Headlines News :
Home » » Ramadan perkuat keyakinan terhadap janji Allah

Ramadan perkuat keyakinan terhadap janji Allah

Written By zabidi on Wednesday 9 July 2014 | 22:58

RAMADAN bulan yang diturunkan al-Quran. Al- Quran adalah kata Allah kepada semua manusia sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada Manusia.Umat Islam wajib mendengar dan menerima kata-kata Allah ini.

Kalau umat Islam menolak kata-kata Allah beerti mereka menolak kasih sayang Allah SWT. Menolak kasih Allah akan membawa kepada kerosakan dan kebinasaan kepada dunia dan manusia itu sendiri.

Dunia hari ni memperlihatkan bagaimana semakin banyak penyakitpenyakit baru dalam fizikal manusia hasil daripada pemakanan yang haram.

Begitu juga penyakit sosial yang membarah yang berlaku diluar batasan akal fikiran hasil daripada hilangkan kepentingan penekanan perbentukan Akhlak Islam dalam masyarakat.

Begitu dengan kes jenayah yang semakin berleluasaa dan semakin kejam tanpa mengira siapa sahaja.
ini semua hasil daripada manusia merasakan diri mereka hebat dengan menolak kata-kata dan arahan Allah SWT dalam al-Quran.

Sebagaimana Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang memperjuangkan Islam. Allah juga memberi amaran kepada mereka yang menolak arahan Allah bahawa kerosakan akan berlaku. Ini semua telah disaksikan dihadapan mata kita sendiri.

Semoga Ramadan kali ini memberi peluang kepada umat Islam untuk memohon ampun kepada Allah terhadap dosa yang lalu dan memperbanyakkan ibadah kepada-Nya.

Selain itu, menguatkan lagi keyakinan bahawa hanya dengan Islam manusia pasti akan membangun dan maju dengan lengkap dan sempurna Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU