Kewajipan seorang yang menjadi ahli PAS
ialah berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi seorang Islam yang
sebenarnya yang menghayati ajaran-ajaran Islam dan memperjuangkan
penghayatan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat kerana dasar
PAS ialah Islam dan pejuangannya ialah untuk menghayati Islam.
Di antara kewajipan-kewajipan penting yang mesti dilakukan segera apabila saya menjadi ahli PAS ialah:
- Menuntut ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca dan
menyertai perbincangan-perbincangan mengenai Islam dan mengenai
masyarakat untuk membina kefahaman yang mendalam tentang Islam dan
penghayatannya.
- Mengamalkan dengan sempurna kewajipan-kewajipan yang terkandung dalam kewajipan fardu ain iaitu:
- Memahami akidah Islam dan berpegang teguh dengannya tanpa ragu-ragu
dan syak. Percayakan ke-Esa-an Allah SWT dan kesempurnaan zat, sifat dan
perbuatan-Nya. Percaya adanya makhluk Allah yang dinamakan malaikat
yang taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT. Percayakan
kebenaran rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah dari kalangan manusia.
Percayakan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan ajaran yang dibawanya
adalah datang daripada Allah dan agama Islam yang dibawa oleh baginda
adalah ajaran Allah yang terakhir dan lengkap yang diwahyukan oleh Allah
kepada manusia. Nabi Muhammad s.a.w. dengan itu adalah utusan dan nabi
yang terakhir “Khatimul anbiya’ wal mursalin”. Percayakan kitab-kitab
Allah SWT yang mengandungi ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Allah
kepada rasul-rasul-Nya. Percayakan bahawa kehidupan di atas dunia ini
adalah sementara dan akan berlaku kiamat serta manusia akan dibangkitkan
semula daripada kuburnya dan kemudian dipindahkan ke alam akhirat yang
akan ditentukan kehidupannya oleh Allah mengikut amalannya di dunia ini.
Manusiaakan kekal hidup di alam akhirat itu selama-lamanya. Percayakan
bahawa nasib manusia sama ada baik dan buruk adalah ditentukan oleh
Allah SWT. Semua ajaran yang berkaitan dengan akidah ini hendaklah
dipelajari dan di dalami serta diyakini sebagaimana semestinya seperti
yang ditentukan di dalam batas-batas kewajipan fardu ain.
- Mengerjakan sembahyang lima waktu di dalam waktunya dan
sebaik-baiknya di awal waktu, tanpa lalai dan lengah-lengah. Cubalah
berusaha bersungguh-sungguh supaya mengerjakan secara berjemaah dan
pastikan ada sembahyang berjemaah di kawasan tempat kediaman saya bagi
memenuhi tuntutan fardu kifayah. Hendaklah dikerjakan sembahyang dengan
khusyuk dan merendah diri kepada Allah SWT.
- Jika saya memiliki harta benda yang wajib dikeluarkan zakat,
tunaikan segera kewajipan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh
syarak.
- Tunaikan ibadah puasa yang wajib iaitu sebelum dalam masa setahun
pada tiap-tiap bulan Ramadan. Adalah baik berpuasa sunat misalnya setiap
hari Isnin dan Khamis di bulan-bulan yang lain daripada bulan Ramadan,
melainkan di hari-hari yang diharamkan iaitu hari syak dan hari-hari
tasyrik dan hari raya iaitu 1 Syawal.
- Tunaikan ibadah haji di Makah sekali seumur hidup, sekiranya saya mampu pergi ke Makah untuk menunaikannya.
- Meninggalkan segala yang diharamkan oleh Allah SWT adalah kewajipan
yang tergolong di dalam fardu ain. Kerana itu saya hendaklah menjauhkan
diri saya daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
- Pakaian dan makanan saya hendaklah daripada bahan-bahan yang bersih
dan halal. Begitu juga sumber mendapatkannya hendaklah dari sumber yang
halal. Saya hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan memakan makanan
yang baik lagi halal.
- Merokok adalah suatu amalan yang tercela dan merugikan wang serta
membawa mudarat kepada diri saya. Merokok atau perbuatan yang merugikan
ini tidak dilakukan oleh orang Islam yang baik.
- Saya tidak boleh ragu-ragu untuk mengisytiharkan diri saya sebagai
seorang Islam. Bahkan saya mestilah berbangga menjadi seorang Islam yang
mengikuti jalan yang lurus. Pengisytiharan dengan lafaz
Lailahaillallah wajib dilakukan. Demikian juga mempertahankan pengakuan
itu dengan penuh kesungguhan serta memelihara kehendak dan tuntutannya.
- Bersihkanlah diri saya dari sifat-sifat tercela dan bisikan-bisikan
hati yang merosakkan keikhlasan beribadah kepada Allah SWT. Pembersihan
hati daripada sifat-sifat tercela itu adalah asas kepada pembentukan
akhlak dan gerak-geri serta perjalanan hidup yang sopan, beradab dan
bertertib. Sempurnakanlah tuntutan Islam supaya berakhlak baik dan indah
tutur bahasa dan kelakuan.
- Memahami akidah Islam dan berpegang teguh dengannya tanpa ragu-ragu
dan syak. Percayakan ke-Esa-an Allah SWT dan kesempurnaan zat, sifat dan
perbuatan-Nya. Percaya adanya makhluk Allah yang dinamakan malaikat
yang taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT. Percayakan
kebenaran rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah dari kalangan manusia.
Percayakan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan ajaran yang dibawanya
adalah datang daripada Allah dan agama Islam yang dibawa oleh baginda
adalah ajaran Allah yang terakhir dan lengkap yang diwahyukan oleh Allah
kepada manusia. Nabi Muhammad s.a.w. dengan itu adalah utusan dan nabi
yang terakhir “Khatimul anbiya’ wal mursalin”. Percayakan kitab-kitab
Allah SWT yang mengandungi ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Allah
kepada rasul-rasul-Nya. Percayakan bahawa kehidupan di atas dunia ini
adalah sementara dan akan berlaku kiamat serta manusia akan dibangkitkan
semula daripada kuburnya dan kemudian dipindahkan ke alam akhirat yang
akan ditentukan kehidupannya oleh Allah mengikut amalannya di dunia ini.
Manusiaakan kekal hidup di alam akhirat itu selama-lamanya. Percayakan
bahawa nasib manusia sama ada baik dan buruk adalah ditentukan oleh
Allah SWT. Semua ajaran yang berkaitan dengan akidah ini hendaklah
dipelajari dan di dalami serta diyakini sebagaimana semestinya seperti
yang ditentukan di dalam batas-batas kewajipan fardu ain.
- Baikilah hubungan dengan kaum keluarga, jiran dan kenalan saya dan
berbuat baik kepada mereka dalam batas-batas yang tidak melanggar
batas-batas Allah SWT. Dan janganlah membiarkan diri saya semasa berbaik
dengan mereka dipengaruhi oleh mereka untuk melakukan maksiat kepada
Allah dan menyimpang daripada perjuangan menghayati dan menegakkan
Islam. Sebaiknya, saya adalah da’ie yang bekerja mempengaruhi mereka
supaya berjuang untuk Islam. Di antara langkah-langkah yang perlu
diambil untuk berhubung rapat dengan mereka ialah:
- Menziarahi mereka di waktu yang sesuai. Jika berkemampuan, bawalah hadiah atau buah tangan ketika melakukan ziarah itu.
- Sentiasa bertanya khabar kepada jiran-jiran dan kaum keluarga saya untuk menambahkan kemesraan.
- Berilah bantuan dan pertolongan jika jiran-jiran dan kaum keluarga serta kenalan saya berada dalam kesusahan.
- Jika saya mengadakan kenduri atau jamuan, saya undang mereka untuk
bersama-sama menghadiri jamuan saya itu. Tugas saya yang terpenting
ialah mempengaruhi mereka secara bersopan santun untuk menghayati Islam
dan berjuang untuknya dengan membangkitkan kesedaran mereka tentang
Islam dan menarik mereka menyertai jemaah.
- Menziarahi mereka di waktu yang sesuai. Jika berkemampuan, bawalah hadiah atau buah tangan ketika melakukan ziarah itu.
- Saya hendaklah mengambil tahu tentang kedudukan dan perkembangan
parti dan saya hendaklah mengikuti program-program yang dijalankan.
- Saya hendaklah menawarkan tenaga dan menyertai usaha untuk
mengadakan sesuat aktiviti parti, sama ada penyertaan itu dengan tenaga
atau wang ringgit.
- Saya hendaklah memahami arahan pimpinan dan mematuhinya selagi
arahan itu tidak bercanggah dengan perintah yang nyata daripada Allah
SWT.
- Saya hendaklah menghormati dan mematuhi pemimpin yang telah dipilih
dan memberikan kepada mereka galakan dan semangat supaya mereka memikul
tanggungjawab dengan tabah sehingga tercapai cita-cita perjuangan.
- Kewajipan saya terhadap parti yang telah ditentukan sebagai kewajipan organisasi seperti menghadiri mesyuarat dan membayar yuran hendaklah saya tunaikan dengan ikhlas sebagai kewajipan yang benar untuk mengukuhkan pentadbiran jemaah. Perkara-perkara di atas adalah di antara tugas dan tanggungjawab penting bagi setiap ahli PAS dan hendaklah ia tunaikan sebagai langkah permulaan bagi memenuhi cita-cita perjuangan PAS untuk menghayati dan menegakkan Islam sebagai sistem kehidupan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan