Headlines News :
Home » » Keberanian Al-Qassam terus gerunkan Zionis Israel

Keberanian Al-Qassam terus gerunkan Zionis Israel

Written By zabidi on Friday 29 August 2014 | 08:08

SAYAP ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam hanya me miliki keanggotaan seramai 30,000 orang. Seteru mereka pula, tentera rejim Zionis Israel dikhabarkan mempunyai seramai 720,000 orang anggota.

Israel juga memiliki keupayaan ketenteraan terhebat di dunia dengan teknologi peperangan yang ter canggih pada masa kini, ditambah lagi dengan dokongan sekutu-sekutunya terutama sekali Amerika Syarikat.Menilai dari segi kekuatan kedua-dua pihak, sememangnya berbeza ibarat langit dan bumi.

Namun dengan bilangan tentera yang jauh lebih sedikit, Briged Al-Qassam telah berhasil memberikan satu tamparan hebat kepada rejim Zionis Israel dalam Perang Al-Asful Ma’kul yang masih berterusan hingga ke hari ini.

Sepanjang tempoh lebih sebulan peperangan, bilangan tentera Israel yang terbunuh adalah seramai 497 orang, sepuluh kali gan da lebih ramai berbanding bilangan anggota Al- Qassam yang syahid terkorban.

Dengan tekad yang jitu untuk mengecapi syahid di jalan-Nya dan tawakkal yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, anggotaanggota Briged Al-Qassam telah mempamerkan sosok keberanian dan keperwiraan yang menjadikan mereka mimpi ngeri buat tentera Israel.

Keupayaan ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas dalam peperangan kali ini juga jauh di luar jangkaan rejim Zionis Israel, sekali gus menimbulkan kegerunan dahsyat kepada mereka.
Berikut dipaparkan sebahagian contoh kehebatan Briged Al-Qassam dalam aspek keupayaan ketenteraan yang telah dipamerkan sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini.

Sebahagian besar kematian yang dialami tentera Israel adalah akibat operasi ketenteraan yang dibuat oleh Komando Darat Al- Qassam. Operasi darat Al- Qassam berjaya menembusi beberapa kem tentera rejim Zionis dan kemudiannya membunuh tentera penjajah.

Dalam satu serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz, skuad Komando Al-Qassam berjaya menyelinap melalui rangkaian terowong rahsia dan menggunakan taktik penyamaran sebagai tentera Israel yang berhasil mengelirukan musuh.

Operasi dilakukan secara tersusun di mana pasukan Al-Qassam itu hanya mengambil masa sekitar dua minit untuk menyelesaikan misi mereka, cukup untuk melakukan serangan dan kemudian berundur semula ke dalam terowong.

Mereka juga melaksa nakan operasi dengan cermat seperti tidak melepaskan tembakan secara rambang dan bertalu-talu, tidak memusnahkan lokasi atau meletupkan menara kawalan yang boleh menarik perhatian tentera Israel di kemkem yang lain.

Antara strategi peperangan Komando Darat Al- Qassam lain yang turut menonjol kali ini penggunaan perangkap samar dan keupayaan untuk meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh.

Dalam keadaan Gaza yang terkepung secara total, Briged Al-Qassam masih berjaya menembusi negara haram Israel melalui jalan laut dengan menggunakan skuad Komando Amfibia Al-Qassam yang sama sekali tidak pernah dijangkakan oleh tentera Zionis.

Komando Amfibia Al- Qassam berhasil melaksana kan beberapa operasi untuk mencerobohi kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan darat secara berdepan.

Teknologi roket baru R-160 Serangan roket Al-Qassam dalam peperangan kali ini dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau.

Kalau sebelum ini Al-Qassam telah memperkenalkan roket M-75 yang berupaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km, kali ini Al-Qassam berjaya menghasilkan pula roket jenis R-160 (Rantissi 160) yang memiliki jangkauan sasaran sehingga 160 km.

Roket ini diberi nama sempena Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang telah syahid pada tahun 2004 akibat bedilan peluru berpandu oleh helikopter Apache Zionis Israel.

Laporan Al-Qassam menyatakan bahawa roket R-160 telah berjaya dilancarkan ke wilayah Haifa, bahagian paling utara di negara haram Israel yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza.
Perkembangan ini menggemparkan seluruh penduduk Israel kerana kini tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka daripada ancaman serangan roket Al- Qassam.

Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza juga telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

Senjata ini juga dikatakan mempunyai keupayaan penglihatan teleskopik.

Kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel yang selama ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia.

Sistem Iron Dome sebelum ini didakwa memiliki kadar kejayaan sehingga 90 peratus, namun kajian yang dilakukan sepanjang peperangan kali ini menunjukkan Iron Dome hanya mampu mematahkan 30-40 peratus serangan roket yang dilancarkan dari Gaza.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU