Headlines News :
Home » » Tak timbul lagi soal sokong Khalid – Presiden PAS

Tak timbul lagi soal sokong Khalid – Presiden PAS

Written By zabidi on Sunday 24 August 2014 | 22:54

KOTA BHARU: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu beliau masih lagi ahli KeADILan. “Jadi masalah itu sekarang tidak timbul lagi kerana beliau sudah dipecat partinya,” kata Presiden PAS.

Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu memutuskan PAS menyokong Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Turut dinamakan Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali bagi mengisi jawatan tersebut.
Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru 18 Ogos lalu katanya, sekarang tidak berbangkit lagi sokongan terhadap Khalid.

Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Yaíkub. Sebelum itu kedua-dua pemimpin tertinggi PAS terbabit mengadakan pertemuan di JKR 10.
“Malah Khalid dilaporkan meng hargai keputusan dibuat PAS,” ujarnya.

Mengenai cadangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

“Majlis Pimpinan mengambil maklum Dr Wan Azizah dan Azmin diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya kuasa membubar Dun hak sultan.

“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dalam bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah JawatAnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah s.a.w. hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat kekal de ngan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat,” tambahnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU