Headlines News :
Home » » Al-Fatihah : Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia

Al-Fatihah : Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia

Written By zabidi on Tuesday 14 October 2014 | 22:39

Oleh BASHIR ISHAK

ALOR SETAR: Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah jam 11.10 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah dimasukkan ke hospital tersebut 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri.


Pada 21 September lalu, Ahmad 'Izzat selamat menjalani pembedahan di bahagian kepalanya kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang  ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada jam 10.00 pagi.

Solat jenazah kedua akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di situ bersebelahan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Azizan Abdul Razak dan ayahanda beliau, Ustaz Mohamad Shauki Ibrahim.

Ahmad 'Izzat juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada dari tahun 2008 hingga 2013

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU