Headlines News :
Home » » Ada cabaran ini, kita sayang kepada parti - Tuan Ibrahim

Ada cabaran ini, kita sayang kepada parti - Tuan Ibrahim

Written By zabidi on Sunday 2 August 2015 | 10:33

KUALA KRAU: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melihat secara positif kemelut dan cabaran yang melanda parti selepas muktamar tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor, Jun lalu.

Bagi beliau, berlakunya cabaran itu menyebabkan ahli-ahli yang istiqamah dengan perjuangan PAS merasa sayang kepada parti.

"Bagus juga ada cabaran ini, bila ada cabaran ini, baru kita rasa sayang kepada parti," ujarnya ketika berucap merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau yang masih dalam pembinaan dekat sini, pagi ini. Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar.

Menurutnya, dalam suasana cabaran yang sedang dihadapi sekarang, PAS menerima kemasukan ahli yang amat menggalakkan termasuk dalam kalangan anak-anak muda.

Tuan Ibrahim turut melancarkan Kempen Kibar Bendera PAS dan 'Beli, Baca, Beri Harakah' pada program pertama yang diadakan di kompleks berkenaan.

Lebih 1,500 peserta menghadiri munaqasyah yang pertama itu dalam siri yang akan diadakan di seluruh negara selepas ini. -
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU