Detikdaily

Rabu, 7 Disember 2011

Rakyat Kedah bangga kepimpinan Ustaz Azizan

Kedah ditadbir Pakatan Rakyat dengan tunjangnya adalah PAS selama lebih 3 tahun dengan jayanya. Kejayaan pentadbiran Dato’ Seri Azizan Abdul Razak menjadi inspirasi golongan muhttp://4.bp.blogspot.com/-qz7W2lBQSD8/Tmg0sR0oAEI/AAAAAAAAAho/TPtOWtdCo20/s320/Firdaus%2BJaafar.jpgda dan harapan anak muda untuk melihat sebuah kerajaan yang benar-benar telus.
 
Sejauhmana anak muda di Kedah hari ini benar-benar terkesan dan sanggup mempertahankan kerajaan sedia ada, wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar   

WARTAWAN: Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan dalam masa terdekkat, bagaimana saudara melihat senario di Kedah, dan apa keperluan dan kewajipan golongan anak muda di Kedah mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah?

MOHD FIRDAUS: Pertama sekali saya melihat mengapa perlu pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, kerana sebab yang utama ialah sekian lama 53 tahun kerajaan BN menindas rakyat, pendapatan negeri tidakan bertambah kemudian rakyat hanya didendang lagu kononnya tanpa BN rakyat susah, kononnya Umno membela rakyat.Ini lagu sahaja untuk kepentingan politik. Tetapi setelah rakyat menyandarkan harapan kepada Pakatan Rakyat di Kedah, menyandarkan harapan dan politik baharu hari ini.

Kita dapat melihat fokus itu diberi kepada pembangunan menyeluruh kepada rakyat Kedah.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak memfokus pendidikan dengan membina kompleks Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baharu.

Ini semua untuk orang muda mencari pendidikan, dari sudut golongan muda keduanya kena lihat sukan yang telahpun sebelum ini digagalkan oleh Umno-BN.

Baru-baru ini kita anjur piala MB kemudian Futsal Piala Tuanku Sultan Kedah, badminton dan pelbagai sukan lain lagi.

Justeru, tiada alasan untuk anak muda menolak kerajaan Kedah pimpinan Azizan?

Ya, tiada alasan untuk anak muda menolak kerajaan yang diterajui oleh Ustaz Azizan Abdul Razak yang menguruskan dana rakyat dengan baik hingga dapat mengumpul pendapatan tinggi berbanding BN. Malah kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan berbelanja hemah, ketepikan soal memperkayakan orang politik, tiada kekayaan melampau oleh ahli Parlimen PAS, jika ada yang kaya pun mereka ini telah kaya sejak menjadi pembangkang lagi, bukan semasa menerajui Kedah.

Bagaimana anak muda melihat soal pentadbiran MB dan kabinetnya?

Bermula dengan soal pengambilan pekerja kita tidak letak syarat bahawa fahaman politik itu sebagai suatu kriteria penting, sebaliknya mana-mana anak muda yang layak, mereka ini diambil bekerja dengan kerajaan negeri mahupun anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga tidak mengganggu kemajuan sektor pelancongan, cuma ada sedikit sebanyak guide line yang tidak menyusahkan pihak yang memajukan pelancongan untuk menjalankan aktiviti ini, hotelhotel boleh beroperasi.

Jika anak muda memilih BN pada PRU-13, apa pandangan YB?

Kalaulah anak muda memilih BN pada PRU13, tindakan itu seolah-olah mahu mengembalikan Kedah ke zaman kegelapan, hampir 20 tahun lalu.Apa yang dapat kita lihat, kerajaan hari ini cukup berhemah, hasil balak dan cukai yang diterima diagihkan RM1 juta untuk membaikpulih rumah orang miskin.Kerajaan juga berusaha mempertingkatkan pendapatan GLC, memperkayakan Agro (pertanian) dengan memperkayakan produk tempatan di bawah jenama Kedah Best, seperti jus rambutan dan mangga.

Kita juga tidak menolak pembangunan yang dibuat oleh agensi persekutuan seperti MADA dan sebagainya.Cuma ada anggapan sesetengah anak muda jika Pakatan Rakyat dan PAS menerajui negeri ini kononnya aktiviti anak muda akan tersekat, ini suatu yang silap, kita hanya memberikan guide line agar ianya berjalan teratur dan menurut norma masyarakat Timur.

Selain itu, bagaimana saudara melihat sokongan anak muda dan pengundi di Dun Sungai Limau yang diwakili MB sendiri?

Pengundi di Dun Sungai Limau amat berbangga kerana wakil rakyatnya menerajui Kedah selaku Menteri Besar. Malah golongan muda juga melihat kejayaan anak jati Sungai Limau ini membangunkan Kedah sekali gus merintis jalan menjadikan kerajaan ini kerajaan yang bersih, ditadbir dengan penuh berhemah. Ini suatu kemenangan moral kepada MB yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan pengundi di Sungai Limau menghantar wakil rakyatnya selaku MB.

Anak muda di Sungai Limau juga menghormati gaya hidup Azizan yang mengurus kerajaan dan hidup dengan serba sederhana di sebelah markas PAS di sana. Jika ada anasir yang ganggu hanyalah seperti nyalakan nyamuk sahaja, kita seru MTD dan seluruh jentera Jerai mempertahankan Sungai Limau dan memberi kemenangan lagi bermakna kepada Jerai.

Apakah saudara yakin anak muda dan gelombang tsunami 2008 akan terus membadai Kedah lantas mengekalkan kerajaan yang ada hari ini?

Tsunami tahun 2008 tidak berapa kuat gelombangnya kerana ketika itu warga Facebook dan warga Twitter serta warga email tiada menembusi malah ke telefon bimbit. Kini segalanya berubah, tsunami kali ini bakal lebih besar dan Kedah akan terus menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat khasnya PAS.

BN kini tidak lagi mampu mengembalikan kekuatan mereka (BN) untuk tawan Kedah.Saya yakin kita akan terus mempertahankan Kedah bersama harapan anak muda.

PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut