Headlines News :
Home » » PAS persoal pembangunan Kedah di bawah Mukhriz

PAS persoal pembangunan Kedah di bawah Mukhriz

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 13:44

Oleh BASHIR ISHAK & SARINA ISMAIL

Selepas setahun mengambil-alih pe merintahan daripada Pakatan Rakyat, kerajaan Kedah di bawah
teraju BN gagal menonjolkan pelaksanaan pembangunan seperti mana Akujanji mereka pada PRU13 lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, semasa PRU lalu, BN telah mengeluarkan Aku janji BN Kedah dengan beberapa topik besar tetapi selepas genap setahun, mereka masih gagal membuktikan apa yang mereka janjikan dahulu.

 Katanya, tema “Memacu Tranformasi Kedah” ditukar kepada “Tranformasi Kedah Aman Makmur” namun, Dato’ Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar masih gagal membuktikannya.

“Ketika genap 100 hari pemerintahan BN dahulu, Mukhriz hanya sekadar me ngeluarkan amanat dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu ter gopoh-gapah dalam soal melaksanakan pembangunan di Kedah,” ujar

Mah fuz pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena 6 Mei lalu sempena genap setahun pemerintahan BN Kedah.

Jelasnya, dalam keadaan Kedah mengamalkan budaya pencernaan dan perancangan di mana semua perancangan akan dibawa ke makmal transformasi untuk kajian menyeluruh terlebih dahulu, tetapi malang dalam usia setahun ianya masih belum berhasil.

“Saya masih tertunggutunggu, bila masanya Bandaraya Getah yang kononnya di Padang Terap akan dilaksanakan? Mana dia Ban daraya Aeroangkasa di Changlun?

“Mungkin betul di situ sudah ada kilang pembuatan bahagian Boeing tetapi apa bentuk pelan tindakan yang betul-betul nak dijadikan Changlun sebagai Bandaraya Aeroangkasa?

“Di Jerlun pula nak dijadikan Hub Minyak dan Gas, tapi yang saya tengok sehingga hari ini hanyalah kedai minyak dan gas sahaja di sana, apakah itu yang Mukhriz maksudkan?” soal Mahfuz.

Tambahnya lagi, perancangan untuk menjadikan Alor Setar sebagai Bandaraya Metropolis juga masih terawang-awang.

“Kita akui untuk menjadikan Alor Setar sebagai bandaraya sedemikian memerlukan masa tetapi sehingga kini belum ada lagi pelan tindakan atau blueprint dan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya kesungguhan kerajaan Kedah untuk melaksanakan pembangunan seperti yang mereka hebah-hebahkan.

“Pembangunan yang ber laku di Kedah sekarang adalah pembangunan dari Kerajaan Persekutuan seperti projek lebuhraya dan perumahan, manakala program- program seperti marhaban dan berselawat, itu bukanlah perkara baru kerana ianya telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.

“Apa yang jelas slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ tidak lebih hanya sebagai gimik politik semata- mata, walhal rakyat masih hidup susah dengan kenaikan kos sara hidup di bawah peme rintahan BN,” katanya lagi.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU