Headlines News :
Home » » Menteri paling kejam dalam Kabinet

Menteri paling kejam dalam Kabinet

Written By zabidi on Monday 7 July 2014 | 11:27

KUALA LUMPUR: Tindakan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansur memberi amaran kepada pengemis dan NGO Soup Kitchen jika terus membantu mereka adalah bukti beliau layak digelar Menteri paling kejam dalam kabinet.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan saja tidak berperikemanusiaan malah telah berjaya menandingi kebiadaban Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Zahid Hamidi yang memperta hankan tindakan membuang kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP RSN Rayer, baru baru ini.

“Nampaknya sikap tidak ada perasaan dan kurang bijak Zahid sedang disaingi Tengku Adnan, apabila beliau memberi amaran sehingga Isnin ini kepada Soup Kitchen dan pengemis untuk menjauhkan diri dari pusat bandar atau berdepan tindakan daripada Majlis Bandaraya.

“Dengan satu tindakan saja, Tengku Adnan kini terbukti menjadi Menteri paling tak berperikemanusiaan dan kejam dalam kabinet,” ujar Kit Siang dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mempersoalkan tindakan Tengku Adnan tersebut yang dilihat cuba untuk menjenayahkan kegiatan mengemis seperti dilakukan di Norway.

“Adakah Tengku Adnan mendapat inspirasi untuk menjenayahkan pengemis dari Norway? Sebuah negara antara terkaya di dunia dengan keluaran dalam negara kasar per kapita kira-kira AS$100,000?

“Jika beliau mahu mencontohi Norway, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mendapatkan kelulusan Parlimen berkenaan tindakan kejam dan tak berperike ma nusiaannya itu,” ujarnya.

Sehubu ngan itu, Kit Siang menggesa Tengku Adnan supaya menarik balik amarannya itu dan mengadakan perbincangan bersama Ahli- Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan NGO berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Rundingan untuk mengatasi masalah ini perlu dilakukan bersama kesemua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan dan pihak NGO terlibat supaya pe nyelesaian terbaik dapat di sepakati, dengan mengambil kira kesan sosioekonomi kemiskinan,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU