang penting aku dah bersedia…


Ibuku sering mengingatkan ku untuk bersahur dan makan kenyang-kenyang kerana khuatir aku kelaparan nanti di siang hari. Walaupun berat kadang-kadang nak telan nasi pada pukul 4.30 pagi, aku memaksa diri untuk cover sianghari berpuasa. Masih aku ingat betapa ibuku akan menyediakan lebih awal favorite hidangan sahur yang wajib, iaitu serunding daging dan serunding udang kering. Dia tahu pagi-pagi sahur lauk berkuah tak berapa mendapat perhatian sebab itu selain serunding, ikan kering, ikan bilis dan telor asin menjadi hidangan utama sahur.


Pagi puasa pertama ku belum menampakkan apa-apa tanda lemah semangat, cuma semasa waktu rehat ada sikit ujian. Kawan-kawan ku yang majoritinya tidak berpuasa tidak langsung memberi galakan kepada ku, mereka malah makan dan minum di hadapan saya dan membuat kenyataan-kenyataan yang melemahkan sesiapa sahaja yang sebaya aku untuk berpuasa: “Apa yang hang nak puasa sangat, kita bukan wajib lagi, esok kita dah besaq kita puasalah” malah ada yang nakal menguji puasa ku dengan berkata: “hang minumlah, jangan makan, bukan mak ayah hang tau, balik satgi hang buatlah muka letih”


Harus aku akui, puasa pertama aku bukanlah sangat tentang lapar tetapi ujian terbesar ialah dahaga! Air paip yang dibuka sudah cukup membuat aku menelan air liur dan terasa nak minum satu baldi penuh air paip. Dalam kelas mataku semakin berat, bangun sahur tadi tiada ruang nak qadha’ tidur sebelum ke sekolah, jadi ditambah dengan dahaga adunan itu sudah cukup membantu mata ku untuk layu.


Terkejut dengan nada tinggi suara guru kelas Mr Yeoh menegur aku yang sedang melayan mengantuk, aku tersentak sambil bangun memberi penjelasan secara spontan “Puasa cikgu..” kawan-kawan lain yang tahu aku berpuasa menyampok: “Dia puasa cikgu!” Dalam van sekolah, aku hanya tidur dan sampai di rumah wajah muram ku disambut oleh ibuku dengan soalan cepu mas, “Puasa ka?” aku hanya mengangguk, terlalu letih aku terbaring atas sofa sehingga dikejutkan oleh ayahku untuk solat asar.


Iftar pertama


Aku bersiap sedia untuk berbuka, bubur gandum daging dengan bau bawang goring dan ‘lipat som’ berintikan daging dengan bawang bercuka benar-benar meningkatkan selera berbuka. Meja makan kami muat untuk 11 beradik, ibu dan ayah penuh dengan hidangan juadah berbuka dari hujung meja ke hujung meja. Walau apapun hidangan yang disediakan, setiap kami diwajibkan untuk memakan buah kurma dahulu sebelum makanan dan minuman yang lain.


Ayah akan memberi isyarat makan setelah memastikan suara azan berkemundang dari arah mesjid di rumah kami dan setelah berdoa untuk berbuka. Dia akan pastikan semua orang bergesa untuk berbuka. Aku sudah mengamati semua ‘ritual’ ini, jadi aku tidak kekok, cuma bezanya kalau tahun sudah aku tidak berpuasa, kali ini aku benar-benar berbuka puasa, alangkah nikmatnya menyentuh makanan dan minuman setelah satu hari berlapar dan dahaga. Aku belum memahami fiqh berpuasa dan hikmatnya tetapi yang pasti aku menikmati juadah berbuka resepi ibuku di hari pertama ku.




PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut