Detikdaily

Ahad, 25 November 2012

MB Kedah bercakap tentang bolasepak

 
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak hari ini menunjukkan pengetahuan dan minatnya yang mendalam tentang sukan khasnya bolasepak.Ketika menggulung perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, beliau memberitahu, bukan mudah untuk mengurus sebuah pasukan bola sepak kerana permainan bola sepak ini ada kalanya di atas dan ada masanya di bawah.

Beliau mengulas pandangan ahli dewan berkaitan kemerosotan pasukan bolasepak Kedah pada tahun ini.

Beliau memberitahu sidang dewan bahawa bahawa pengurusan sesebuah pasukan bolasepak bukanlah mudah sepertimana yang dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Cardiff City (Vincent Tan) dan Queens Park Rangers (Tony Fernandez).

"Saya dulu tak suka pasukan Manchester United pasal ada Jordan (Joe Jordan) dan saya sokong Liverpool kerana ada Kevin Keegan. Manchester ada dua pasukan United dan City. Manchester City dulunya hebat kemudiannya jatuh dan mengambil masa untuk bangun semula.

"Sekarang City dah ada pengurus baru,  Mancini. Mereka kuat balik, tapi malam tadi kalah dengan Real Madrid," katanya.

Katanya, lagi pasukan bolasepak Kedah pada musim akan datang akan distruktur semula dengan gandingan pemain yang terdiri pemain tempatan dan luar negera termasuk dari Brazil.

Tiada ulasan:

PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut