Headlines News :
Home » » PAS wadah sejagat perjuangan, umpama Ikhwan Muslimin

PAS wadah sejagat perjuangan, umpama Ikhwan Muslimin

Written By zabidi on Monday 10 November 2014 | 23:03


Oleh HAZAYANI ZAKARIA 
 NOVEMBER tahun 2014, genap usia PAS 63 tahun.Pelbagai onak dan duri telah ditempuhi, jatuh bangun, berpecah, bersatu, bertahaluf, bersendirian dan kemudiannya menjadi kerajaan di beberapa negeri, kalah, menang jatuh dan bangun.

Pada usia 63 tahun dan selepas melalui jatuh bangun sebagai parti siasah dan dakwah, PAS sudah membuktikan ia menjadi landasan kepada orang Islam untuk berjuang.

PAS menjadi platform bagi orang Islam menumpang kepimpinan ulama bukan sahaja dalam bidang politik tanah air malah sebagai sandaran di dunia dan akhirat.

Sejak awal penubuhannya pada tahun 1951, ahli-ahli PAS dan juga pendokong parti ini menjadikan ia sebagai suatu wadah yang dapat memberikan suatu kepuasan dalam perjuangan kerana ia bukan sahaja untuk kejayaan dalam perjuangan politik tetapi juga untuk mencari reda Allah.

Menurut bekas speaker Dewan Udnangan Negeri Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, sepanjang 63 tahun PAS diterajui oleh pimpinan yang ikhlas dan umat Islam di Malaysia menjadikannya sebagai satu wadah sejagat seumpama Ikhwanul Muslimin di Asia Barat, Jemaah Islam di Pakistan dan Bangladesh dan lain-lain lagi.

“Ahli PAS di Malaysia merasakan satu kenikmatan dan berpuas hati kerana dapat terlibat dalam jemaah Islam yang merupakan senjata dua mata dunia dan akhirat.

“Saya sendiri merasa terhutang budi dengan seluruh kepimpinan yang telah berjaya mengharungi segala mehnah dan tribulasi sepanjang perjalanan PAS sejak daripada sebelum merdeka sehinggalah PAS mendapat kejayaan pertama pada pilihan raya umum 1959.

“Selepas itu PAS membentuk kerajaan di Terengganu dan juga Kelantan dan bergerak terus bersama aliran arus perdanasehingga terbentuk kerajaan campuran di peringkat persekutuan dan negeri sehinggga diwujudkan PAS sebagai founder member kepada Barisan Nasional yang memasuki pilihan raya umum 1974 dengan kejayaan yang cukup cemerlang,” katanya

Beliau berkata, PAS cukup berpengalaman dalam berhadapan dengan Umno BN selepas pernah ditikam belakang oleh parti tersebut di Kelantan pada 1977 yang mengakibatkan pengisytiharan darurat dan PAS ditendang keluar daripada BN.

Akibatnya, PAS di kelantan daripada sebuah parti yang memerintah negeri menjadi pembangkang yang hanya menang dua kerusi daripada 36 kerusi di dun Kelantan.

Namun, di Kelantan perjuangan PAS diteruskan dan selama 12 tahun di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berjaya mengembalikan sokongan rakyat sehingga PAS berjaya mewujudkan tahaluf siyasi bersama parti Semangat 46, Hamim dan Berjasa dan memenangi pilihan raya umum 1990.

Kemudiannya apabila semangat 46 menyertai Umno, PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Nasional pada waktu itu yang dinamakan Barisan Alternatif.

“BA menang cemerlang dalam pilihan raya umum 1999 termasuk berjaya mengambil semula Terengganu. Dan selepas menghadapi rintangan-rintangan yang cuba diwujudkan oleh Umno BN pada pilihan raya umum 2008 kita berjaya untuk mengurangkan majoriti 2 per 3 BN di parlimen dan berjaya juga membentuk kerajaan bersamasama DAP dan PKR di lima negeri.

“Sampai ke hari ini menjelang sambutan yang ke 63 ahli dan pendokong PAS di bawah kepimpinan ulama memang menghadapi cabaran yang cukup besar dalam menerajui bahtera PAS menuju PRU14.

“InsyaAllah dengan berkat kerjasama dan dokongan semua pihak segala mehnah dan tribulasi ini dapat ditangani dengan baik oleh kepimpinan yang ada dan saya yakin akan ada masanya Allah akan memberikan kejayaan yang cukup cemerlang kepada PAS bersama rakan dalam PR,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menyifatkan PAS sebagai sebuah parti yang sudah matang dan berjaya mengekalkan perpaduan apabila berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang perjuangannya.

Beliau berkata, banyak pihak mengharapkan PAS dapat memainkan peranan dengan lebih efektif dalam memimpin masyarakat secara keseluruhan.

“PAS telah mempunyai banyak pengalaman memerintah di peringkat negeri dan juga saya mendoakan agar PAS dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam politik negara demi mendaulatkan Islam,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU