Headlines News :
Home » » Umno Itu Melayu, Tetapi Melayu Itu Bukan Umno

Umno Itu Melayu, Tetapi Melayu Itu Bukan Umno

Written By zabidi on Friday 30 May 2014 | 09:22

Oleh Abu Hassan Adam 

Perkembangan terkini di PRK Teluk Intan telah jelas memberikan gambaran bahawa UMNO tidak
lagi mewakili orang Melayu, walaupun pemimpin UMNO melaungkan bahawa UMNO itu milik orang Melayu. Begitu juga dengan parti MCA dan MIC yang tidak lagi mewakili orang Cina dan orang India di Malaysia. Sekiranya masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang merasakan demikian seolah-olah mereka sedang bermimpi di siang hari.

Sekali air bah dan sekali pasir berubah. Sekadarkan pemimpin UMNO yang tidak mahu melihat akan perubahan itu. Mungkin juga mereka melihat perubahan itu berlaku tetapi mereka tidak mahu mengakui bahawa perubahan sedang berlaku. Pemikiran mereka masih berada di takuk lama. Mereka masih merasakan bahawa orang Melayu Kurun ke 21 masih berfikiran seperti orang Melayu pada tahun-tahun 1950an. Mereka lupa bahawa zaman beredar dan pemikiran manusia juga bergerak seiring dengan zaman yang dilaluinya.

Orang Melayu menentang cadangan Dato Onn untuk membukakan keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1951 dan seterusnya mengubah nama United Malay National Organization kepada United Malayan National Organization. Cadangan Dato Onn ditolak oleh UMNO yang menyebabkan beliau terus meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO pada ketika itu. Tahun 1951.

Pemikiran Dato Onn mendahului zaman. Lantas tidak diterima oleh orang Melayu yang berfikiran sedemikian pada ketika itu.

Dulu antara PAS dan DAP adalah seperti ‘anjing dengan kucing’ yang sentiasa ‘bercakaran’. Hanya pemimpin yang berfikiran jauh sahaja yang boleh beramalkan ketika itu bahawa PAS dan DAP akan menjadi rakan karib dalam perjuangan membela nasib bangsa di Malaysia seperti yang dapat dilihat di PRK Teluk Intan sekarang. Tidak ada siapa yang boleh menjangkakan bahawa kepimpinan tertinggi sanggup memberikan sokongan yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah perjuangan mereka demi untuk memenangkan calon DAP.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa PAS bertungkus lumus di PRK Teluk Intan disebabkan oleh calonnya yang terdiri dari orang Melayu. Mungkin juga. Namun sejarah kerjasama PAS,DAP dan PKR telah terjalin dengan begitu erat dalam banyak PRK dan PRU yang telah diadakan sehingga hampir-hampir menumbnagkan kerajaan BN dalam PRU 13 yang lalu.

Sememangnya PRK Teluk Intan menyaksikan berbagai perubahan dan perkembangan politik di Malaysia. Ia lebih merupakan satu perkembangan yang akan mencetuskan ‘chain reactions’ selepas ini. Maknanya apa yang berlaku di Teluk Intan hanya merupakan satu permulaan dan berbagai-bagai perkembangan lain yang menakjubkan akan berlaku selepas ini. Mari kita renungkan senario berikut, ·
Pertama kali dalam sejarah Malayisa seorang gadis Melayu yang berusia 27 tahun menjadi calon DAP dalam kawasan yang pengundinya hampir sama bilangannya antara Melayu dan bukan Melayu. Dan lawannya ialah seorang calon veteran dari BN ( Presiden parti Gerakan), seorang bukan Melayu yang pernah pun memenanngi kawasan ini satu masa dahulu.

Kita tidak dapat meramalkan keputusan PRK ini nanti. Sekiranya pengundian dijalankan dalam suasana yang betul adil dan saksama maka mengikut ramalan pengundi di Teluk Intan jelas menunjukkan bahawa Dyana Sofia akan mendapat tempat di Parlimen Malaysia nanti dan mencipta sejarah sebagai wakil rakyat Melayu (wanita) pertama mewakili DAP. Keadaan itu akan berlaku sekiranya PRK ini berjalan tanpa ‘gangguan-gangguan’ pihak tertentu.

Pendek kata PRK Teluk Intan telah menjadi ‘eye opener’ kepada rakyat Malaysia keseluruhannya dan kepada penduduk Teluk Intan khususnya. Ramai penduduk Teluk Intan yang ‘membisikan’ bahawa mereka tidak pernah lagi menyaksikan satu fenomena yang agak luar biasa yang berlaku di Teluk Intan ini. Jikalau DAP adalah merupakan parti politik yang agak renggang dengan orang Melayu di kawasan ini tetapi kini sudah menjadi sesuatu yang ingin didekati. Banyak faktor yang boleh dijadikan alasan mengapa keadaan terjadi demikian.

Sekiranya keadaan sebegini berlaku d Teluk Intan, maka adalah tidak mustahil keadaan sedemikian juga boleh berlaku di tempat-tempat lain di Malaysia dalam masa akan datang menjelang PRU14.

Teluk Intan sudah boleh djaidikan ‘bahan ujikaji’ para penganalisis politik tanah air bagi menentukan arus masa hadapan kepimpinan negara.

Dan yang penting yang perlu difikirkan oleh UMNO khususnya ialah bahawa UMNO tidak boleh lagi mendabik dada yang mereka mewakili orang Melayu kerana parti lain seperti PAS, PKR dan DAP juga sudah boleh mengatakan bahawa mereka juga mewakili rakyat Malaysia (termasuklah orang Melayu). Dan mungkin juga pemimpin UMNO sudah menyedari hakikat ini. Cuma mungkin mereka tidak mahu mendedahkan keadaan ini disebabkan kebimbangan akan merendahkan moral pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat akar umbi. Mungkin.

Namun sesuatu yang jelas dan perlu diperjelaskan ialah bahawa sekiranya ada kumpulan UMNO yang mengatakan bahawa mereka mewakili orang Melayu untuk melakukan sesuatu tindakan seperti mana yang berlaku ke atas Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari, maka mereka tidak ada hak langsung untuk membuat pengakuan sedemikian.
Orang Melayu tidak berkelakuan sebiadab itu….

Abuhassanadam 30 Mei 2014

http://abuhassanadam.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU