Headlines News :
Home » » Seru rakyat tunjuk sikap terhadap TPPA

Seru rakyat tunjuk sikap terhadap TPPA

Written By zabidi on Saturday 16 January 2016 | 13:25

Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD 

KUALA LUMPUR: Sasaran ribuan himpunan aman bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA) bertempat di Dataran Merdeka yang mana PAS bersama- sama Kongres Rakyat akan turun bersolidariti bagi menyatakan bantahan keras menolak pihak kerajaan menandatangani perjanjian tersebut.

Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jangkaan kehadiran di Dataran Merdeka nanti berdasarkan usaha PAS dan juga parti-parti pembangkang lain serta badan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan penggembleng secara meluas kepada setiap ahli mereka.

Jelasnya kelainan himpunan pada kali ini adalah dilakukan sebelum berlakunya sidang Khas Dewan Parlimen TPPA yang akan diadakan pada 26 dan 27 Januari ini dan menjadi platfrom rakyat untuk menghantar mesej tegas untuk dihantar ke parlimen.

“Kita minta juga ahli-ahli parlimen semua hadir dan kita akan menyerahkan dekorasi bantahan rakyat itu kepada semuadan menggunakan hujah ini untuk dibawa ke parlimen nanti,” katanya

Jelasnya, Dataran Merdeka menjadi pilihan utama berhimpun adalah kerana ia merupakan simbol kepada erti kemerdekaan yang mana TPPA ini juga merupakan sebahagian bentuk penjajahan baru Barat.

“Oleh kerana TPPA ini adalah suatu perjanjian yang akan memudaratkan kemerdekaan maka mesej kita juga pada hari itu dan kita akan buat satu simbol juga pertahankan kemerdekaan negara.”

Selain itu, acara menandatangani bantahan itu juga akan diadakan yang mana setiap wakil NGO, NGI dan ahli parlimen akan menurunkan tandatangan di atas kain kanvas bagi menyatakan bantahan mereka.

“Kita mengambil kesempatan tersebut sebelum sidang parlimen khas ini berlangsung, maka himpunan ini diharapkan akan memberi kesan yang mendalam kepada perbahasan dan akhirnya parlimen boleh membuat keputusan menolak TPPA ini,”katanya.

Ujarnya, beliau tidak hairan sehingga kini rakyat masih lemah pengetahuan dan kesedaran mengenai implikasi TPPA ini apatah lagi ramai jemaah menteri dan ahli-ahli parlimen juga masih kurang pemahaman mengenai perjanjian terbabit.

Tambahnya, punca berlakunya kurang kesedaran ini adalah kerana kesilapan kerajaan sendiri yang melakukan rundingan tersebut secara tersembunyi sehinggakan ahli kabinet juga tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai setiap satu rundingan itu.

Rundingan yang diadakan tanpa dokumen yang dapat diteliti oleh ahli-ahli Kabinet dan rakyat tambahnya, adalah amat mustahil untuk rakyat memahami 6,000 lebih muka surat intipati perjanjian TPPA itu.

Beliau bagaimanapun mendakwa bahawa ‘roadshow’ menerangkan TPPA yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya menerangkan mengenai kebaikan yang diperoleh jika negara menandatangani perjanjian itu dan tidak menjawab persoalan berbangkit yang pernah diutarakan.

“Apakah Malaysia tidak akan terperangkap di dalam testimoni kuasa Amerika Syarikat dan juga kuasa lain kerana mereka nak mengimbangi kuasa China.

“Apakah itu tidak mahu didedahkan, dan sebab itulah rakyat nampaknya tidak dapat memahami hal ini kerana kerajaan tidak mahu mendedahkan mudarat daripada TPPA ini,” katanya.

Harapan beliau adalah agar rakyat tidak khuatir untuk hadir kerana himpunan ini adalah himpunan aman malah isu yang dibawa turut melibatkan kemashlahatan bersama.

Justeru itu, semua pihak katanya wajar menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan supaya tidak menandatangani perjanjian itu.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU